Jumaat, 24 April 2015

BEN ASHAARI : Fitness dan Blogging tak dapat dipisahkan !

 

Arghh.. semangat ! Semangat ! Kemarilah kauuu !! Bukan mudah nak cari semangat yang hilang wooo apatah lagi dah berbulan tak serius bersenam.. Ditambah pulak dengan jarak nak ke gym makin jauh.. makin malas la jadinya !

Walaupun aku dah ada beberapa set senaman di rumah namun untuk mengembalikan semangat bersenam bukanlah mudah ! Hurmm.. Akhirnya , aku dapat kembali setelah terlihat keratan artikal yang disiarkan dalam sebuah majalah beberapa tahun lalu..

image

Cerita banyak tarak… aku kuatkan azam dan bersenam sungguh sungguh tadi.. Pergh.. Peluh yang keluar.. peluh jantan wooo .. nasib baik tak masin.. Hehehe..

Punching bag ni bagus.. dapat lepaskan segala amarah yang terbuku di dalam hati !

image

Target… hujung tahun masuk Miss Universe ! Hahahaha.. Gurau gurau.. Target.. hujung tahun leh pakai legging kuar g KL ! Huhhh.. Baru seksiiii…

Tetiba semangat aku kembali membara !

GST : Apakah ramai peniaga melayu akan bungkus ?

 

Ada dah dua tiga orang rakan aku yang berniaga makanan bersuara… sejak GST ni , jumlah kutipan merosot sangat ! Sangat merosot ! Dah la harga jualan tak berubah ditambah lagi dengan kurangnya pelanggan ! Camana nak survive kalau gini ?

image

Mungkin kerajaan boleh tarik nafas lega tapi rakyatnya ? Aku sendiri terpaksa butakan mata aku setiap kali membeli barangan.. Kalau aku amik kira cukai yang bakal atau telah dikenakan , maka anak anak aku terpaksa telan air liur je tengok anak orang orang kaya membeli belah atau makan sedap sedap di shopping mall ! Bukan dia je , aku pun gitu gak !

Peniaga online ? Hurm.. Aku dah mula nampak tak byk iklan dipaparkan di media sosial.. Yang papar pon dah mula berkira soal keuntungan atau paling tidak pon balik moda ! Macamana tu ?

Aku tak pasti peniaga bangsa lain tapi yang pastinya peniaga bangsa melayu yang bajet kecik ni memang terasa bahang keperitan. Harapnya pasni kerajaan akan tolong  mereka agar mereka mampu terus bersaing dalam dunia perniaagan..

Apakah GST akan hapuskan golong miskin atau menambah lagi golongan ini ? Aku tertanya gak..

Sikap : Kedekut atau takde duit ?

image

Sapa biasa gi Alamanda malam malam , pasti akan nampak permandangan gini punya .. Semak benar tengok..

Jalan dua lorong jadi satu lorong gara gara sikap kedekut pemilik kereta meletakkan kenderaan mereka di bahu jalan .. Tu lorong kasi kereta lalu.. bukan suka suka parking situ ! Dalam Alamanda tu bersepah parking ! Berapa ringgit sangat je pon kalau nak dibandingkan kereta tu kalau dirempuh dek pemandu yang tak perasan akan kehadiran kereta kereta yang parking di tempat tak sepatutnya tu..

Apakah tak sayang kereta tu ? Atau paling tidak pon, bertimbangrasa la.. Mana tau ada pemandu alpa atau tak perasan akan kewujudan parking ‘percuma’ ni.. Hurmm..

RM2++ atau kereta anda ? Mana satu lebih mahal ? Jalan kaki la sikit ! Kalau boleh , nak parking terus dalam panggung .. Haishhhh…

Review Wayang : AVENGERS–Age of Ultron gagal !

 

image

Peminat peminat Marvel pasti akan kecewa bila menonton movie ni ! Aku yang bersungguh sungguh redah hujan dan panas semata mata nak tonton movie ni , rasa kecewa sungguh dengan jalan ceritanya yang .. hurm.. jauh dari apa yang aku harapkan !

Menguap nguap aku dalam panggung ! Berdebar menantikan bilakah mereka akan berlawan. Dalam trailer nampak gempakkk tapi hakikatnya ? Mengecewakan sama sekali! sangat mengecewakannn ! Aku kecewaaaa ! Aku berikrar takkan tonton dah AVENGERS !

Akuu tahuuuu .. korang mesti pelik dengan aku punya review ni kan ? Ramai kata best tapi aku je kata tak best ! Kan kan ? Hurm… Apa nak buat , citrasa lain lain !

Berapa bintang aku nak kasi ? Aku kasi 1 bintang saja ! Ikutkan aku nak kasi 0.5 jer tapi nampak sangat aku kejam. Maka aku bagi je la 1 sebab kesian kat Thor. Aku dah la suka watak dia.. Boleh pulak dia mati lemas dalam laut.. Macam tak masuk akal lak .. Rugi duit aku tengok 3D !! Kalau tauuu..baik download cinema copy ! Puashati gueee !

Amacam ? Mesti sentap punya kan ? Hahahaha.. rileks rileks.. Aku bergurau jer.. AVENGERS : Age Of Ultron ni antara yang terbest yang pernah diterbitkan , bagi aku .. ditambah lagi dengan watak watak superhero baru.. dan jugak Iron Man dah jadi jahat ! Ahaaa.. tipu jer.. sentap eh ? Hahahaha..

Gi la tonton .. aku tau korang banyak duit.. bila lagi nak membazir kan ? Ni la masanya.. Kann kan ? Hehehehe.. Membazir eh ? Tak pe.. cerita best .. hahaaha ..

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI