Selasa, 5 Mei 2015

Kendi–The Rythm of Culinary

 

Setiap kali aku lalu jalan ni , pasti tertanya.. apakah menu yang sedap sangat di sini hingga banyak kereta berenti makan termasuk kereta mewah dan juga Myvi ?

Hurmmm.. Akhirnya tadi , aku berpeluang gi lepak sini sekeluarga. Lokasi santai satu daya tarikan tapi apakah sebenarnya daya tarikan sebenar ?? Jeng jeng jeng ..

imageimageimage

Aku order bihun goreng dengan telur mata. Sememangnya itu sarapan feveret aku sebenarnya. Dan rasanya , ok la .. Tapi aku tak rasa itu dia punya tarikan… Hurmm..

image

Harga ? Murah gak la.. Takde macam standard kedai mamak yang kaw kaw harganya.. Hurmm… Aku rasa aku dah tau apa yang jadi tarikan utama di sini ! Pasni aku nak kena cuba !

image

Nak kena gi sini awal pagi.. Kalau tak , makan saki baki laaa.. macam tadi.. hurmm..

Ketupak Sotong isteri bikin !

 

Tiba-tiba dia buat ketupat sotong. Katanya , teringin ! Er , teringin tiba-tiba ? Apakah ??? Er , er….

image

Makanan yang popular di Pantai Timur ni , sememangnya mampu mengiurkan mereka yang pernah makan makanan ni. Walaupun kelihatan sotong je tetapi di dalamnya ada pulut. Bila dicampur dengan kuahnya , maka ketupat sotong ni bikin air liur meleleh keluar dari celah mulut tanpa disedari ! Hehehehe..

Sedap ? Try laa..

Sada Borneo mampu ganti Kitaro !

 

Pertama kali aku tonton video mereka di Asia’s Got Talent , semalam dan terpaku sepanjang muzik mereka dimainkan.. Terus teringat aku pada Kitaro yang aku minat sangat satu tika dulu..

image

Hurm… persembahan mereka berjaya mendapat 4 undian dari juri serta tepukan gemuruh dari penonton. Sememangnya benar kata salah seorang juri , lagu dimainkan mereka berjaya membuatkan penonton berada dalam ‘dunia lain’ untuk seketika. Terasa kedamaian di situ !

Lagu gini kalau layan ketika nak tidur atau dalam keadan stress mahupun ketika berendam dalam bilik air , confirm best ! Hahahaha .. Moga lebih banyak lagu lagu begini muncul. Makin bosan dengan lagu yang entah apa apa di zaman ni..

Tak caya kalu , leh layan kat SINI dan ni video penuhnya.. kat SINI.. Semoga mereka terus berjaya dan mendapat tempat di pentas dunia.. leh ganti Kitaro !

Selesai sudah masalah utama aku !

 

Setiap kali lalu depan pintu ni , aku rasa ‘stress giler’ tengok ! Tapi nak kata nyesal tu tak laa… Pintu ni memang dah selamatkan aku dari menghadapi kemurungan hari ! Hahahaha ..

Akhirnya aku berjaya menghiasinya dengan penuh manfaat. Hahahaha..

image image

Alhamdulillh… jimat dah duit.. hahahaha … Bijak bijak ..

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI