Dapur Tanpa Sempadan...

Khamis, 30 April 2015

Pening nak pujuk mana !

 

Qhaliff dah anggap adik dia ni , sebaya dia ! Cara dia bermain dengan adik dia , memang agak keras sikit. Kena pantau 100% ! Tapi adik dia , rela jer .. Tak de la pulak nak teriak ke apa.. Malah suka lagi..

Sesekali , aku marah Qhaliff bila cara dia kasar.. Yelah , dia bukan tau apa apa pon lagi kan ? Kena slow slow ..

image

Tapi bila kena marah… pandai merajuk.. Bawak diri jauh jauh…

“ Haaa.. sana ada lipas ! “.

Terus kembali kat aku dengan muka garang sambil jelir lidah ! Hhahaha… Tau takutttt…

image

Kesian pulak kat dia bila kena marah.. Hurm… Dulu ditimang timang.. kan ? Tapi memang aku selalu lebihkan dia .. hurmm..

Top-up : GST tetap diteruskan ??

 

Redha dalam terpaksa ! Apa pilihan aku ada ? Pagi tadi aku tersenyum walaupun dalam keadaan duka bila membaca berita mengatakan GST tidak lagi kenakan ke atas top-up telefon pra bayar.

image

Tapi aku yang dah mula masak dengan ‘permainan’ diorang ni , tak yakin dengan berita ni sehinggalah ianya dilaksanakan untuk tempoh tertentu..

Dan jangkaan aku benar.. Satu lagi surat dikeluarkan..

image

Hurm.. mana satu yang betul ni ? Hahahaha.. Apa pon , aku dah tak heran ! Ni la bahana akibat ‘tidak berkuasa’ .. Baru padan muka kita , kan ?

Entah laa..

Ahmad Maslan dan Mawar Rashid.

 

Hurm.. Dua personaliti popular bulan ni tapi berlainan bidang. Dengan Ahmad Maslan , aku memang agak stress bila baca setiap kenyataan dia. Cuma aku tak pernah lagi la dengar penuh melalui mulut dia.. Kebanyakkannya dari media sosial jer ! Kebenaran ? Wallahualam.. Tapi selepas dia diberi amaran jangan bersuara lagi , aku yakin.. media sosial betul la kot ? Hahahaha ..

Mawar Rashid… Sapa di ni ? Aku pun tak kenal. Dengarnya dia cukup popular di Instagram. Hurmm.. Aku pon cari la video interview dia tuu.. Aku terngaga ! Tergamam.. Hurmm… Tak terkata apa.. Bukan sebab dia tak reti jawab apa itu GST tapi gedik dia tuu.. Adehhh ! Ni kalau ada vvip ketandusan kasih sayang , mesti suka anak dara gini.. Terasa muda 20 tahun gituuu.. Hahahaha..

Kedua dua personaliti ni mengingatkan aku ketika aku nak menghadapi UPSR. Walaupun aku tak dapat 3.85 ketika tu , tapi aku berjaya ikut nasihat guru aku.. Masa ujian lisan , jangan memandai mandai ! Kalau tak tau , jawab jer tak tau. Jangan berbelit belit. Guru bertugas masa tu tak suka ! Kalau mood dia tak elok ,silap silap terus gagal !!  Kalau tau pon , jangan menokok tambah dan menjawab dengan penuh bongkak ! Jawablah dengan logik dan bijaksana.. Jangan main sedap mulut je rembat jawapan tuu !

Zaman ni , zaman viral. Sedikit kesalahan , sedikit kesilapan.. maka anda akan terkenal dengan sekelip mata ! Menakutkan ! Apa saja perbuatan kita sekarang ni , kamera ada untuk merakamnya ! Orang yang merakam dan menyebarkannya di media sosial , memang cukup berani dah ! Dia tak kisah dah bab api neraka..

Apa pun tindakan kita sekarang ini dan selepas ini , harap fikir masak masak. Apakah kita nak jadi macam Ahmad Maslan ? Atau nak jadi macam Mawar Rashid ? Bijak berkata kata, cantik serta kacak ? Fikirkan ..

Bancuh susu sendiri dah dia !

 

Dia nak susu.. Tunjuk kat aku. Aku capai je bekas susu dia , dia pantas gi amik bangku kecik dia. Dan sedia untuk bancuh susu dia sendiri !

image

Pandai pulak tak kasi tumpah.. Kalau ada tumpah.. dia wat muka 10 sen.. Dia tau aku nanti akan bersihkan.. Dia terus sambung ke scoop seterusnya !

Hurm.. Tapi aku tak kasi la dia tuang air panas. Dia pon tau tu ‘MERBAHAYAAAA’.. katanyaa…  Hurm.. tunggu sorang lagi nak nak jadi chef kat dapur rumah ni .. Memasing dah muka sibuk kat dapur..

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI