Ahad, 3 Mei 2015

Tercapai cita cita aku ?

 

Sememangnya antara cita cita aku sejak dari kecil adalah menjadi penulis buku. Tapi bukanlah jenis buku ilmiah yang power gaya bahasanya. Memadai buku yang mampu memberi semangat pada mereka yang membacanya !

Alhamdulillah , semalam rakan blogger #kelabbloggerbenashaari yakni saudara RZ (www.razzwey.com) , bagitau ada publisher nak jumpa aku. Nak aku jadi penulis dibawah penerbitan mereka… lebih kurang gitu la..

Dan tadi , aku pon ke PWTC setelah bertahun lamanya tak ke sana.. untuk berjumpa mereka. Setelah perbincangan dibuat, maka aku pun setujulah.. Bila lagi kan ? Hehehe ..

image image

Ok.. muka kena serius bila jadi penulis ni ! Bila nak sign autograf je baru senyum.. Boleh gitu ? Hahahaha ..

image

Untuk pengetahuan , Saiful Nang dan Mat Lufthi punya buku pon diorang ni yang terbitkan ..Semoga jadi kenyataan…

Dah mula bergaduh !

 

Zahra mula gemar mencari aku untuk ‘bermanja-manjaan’ . Si abang yang nampak Zahra buat gitu , terasa cemburu. Mula dia buat sesuatu untuk menarik perhatian aku.

image

Dah mereka akan mula ‘bertempur’ sesama mereka. Zahra pun dah mula garang dan membalas setiap ‘serangan’ abang dia ! Perghhhh.. Dia ni mengingatkan akan perangai aku sendiri ! Adeh… bahaya tulll…

Zahra telah cecah setahun bulan ni. Lahir pada 8.5.2014 , bermakna tak lama lagi akan sambut hari lahirnya. Size badannya tak seperti abangnya dulu tapi semangat dia serta keberaniannya , lebih tinggi dari abangnya dulu..

Bermakna.. aku akan mula pening.. Huhuhu..

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI