Dapur Tanpa Sempadan...

Sabtu, 25 April 2015

Santai di DolceRyna Cafe Boutique.

 

Alhamdulillah.. Dapat jemputan sebagai tetamu istimewa.. Hehehe.. Terima kasih Puan Ita dari DolceRyna Cafe Boutique yang terletak di  Prima Sri Gombak , Batu Caves , Selangor.

image

Lokasi yang cukup menarik… Betul betul berada di atas restoran terkemuka di ibu kota, DolceRyna yang berkonsepkan santai kafe butik pakaian wanita dan lelaki ini pastinya akan mampu menarik ramai pelanggan untuk membeli belah di sini.

image

Turut disediakan ruangan untuk anak anak lepak sementara ibu bapanya menghabiskan masa memilih pakaian yang disukai.. Budak budak leh tengok kartun yer.. hehehe ..

image

Ruang yang dimanfaatkan sepenuhnya namun tidak kelihatan sempit sama sekali.. Takde la nak semak mata kan ? Leh tenang tenang kat sini sambil , si suami lepak bersama anak anak atau turut sama membeli belah bersama suami tercinta..Hehehe.. Eh , isteri tercinta ! Heee..

image

Terdapat aneka jualan disini buat permulaan.. Selepas ni akan banyak lagi akan ada .. Aku plan nak letak baju Kelab Blogger Ben Ashaari katt sini…. Plan je laaa .. hehehe…

imageimage imageimageDSC05798DSC05797image DSC05805

Untuk lelaki , leh la shopping menda diorang suka ! Hehehe.. Buat masa skg , cap dan beg. InshaAllah akan masuk lagi banyak nanti..

Selain dari tu , kemudahan wifi dan surau turut disediakan pada pelanggan ! Ini jarang jarang ada pada butik butik di KL / Selangor ni… haaa.. Alhamdulillah ! Bagus , bagusss…

Kul 11 pagi.. pelanggan mula menyerang butik ini.. Ramai gak untuk sejam dua ni.. Dijangka petang sikit ramai lagi. Ini sebab , harga jualan di sini memang menjimatkan ! Takde la mahal ponn.. segalanya mampu beli tanpa berhutang dengan bank ! Hehehehe..

image

image

Dan akhirnya , DolceRyna Cafe Boutique dirasmikan ! Huhuhuh..

DSC05818  DSC05816

Amacam ? Nak gi ? Tak susah pon nak gi .. Sila ke instagram dan Facebook DolceRyna utuk keterangan lebih lanjut !

Facebook : https://www.facebook.com/dolceryna

Instagram : www.instagram.com/dolcerynacafeboutique

Atauuu.. leh terus pergi ke butik mereka di..

DolceRYNA cafe boutique
No 77-1 Jalan Prima SG3,
Prima Sri Gombak
68100 Batu Caves,
Selangor

SELAMAT BERSHOPPING DAN BERJIMAT.. HEHEHE…

BLOGGER: Pengaruh blogger atau dipengaruhi blogger ?

 

Kekuatan atau kelebihan seseorang blogger ialah pengaruhnya.. Apa saja yang ditulis di dalam blog dan media sosial , mampu mempengaruhi orang lain.. Walaupun dia cuma ada 10 orang pengikut , bila dia berkata atau mengeluarkan pendapat.. sekurang kurangnya 6 akan bersetuju ! Itu pengaruh namanya ! Atau apa saja yg dia post di media sosial , akan mendapat perhatian !

Pengaruh blogger juga berguna untuk ke menarik pengikutnya untuk berbakti serta beramal dengan lebih baik. Apa guna ada pengaruh tapi tak gunakan denga cara yang betul , kan ?

image

Seawal aku berblog dulu , aku dapat job.. Ingat lagi aku. Spritzer.. Hurm.. Camana aku nak tarik pembaca aku untuk membeli produk tersebut ? Kemudian aku dapat sponsor stroller.. Harga ? PErgh.. dengan gaji aku masa tu , pk 24 juta kali la nak beli.. Kalau aku sendiri terfikir gitu , camana pulak pembaca blog serta rakan rakan di media sosial aku tu ?

Tu belum lagi aku post gambar aku guna baby carrier di Facebook.. Akan ada yang pm atau persoalankan mengenai kesesuaian produk tersebut.. Itu tandanya apa saja yang aku buat , dah mula mendapat perhatian ! Bukan sekadar syok sendiri ..

Sebagai blogger , kita kena tau.. ke mana arah kita sebenarnya. Nak ke arah kebaikan atau sebaliknya ?

Ok.. semalam aku baca artikal yang dikeluarkan oleh Roti Kaya mengenai Johan yang mengkritik blogger hiburan . Aku malas nak kata la si Johan ni besar kepala atau berlagak.. Tu dia punya hak. Kita kena ingat dunia ni ibarat roda..

Ini semua nonsense (tidak berfaedah). Andaian yang mereka timbulkan selalunya akan membuatkan sesuatu perkara itu menjadi lebih kecoh”

“Saya tidak akan layan penulis blog dan saya berpendapat kehadiran mereka sebenarnya langsung tidak diperlukan. Jika ada sesiapa yang ingin temu bual dengan saya dan dia adalah blogger saya tidak akan layan,” ujarnya yang sudah beberapa menjadi mangsa.

Terus terang , aku memang tak gemar Jozan dari dulu. Sebab apa yang keluar dari lawak lawak mereka , aku tak nampak pon berfaedah.. Ini ke diorang nak banggakan ? Bandingkan lawak mereka dengan lawak Bujang Lapok ! Ibarat langit dan bumi ! Sungguh pon pelawak dulu tak kaya raya macam pelawak sekarang ni tapi lawak mereka penuh dengan pengajaran ! Itu dah cukup bagus dari duit ! Maka , tak perlu la nak angkuh sangat ! Ingat gak la asal usul. Yang popularkan mereka ni sapa ? Wartawan ke pengguna media sosial yang dikuasai oleh mereka yang ada blog ?

Aku tak sentap pon sebenarnya.. sebab aku tak tulis pasal hiburan cuma aku nak ingatkan je la.. Blogger takkan tulis mengenai artis andai takde isu panas ! Maka , jangan la kasi isu atau point pada blogger untuk tulis mengenai anda ! Sebelum nak buat sesuatu , kena la pk pk gak la ..

Dan nasihat buat blogger blogger termasuk aku.. Ingat dosa pahala skit bila menulis.. Aku pon malas nak sentuh part hiburan melainkan terkait dengan aku .. maksudnya , aku ada di tempat kejadian la.. heheeh..

Sebab tu aku tak layan Era.Fm.. aku rela layan Sinar.Fm lagi setiap hari.. Makin mantap penyampai radio Sinar.Fm.. Apa guna popular  tapi isi kureng ??? Baik jadi buah durian dari buah epal.. Epal nampak glamer tapi durian power weh !!

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI