Rabu, 29 April 2015

Aku bakal amik kursus jaga anak ?

 

Ahaaa.. aku dapat jemputan !

image

Hurm… Antara isu yang bakal dibincangkan ?

  • Cabaran menghadapi zaman berlumba-lumba
  • Cabaran menghadapi kos pendidikan awal kanak-kanak yang semakin meningkat selari dengan peningkatan kos sara hidup
  • Cabaran menghadapi zaman hiburan tanpa batasan
  • Cabaran menghadapi zaman ‘Gadget Addiction’
  • Cabaran menghadapi dunia media sosial tanpa batasan
  • Cabaran menghadapi gelombang jenayah yang mengugat keselamatan anak-anak
  • Cabaran menghadapi fitnah akhir zaman – ajaran agama kian terpesong
  • Cabaran menghadapi abnormalities pada mental kanak kanak yang semakin kerap berlaku

Menarik ? Hurm.. bagus jugak untuk aku sebenarnya ni. Nanti leh kongsi pendapat mereka di dalam blog. Maklumlah setiap manusia ada pendapat dan pengalaman tersendiri.. Jadi , semua ni adalah penting untuk membesarkan anak anak ..kan kan ?

Peniaga ambil kesempatan atau sebab GST ??

 

Menyelerakan !!

image

Sedappp !!

image

Tapi part bayar.. tengok harga tertera… Perghhhh ! Aku punya lauk bernilai RM9.50 ! Tu pun sebab nasi separuh.. kalau penuh , RM10 ! Apakah sebab sayur import ? Dah tu bini aku punya RM10.50 ! Ada ayam dan ikan.. sayur ! Adehhh..

Dulu tempat ni murah.. tapi kalau mahal gini , jawapnya , aku beli roti Gardenia cicah milo je la pagi pagi ! Bankrupt kalau ari ari gini.. Pagi ni saja , makan pagi cecah RM30++ ! Apakah sebab peniaga nak amik untung berlebihan atau ini semua gara gara GST !

Hurm…

Nanee's Telekung

 

Baru balik dari Prima Walk Puchong. Aku dihubungi oleh rakan blogger dari #kelabbloggerbenashaari yang mana owner butik Nanee’s Telekung nak bagi hadiah untuk wife, nak bagi telekung ! Dalam kepala aku, telekung biasa biasa je la.. Tapi rezeki jangan ditolak, kan ?

Dari Putrajaya nak ke sini hanya mengambil masa 20 minit. Guna waze , search jer  Bazaar Prima Puchong.. confirm jumpa ! Hehehe.. Dalam jam 11.00 pagi , aku bersama keluarga aku sampai. Awal pulak.. Hehehe..

Dan aku sekeluarga dijemput masuk… Aku suka tengok pakaian wanita sebenarnya.. Kain lembut , kasar .. corak… warna.. Pakaian luar tauuu. Jangan pikir bukan bukan lak yerrrr..

Ok… memang cantik cantik la.. sesuai pakai untuk solat. Memang menutup aurat sungguh laa..

imageimage imageimage imageimage imageimage image

Cantik ? Nak order ? Heehe.. aku tauuu… Ok ok , nak order kalu .. ada dua cara.. Leh terus ke butiknya atau ke ;

Web :  http://www.naneestelekung.com.my/ 

Facebook : https://www.facebook.com/naneestelekung

Jangan sekadar mengejar keuntungan !

 

Tergaru kepala ! Camana la aku nak settlekan job advertorial aku ni. Point yang diberikan , memang aku banyak yang tak setuju. Nak disuruh cerita mengenai sesuatu yang aku sendiri pon tak pernah dengar !

Berhari hari aku cuba buat. Bayarannya memanglah berbaloi ! Nampak mudah je pon sebenarnya tetapi yang menjadi payahnya ialah apa yang perlu aku sampaikan !

Aku tak pernah buat job begini … sebab tu aku terima pada awalnya ! Tapi bila tengok point yang perlu dimasukkan , aku jadi pening . Ah , sudah .. camana ni ? Hurmmm..

Dateline dah seminggu lebih aku terlepas. Ini kali pertama dalam sejarah aku tak ikut dateline ! Ditambah dengan stress.. akhirnya aku terpaksa mengaku ‘tewas’. Aku tak mampu ‘jual’ produk ni dan tak berbaloi rasanya kalau client teruskan jugak kerana aku tak mampu cerita dengan jujurnya… Dan aku akan bayar ganti rugi juga..

Stress bila fikir pasal job ni.. Kejujuran lebih bernilai dari kekayaan…

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI