Isnin, 4 Mei 2015

Zahra kegemaran si pengigit !

 

Tetiba naik kat pipi. Semalam ada kat dada. Sebelum sebelum tu penuh kat tangan ! Dulu sikit punya susah dia nak kena gigit ! Sekarang ni , pantan leka jer.. tau tau ada tanda digigit semut atau nyamuk ! Hurmmm… Ngidam darah manis kot ??

Yang dia ni pon redha jer kena gigit.. Biar jer.. Aku juga pening tengok sana sini merah. Nasib baik bukan jenis putih melepak .. Kalau tau , banyak kena turun harga hantaran nanti ! Huhh..

image

Nasib baik ada losyen dari Cosmoderm tu untuk hilangkan parut.. Kalau tak ??? Berparut sana sini bila dah besar ! Huhhh… Orang kata apa tu.. penuh duit syiling ? Haaa…

Azul Authentic Nasi Kukus

 

Aku pengemar nasi kukus.Bila aku dioffer buat review nasi kukus oleh blogger Aliah di Azul Authentic Nasi Kukus ni , aku teruja.Bila ? Kat mana ? Dan sampai masanya , cerita banyak tarakkk… gerak sekeluarga ke sana.

Lokasi Azul Authentic Nasi Kukus ,berdepan dengan kampus perubatan UITM di Selayang. Agak tenang tempat ni. Restoran Azul Authentic Nasi Kukus yang baru dibuka beberapa bulan lalu ni jadi kunjungan rakan rakan blogger #kelabbloggerbenashaari.

DSC05902DSC05905DSC05906

Azul Authentic Nasi Kukus  ni dekat dengan Ideal Convention Centre , Selayang. Maknanya kalau nak ke sini , boleh je waze samada cari Uitm kampus Selayang atau  IDC ni ..

DSC05907

Ramai dah rakan blogger dah sampai. Teruja jugak diorang rupanya.. heheeh ..

Suasana dalam restoran Azul Authentic Nasi Kukus.. masing masing sibuk amik gambar dah ! Perut memasing dah berkeroncong.. hahaha.. Tau , tau.. sabarrrr ..

DSC05944DSC05932

Pemilik restoran rupanya ‘berguru’ dengan Chef Amer.. Bermakna bukan calang calang orang rupanya chef restoran ni.. hehehe.. Tak sabar nak rasa air tangannya  !

DSC05926DSC05927

Sebelum ‘makan besar’ amik gambar kek serta kuih muih yang disajikan. Ini semua dibuat sendiri oleh Puan Adda , pemilik restoran ni.. Tu nama manja la.. Nama penuh , Nor Sa’adah binti Ghazali.. Suaminya juga terlibat dalam restoran ni tapi lebih tertumpu pada penyediaan makanan jer..

image

Semua ni boleh ditempah yer.. kalau ada yang berminat nak tempah..

DSC05908

DSC05911DSC05912image

 

Ronda roda kat dapur.. Bersih ! Tip top gituuuu !! Huhuhuh.. Nasi kukus sedang dalam pembikinan .. hehehe ..

DSC05920DSC05918DSC05919

Harga ? Terpampang megah di situ ! Murah jerr.. Tiada GST dikenakan lagi sebab tak layak.. hehehe.. Baru je bukak kan ? Hehehe..

Nasi kukus ayam berempah baru RM6. Mee kari kerang dia yang sedap tu , RM6. Coconut Shake, RM3.50. Ok la kan ?

image

Selain tu ada jugak jualan biskut , acar buah yang boleh ditempah pada bila bila masa sahaja.

image

image

Kalau makan nasi kukus kat sini , aku nasihatkan minum rut beer float ni ! Hahahha.. Sedap kooo … Yang dalam gambar ni Coconut Shake..

image

Harga minuman yang lain ? Segalanya dipamerkan disini.. Takde caj tersembunyi.. huhu..

image

Ok..siap ! Masa untuk menjamu selera. Aku memilih nasi kukus ayam berempah dan daging kerutuk. Mee kari kerang Bidor yang sedikit diubah suai mengikut permintaan , mungkin ? Heheh.. letak telur jer..

Selain nasi kukus ayam berempah , nasi kukus daging kerutuk dan mee kari , Azul Authentic Nasi Kukus juga ada menyediakan nasi kukus ikan keli berempah dan juga rojak buah.

Bagi yang menjaga kesihatan , mereka menggunakan santan rendah kolestrol dan juga MSG yang amat minima.

image imageimageimage

Menyelerakan ? Aku tahuu.. aku plan nak repeat lagi.. Tak puas makan ari tu.. hahaha .. Menepati selera aku la restoran ni..

Untuk pengetahuan , restoran ni dibuka pada jam 10 pagi hingga 6 petang. Dari Isnin hingga Sabtu. Tuan punya restoran merupakan pastry chef. Mereka juga menyediakan kek dan dessert..dibuka hanya menerima tempahan saja… Contoh kek dan dessert leh tengok di NIN9LANDERS dan EVERYONE CAN TART

Kalau ada yang buat meeting atau makan makan , boleh je order dari mereka dan juga ada khidmat delivery ! Sila call atau hubungi mereka di :

Telefon : 019 633 9005 atau 018 369 8456

Alamat :

AZUL AUTHENTIC NASI KUKUS
No. 47, Jalan PS8,
Prima Selayang, KM15 Jalan
Rawang,
68100 Batu Caves, Selangor

“ TAK PEKENA SASAU , KENA MENGIGAU ! “

Melayan nafsu di malam hari !

 

Tetiba teringin nak makan lain dari yang lain.. Dalam kepala aku tak lain tak bukan , LAVA GRILL ! Layan burger bakar kambing dan juga meatball dia .. Hurm.. terliur terus !

Sebelum gi sana , aku mesej tokey besar dia.. Razman Mamu.

“ Ada GST tak tempat hang ? “.

Dan jawapannya ? hehehee…

image

Maka ajak la 3 orang lagi rakan blogger #kelabbloggerbenashaari ke sana. Termasuk dua blogger cilik yang bakal menulis pasal aku lak satu hari nanti.. hahahaha ..

imageimageimageimage

Bagi mengelakkan rasa muak , aku order air jus kedondong asam boi atau asam boi jer.. Hehehehe.. Memang puas makan dan kenyang sampai ke siang hari ! Tidur , lenaaa jer aku.. lalalala..

Tempat ni tengahari ada juadah lain.. Asam pedas dan masakan melayu. Leh pm Razman atau tengok di fan page diorang untuk check menu yang ada kat sana..

Acaner laaa aku nak kurus kalau gini kan ?

Syiling dulu dan sekarang..

 

Di Lrt Cheras.. Aku sememangnya pengguna tegar pengangkutan awam satu tika dulu. Sekarang ni , nak naik bas pun rasa macam ‘tak kena ‘ jer.. Aku rela naik teksi lagi.. Kenapa ? Aku dah ‘segan’ naik bas. Segan aku tu bermaksud , aku dah tak reti macam mana nak naik bas. Rindu tu , memang ada tapi kang jadi macam orang baru keluar dari gua ! Haaa… Tak tau hala tuju bas , berapa tambang.. berhenti mana.. ! Haa , tu maksud aku..

Dan pastinya ketika gunakan perkhidmatan awam ni , syiling memang amat penting ! Dan syiling ibarat kawan baik la masa tu.. Pegang tanpa lihat je  dah boleh tau ‘nilai’ duit syiling tu..

image

Tapi tu dulu laaa.. Sekarang ni , aku kena belek satu satu.. Aku rela lagi bagi duit kertas dari bagi duit syiling bila aku membeli barang di pasaraya atau shopping mall. Aku terkial kial punya !

Kalau diperhatikan , size dah lebih kurang.. berat ? Hurmm… Dah macam token mainan dah ! Bila jatuh ke lantai.. bunyi ‘kosong’ berbanding duit sebelum sebelum ni.. Jatuh je satu taman perumahan leh dengar ! Hahahaha.. Tu belum lagi bunyi tabung.. Hurmm..

Dulu , masa gi beraya.. duit syiling memang best kalau dapat terutama duit 50 sen. Sekarang , bagi syiling.. confirm kena jeling ..  Budak budak pun  dah tau syiling ni , macam takde ‘nilai’ walhal masih banyak kegunaannya..

Entah la.. Aku pon tak paham kenapa sibuk sangat gi tukar rupa duit syiling ni.. Nilai matawang jatuh ? Hurmm..

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI