Dapur Tanpa Sempadan...

Selasa, 28 April 2015

Bayou Coffeehouse , Kelab Komuniti Taman Tasik Cyberjaya.

 

Tercari restoran yang menarik dan sedap untuk makan tengahari ? Atau nak menempah catering untuk majlis rasmi seperti perkahwinan atau sebagainya ? Aku ada cadangan…

Apa kata cuba Bayou Coffee House yang terletak di Kelab Komuniti Taman Tasik Cyberjaya. Kenapa aku syor sini ? Sebabanya baru baru ni , aku dan rakan rakan blogger dari Kelab Blogger Ben Ashaari dah pon membuat review buffet di sini. Ternyata semua berpuashati ! Dari sudut kebersihan dan juga makanan..

image

Mengiurkan ! Aku yang plan nak diet pada hari tu , terus batalkan niat gara gara tengok makanan yang dihidangkan ! Hehehehe .. Dengan dewan makan yang selesa dan dingin , sapa sapa yang plan nak kurus akan batalkan niat mereka pada hari itu ! Hehehhee..

imageimage imageimage imageimageimageimage

Menyelerakan ? Aku kata dahhhhh… Segar segar gituuu…

image

Tengok muka masing masing.. Nak kata kelaparan tu tak la pulak tapi makanan ni menyelerakan ! Tu pasal muka terus nampak begitu .. sedap weh !!

 image

Untuk pertanyaan lebih lanjut atau nak buat tempahan , sila :

Call :03-8318 0008  | Email : bayoucateringcyberjaya@gmail.com

Saya pon tak tau apa itu GST !

 

Aku percaya masih ramai tak tau apa itu GST ! Aku pun tak tau apa itu GST ! Serius , aku memang tak tauuu.. Aku cuma tau , di resit setiap pembelian barangan yang aku beli ada tertera bayaran tambahan sebanyak 6% ! Bukan saja barangan malah perkhidmatan pon ada !! Elektrik contohnyaaa !

Maafkan aku.. Memang aku memekak kat FB pasal GST tapi aku tak tau apa makna dia ! Pentingkah aku perlu tau makna penuhnya ? Apakah akan keluar dalam ujian nikah kawin yang bakal aku duduki sekali lagi nanti ??? Takde kan ?

Tapi aku tetap amik tau.. Sebabnya bayaran yang ditambah tu membebankan aku dan bakal mematikan semangat aku untuk berbelanja di lain hari !

Contohnyaa… baru baru ni aku ada gi satu gym ni.. Biasanya bayaran adalah RM5. Tiba tiba aku diminta tambah sebanyak 30 sen !! Aku bagi je la.. Malas nak bising tapi memang spoil laaa.. Aku tak salahkan mereka pon. Mereka kena bayar cukai dan aku sebagai pengguna , kena bayar cukai setiap apa saja aku guna dan beli ! Dah la tol kena bayar.. jalan raya pon ada kena cukai !

Penting kena amik tau setiap sen yang kita keluarkan dan ke mana perginya duit tu yang dikatakan setiap hari hasil dari GST adalah rm42 juta !! Nak tengok hasil dari GST ni nanti !! Dan kalau boleh , pemimpin akan datang , hapuskan GST yang maha mengarut ni !! Membebankan rakyat !!!!!!!

Bagi yang tak tau maka GST tu .. maknanya ialah Goods and Services Tax. Tak perlu malu.. Mantan PM pun tak tau apa itu GST.. Yang tahu , Ahmad Maslan jer.. Sebab tu dia dapat 3.85 .. Kalau dapat 4.00 , aku rasa dia jadi Presiden USA dah..  Apa kelas jadi Timb. Menteri kat Malaysia ni.. Rugi laaa .. Mesti dia nak cipta belon ke bulan punya ..

Melayan bubur nasi D’Laila Mee Udang.

 

“ Nak makan apa malam ni ? “. Soalan feveret tiap malam , aku laki bini ! Pening kepalaaa ..

“ Bubur nasi kak Laila la ? Nak jaga badan skit. Malam makan ringan ! Hehehe.. “. Cadangan aku. Wife ikut jer.. Siapkan budak budak.. Dalam jam 8 lebih , gerak ke MMA Nilai Corner. Waze kan je MMA Nilai Corner.. mesti jumpa !

Banyak kereta lak malam ni ? Apakah sebab hujan , maka ramai kelaparan ? Huhu.. Yelah kottt.. Hurm..

Sampai sana , pusing 2-3 round , baru dapat parking cun dan selamat.. Alhamdulillah.. Pastu baru masuk terkam kak Laila yang peramah dan baik hati itu.. Eceh , ayat tak hengatt ! Tapi memang baik pun orangnya. Kucing mati pon dia nangis macam Malaysia kena serang ngan Jepun ! Haaaa.. Sori kak yer.Hahaah..Saya memahami..

Dapat meja yang baru orang abis makan. Betul betul depan gerai dia.. Hehehe.. Orang ramai la tu tengah beratur beli bubur nasi serta order mee udang segarnya..

Aku , order bubur nasi. Wife gi amikkan dan aku jaga anak. Beberapa minit kemudian , blogger ST pun sampai.. Bubur aku sampai 5 minit kemudian. Aku makan dulu laa yer.. hehehe ..Laparr !

Sedap ! Aku dah pernah ceritakan pasal bubur nasi ni di entri SINI.

image

Dan wajib tapau ! Esok , panaskan balik dah makan ! Tak yah masak untuk sarapan pagi !

image

Yummy… Tq Kak Laila..

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI