Isnin, 27 April 2015

KBBA : Cenderahati bakal dijual nanti ?

 

Baju kanak kanak dah mula dalam perancangan.. Cuma nak reka tu je masih belum ada yang sesuai.. Pakai masa raya pon best , kan ?

imageCenderahati ? Ahaa.. Yang edisi terhad ada dah.. image_thumb6

Dalam perancangan.. car sticker , car signage,key chain dan banyak lagi ! Apakah penjualan ini akan memberikan keuntungan pada aku atau KBBA ? Apakah KBBA dah mula nak kaut untung ????

Hehehe.. Aku tak amik satu sen pon.. malah kelab pon tidak ! Ianya memberi peluang pada peniaga kecil atau usahawan untuk mengenalkan bisnis mereka..

Contoh , button badge yang dikeluarkan oleh Stamp N Print Enterprise ini , turut sama menjual atau mengambil tempahan seperti :

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut atau nak buat tempahan , boleh hubungi En. Kamal 019 6938369 /019-6938396 atau e-mail ke stampnprint@gmail.com.

KBBA Blogger’s Day 2015 : Sejarah tercipta !

 

Risau… Yup , aku dan rakan rakan AJK event ni memang risau di saat akhir.. Apakah event ni akan jadi kenyataan ? Akan dapat sambutankah dari rakan rakan blogger #kelabbloggerbenashaari memandangkan ianya di buat pada hujung minggu ? Awal pagi lak tu kena ada dah ! Hahahaa..

image_thumb3

Jam 7 pagi aku dah sampai di KELAB KOMUNITI TAMAN TASIK CYBERJAYA yang mendamaikan ni.. Taman ni ada seribu kenangan manis bagi aku. Sebelum ni kerap bermain paintball bersama rakan rakan blogger kat sini. Dan kali ni akan kembali sekali lagi dan bakal bermain paintball dengan rakan rakan yang majoritinya adalah blogger yang baru aku himpunkan.

Jam 8 pagi.. Seorang demi seorang rakan blogger tiba. AJK dah mula sibuk siapkan segala persiapan untuk perasmian event ni..

imageimage image

Akhirnya seramai 80 orang peserta ( blogger + pasangan ) telah melaporkan diri untuk memeriahkan event kali ni. Alhamdulillah.. Dan jam 9 pagi , event ni dimulai dengan ucapan dari pengacara majlis dan juga ajk event yang banyak bertungkus lumus bagi memastikan kelancaran majlis ini. , Yanty..

Sarapan pagi yang menyelerakan disediakan oleh Bayou CoffeeHouse

imageimage

Mula mula senamrobik yang dikepalai oleh blogger Fatin Bella.. Awalnya ramai tampak macam segan segan jer tapi selepas setitis demi setitis peluh keluar , semua dah pakat berjoget depan pentas ! Hahahaha.. Chaiyokkk..

Sebenarnya aku tak buka untuk penyertaan orang luar lagi kerana belum bersedia menganjurkan event yang besar besar ni.. hehehe.. Bagi aku , ni pon dah cukup besar.. Pening jap kepala tengok orang..hahaha..  Takut byk kekurangan. Tapi aku percaya AJK BDO akan menguruskan dengan lancar !

DSC05831 image

Kemudian bacaan doa oleh blogger Zaini dan diteruskan ucapan alu aluan oleh wakil Kelab Komuniti Taman Tasik Cyberjaya , En.Mualif dan juga wakil Kelab Blogger Ben Ashaari , Lan Careno.

image imageimage

Selepas ucapan , segalanya bermula ! Yessszarrrr ! Hahahaha… Aku dah tersengih kerana acaranya adalah pelik pelik. Peserta pasti akan terkial kial punya lah ! Hahaha..

Mula mula golf di driving range. Ok , sini ada driving range bagi kaki golf.. ! Ok, caranya..  Peserta perlu pukul bola golf ke sasaran yakni bendera putih yang terletak lebih kurang 300 meter. Dan menariknya , takda sapa sapa leh try dulu.. Semua perlu pukul untuk kali pertama ! Hahaha.. maknanya , takde testing testing..

Penerangan diberikan terlebih dahulu oleh Nad selaku orang kuat dari Kelab Komuniti Taman Tasik Cyberjaya. Terima kasih banyak banyak yer , Nad.. hehe..

imageimageimageimage

Yang penting , bukan kemenangan tapi masing masing bergelak ketawa dan seronok di driving range ni. Alhamdulillah , segan silu semua terbenam selepas masing masing membuat pukulan.. Hahahaha.. baru tau bukan mudah nak hit bola tu kan ? Hehee.. nasib baik aku kena..

Acara pemanas badan ke dua .. Badminton ! Elee…. badminton senang jer main , kan ? Hehehe.. Salah tuu.. Aku tukar konsep permainan ni. 6 lawan 6 dengan satu raket saja ! Ramai nak bantah tapi aku tetap teruskan kerana aku nak blogger berbincang , bersatu dan ada target dalam permainan ni..

imageimageimageimage

Akhirnya mereka faham konsep permainan ni dan mula merancang strategi ! Hahahaha.. Tu yang aku nakkkk tengok ! Kelab Blogger Ben Ashaari , bukan kelab orang perseorangan.. Ni kelab berpasukan !

Selesai badminton , rehat dalam setengah jam. Kesempatan diambil oleh blogger untuk berehat seketika dan aku serta beberapa orang blogger lagi masuk ke gym ! Lepas gian jap.. hahaa..

image

imageimage

Jam 1130 pagi.. Masa untuk racing pulak ! Jom Go Kart ! Macam macam aktiviti boleh dibuat kat sini rupanya ! Seronok buat gathering kat sini..

imageimage

imageimageimageimage

Bukan khas untuk lelaki je tauuu.. perempuan pon layan sekali ! Hahahah.. Nak beracing gituu..

image

Selesai Go-Kart , masa untuk makan tengahari di Bayou CoffeeHouse Cafe. Makanan cukup menyelerakan ! Ni kira buffet tauu ! Sedap sedap gituuuu ! Nanti aku cerita kat lain entri. Boleh buat tempahan untuk majlis perkahwinan andai ada yang berminat nak buat majlis di sini..

image

Selesai makan.. solat Zohor di surau yang bersih dan selesa. Sebelum tu pon ada yang bawak anak anak masuk sini untuk berehat. Maklumlah , cuaca cantik di luar sana tapi ada yang tak mampu tahan bahangnya.. Huhuh.. sian..

image

Jam 230 petang.. Acara yang dinantikan !! Masa untuk bakar segala lemak lemak dan ketakutan ! Konsep permainan pon berubah ! Jaga keetuaaaa… Hahahaha …

imageimageimageimage

Best ! Go Kart dan Paintball di sini memang membuatkan blogger KBBA berjanji akan repeat sekali lagi ! Hahahaha ..

Ok.. selesai acara .. masa untuk menutup majlis ! Ada cabutan bertuah dan penyampaian cenderahati yang ditaja oleh beberapa buah syarikat dan orang perseorangan.. Antaranya Cosmoderm 
Yeos Malaysia , Stamp N Print Enterprise ,  Azwar Kamaruzaman
Natalia dan Monster Crazy Crunch.

Selepas tuuu.. sesi berfotografi penutup ! Dan dengan ini , selesai sudah event yang julung julung kali dibuat secara rasmi oleh KELAB BLOGGER BEN ASHAARI !! Terima kasih buat semua penaja rasmi yang sudi menaja kami !!

image

TERIMA KASIH #KELABBLOGGERBENASHAARI ! Anda semua terbaik ! Berjaya buktikan yang kita BUKAN SEKADAR BLOGGER !

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI