Dapur Tanpa Sempadan...

Khamis, 23 April 2015

Anakku : Siapa yang patut aku lebihkan ?

 

Berebut mainan ? Atau nak suruh aku dukung ? Mahupun ketika aku nak keluar ke kedai.. dua dua naik ikut ? Sapa yang akan patut aku bawa ? Dua dua sekali ? Mana bisaaa dong !

Dalam kes gini… Qhaliff asyik usung dan Zahra pon nak main jugak.. Camana dan bagaimana aku selesaikan ?

image

Aku sebelahkan Zahra.. Qhaliff dah pandai merajuk masuk bilik dan berpeluk tubuh di dalam tu sorang sorang.. Aku sebelahkan abang Zahra , sian adik dia yang baru nak berdunia.. Hurmm..

Ni baru 2 orang anak.. Aku plan nak tambah lagi 6 ! Hurmm..

Kesihatan : Tiada lagi alasan untuk boroi ?

 

Gi ke Fitness Concept.. Aku rasa menda alah ni dah bertahun aku tengok.. Bila nak beli , stok takde .. Dah akhirnya , Isnin lepas aku dapat panggilan dari staff FC di Alamanda .. ada stok baru masuk ! Terus aku gi rembat tanpa banyak bicara !

image

Harga RM987 termasuk GST serta peghantaran termasuk pemasangan.Hurm.. malas nak kata apa dah ! Ni sendiri mau pakai.. sendiri mau sihat ! Kalau kedekut gak , tak tau mau kata apa.. Nak harap sapa lagi nak jagakan kesihatan kita kan ?

Aku pun dah malas nak turun event event ni.. Abis tergendala kehidupan aku. Dah lari dari tajuk asal jadi blogger ni.. hurmm.. Patut mood blogging ke laut. Iskh..

Ok… Dan pagi tadi , diorang call untuk hantar menda alah ni.. Senyum lebar gue.. Akhirnya ! Akhirnyaaa.. akhirnyaaaa ..

image  imageimage

Tu diaaa.. mini gym aku dah complete.. Nak panaskan badan ? Gi jogging jer.. Rumah anak dara berhampiran penaik semangat weh !! Hahahah… lalalala …

Terima kasih Fitness Concept dan Azizi di Alamanda. Pasni aku tak leh dimasukkan ke golongan boroi dah.. Hahahahaa (harapnya laa ).. Sesekali gi gym.. heeee..

Demi kesihatan wooo…

Mothercare : Khas untuk anak anak ku ..

 

Gi Mothercare Bangsar semalam dengan keluarga aku.. Nak cari sesuatu untuk anak anak… Dan berjaya dengan jayanya membawa pulang beberapa barangan khas untuk mereka.. Seronok aihhh jadi anak anak zaman ni. Aku dulu tak merasa semua ni.. huhu..

imageDSC05732 DSC05725DSC05735 DSC05744DSC05742

Qhaliff dapat study desk.. Suka dia.Tapi dia sebenarnya lagi tertarik dengan … mainan Zahra , wooden activity kitchen  ! Hahahahha ..

DSC05745

Dia pulak beria tunggu aku siapkan.. Zahra pun sama ! Masing masing tak nak tidur hingga aku siapkan.. Aku lak , lama dah tak DIY.. Kena asah skill balik.. adeh..

DSC05748 DSC05752DSC05764

Tadaaa .. takde la susah mana pon kalau ikut arahan tu betul betul..

DSC05771 DSC05770DSC05774 DSC05777

Alhamdulillah.. siap ! Tapi timbul masalah baru..

image image

Qhaliff terlebih sayangkan mainan tu berbanding Zahra walhal tu Zahra punya.. Ah , sudahh.. Kena beli satu lagi la kot ? Ada satu tu , besar skit.

Sementara tengah sale.. hehee.. Aku suka beli kat sini sebab kalau ada problem , senang nak settlekan.. Mahal berbanding di jual luar sana ? Hurmm.. Bagi aku , yang penting service selepas jualan..

image

Mothercare Malaysia : http://www.mothercare.com.my/

Instagram : www.instagram.com/mothercaremalaysia

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI