Dapur Tanpa Sempadan...

Sabtu, 2 Mei 2015

Jangan sebarkan fitnah !

 

Aku dapat satu mesej bergambar.. Kemalangan ! Ramai giler yang cedera dan juga maut ! Aku tengok mesej tu datangnya dari seorang kenalan yang aku boleh percaya. Selepas membacanya , aku forward ke group whatsapp yang lain tapi mesej bergambar itu telah dinafikan dengan kenyataan dari sebuah akhbar online yang terkenal.. Terkenal satu tika dulu la.. sekarang ni , ke laut dah pon.. Heehe..

Aku mula kembali was was.. Apakah aku patut sebarkan mesej berangkai selepas ini ? Atau patut diamkan jer ? Hingga kenyataan rasmi dibuat ? Andai ada kes culik atau kecurian kereta berlaku di depan mata aku.. bagaimana aku nak sebarkan andai semua memerlukan bukti kukuh seperti laporan polis , gambar selfie bersama penjenayah serta amik butiran peribadi mangsa terlebih dahulu ! Aduh.. aku pening !

Ini Qhaliff Iman.. Anak aku..

imageimage

Tiba-tiba datang seorang lelaki..

“ Encik.. ni anak encik ke ? Ada dokumen sah mengatakan ini anak encik ? Saya suspek encik nak culik anak ini ! Memandangkan rupa dia tak sama seperti encik ! Jom.. apa apa , kita cerita balai ! “.

Ah, sudahhhhh…

Atau ada kes gini.. Aku ‘tercicir’ anak aku di shopping mall.. Aku tercari cari mereka. Aku tanya pada orang ramai.. Apakah mereka akan jawab begini ?? 

“ Encik , saya tak nak masuk campur hingga pihak berkuasa sahkan kehilangan anak encik.. Buat masa ini , saya nasihatkan encik gi buat laporan polis seterusnya buat press conferance untuk memberitahu akan kehilangan anak encik ini.. Maaf , saya takut sebarkan fitnah atau subahat ! “ .

Ah , sudahhhhh… Apa dah jadi ni ? Kebenaran , disimpan dalam peti ais. Hanya fitnah dipandang tinggi ! Aiseyman..

Aku bakal menggila semula !

Dulu ..dulu laaaa...aku kerap gile update blog ! Kenapa ?? Sebab aku  kerap update blog guna aplikasi android yang menamakan dirinya sebagai 'Blogger '. 

Kat mana mana saja aku pasti akan update blog..hehehe..best , best!!  . Kemudian , entah apa masalahnya ..tak boleh pakai lakkkkkk !!  Terus aku mati nafsu nak update secara live.. hurmm..

Entah apa giler semalam.. aku try download dan try cuba test  aplikasi ni sekali lagi..hehehehe.. Mana la tau kannnnn?

Dannnn..eh , ehhhhh.. boleh la pulak ??? Makaaaaaa... aku akan kembali kerap update blog tanpa bukak laptop ! Weeeeee...

image
image
image
image
image
 

Tapi balik rumah , aku kena edit semula la.. Hehehe.. Kasi kemas !

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI