Ahad, 26 April 2015

Qhaliff : Dia buat lagi !

 

Lokasi : Corus Hotel.

Tujuan : Majlis Persandingan Rosalyn Tan

Masa : Malam dah pon

image

Kacak ? Tak pe.. aku lama dah tau.. hahahaha … Dah sampai pon hotel. Bergegas aku dari Sepang ke Cheras. Hantar Zahra ke mak aku jap dan kami bertiga jer ke sini untuk hadri perkahwinan kawan aku…

Sampai je depan pintu grand ballroom , Qhaliff buat pasal. Dia taknak masuk. Takut dengar bunyi suara orang kuat kuat.. Aah , dia memang tak leh orang cakap kuat kuat.. Kalau aku cakap kuat pon dia takut..

Apa jadi ? Ke kedai mamak depan rumah mak aku je la jawapnya. Sian kat wife je la. Dia dah bermekap beria.. hahahaha ..

Rosalyn , Aireen.. maafkan kami yer.. Tak bawak Qhaliff, kesian kat dia. Dia yang paling beria nak keluar rumah tadi.. Hurmm..

Makan makan : Sarapan pagi sedap !

 

Yessss zaar ! Makanan makanan sedap begini , korang payah nak jumpa kat Paris punyaaa ! Sapa kat Paris time time gini , pasti terliur tengok makanan gini ! Cer bagitau apa kat Paris , takde kat Malaysia ni ? Ok.. ‘Ahmad Maslan’ korang ada tak ? Setakat Eiffel Tower tu , apa heran ! Malaysia ada ada gak banyak la besi buruk gitu haaa.. Heee..

Ok , gurau pepagi .. Nasi berlauk.. Makanan kegemaran kebanyakkan orang Kelantan di awal pagi..

image

Dan juga nasi kerabu.. Ni feveret aku ! Dua dua ni sedap wooo.. Tak de la heavy metal sangat makanan ni di awal pagi.. hehe..

image

Yang ni wife aku beli kat Pasar Salak Tinggi .. Ayam dia pon panas wooo.. memang masa makan tu , kena slow slow.. hehehe.. Sedap kan ? Haaa…

Nasib baik aku dah start diet.. hehehe..

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI