Rabu, 6 Mei 2015

Daddy pening !

 

Dah mula jadi Tarzan dalam rumah. Si abang dah anggap si kecik ni sama level. Main tak hengat punya gurau ! Adeh.. kena pantau memanjang aku..

Si adik pun lebih kurang laaa sama dengan abang.Nak gak melawan ! Tu belum part berebut mainan. Haihhh ! Siap pukul abang dia tuuuu.. Adoi.. mana belajar pon tak tauu aaaa ..

image

Tapi si abang takde la tahap belasah kaw kaw.. Cuma sesekali terbabas je la.. Teriak si adik tuuuu.. Daddy pujuk jap jer.. Pastu ok ! Huhhh.. Sambung balik main..

Hurm.. tunggu besar skit la baru tambah.. hahahaha.. Pengsan daddy woii ! Tak berupdate blog nanti !

Perlukah semua ‘Myvi’ dipersalahkan ?

 

Haih… over benar ! Aku baca statement seorang pengguna Myvi yang mana dia diganggu di atas jalan raya seolah olah dia juga bersalah atas kes lumba haram yang melibatkan sebuah kelab Myvi , baru baru ni.

Perlu ke buat gitu ? Kalau nak tunjuk simpati , mudah jer.. Kita jangan memandu laju di atas jalan raya ! Ikut peraturan. Pakai tali pinggang kelidar. Jangan bermain handphone sewaktu memandu. Haaa… dan banyak lagi kesalahan kesalahan yang kita buat tapi kita buat tak tau !

Ok , aku pon kena ikut gak apa aku kata tu.. huhu.. Tapi aku tak de la nak ganggu pengguna Myvi yang lain. Tak de la tahap gitu walaupun pernah gak ada kereta Myvi memandu laju dan siap bagi lampu tinggi kat aku ! Waktu tu aku ingat Ferrari nak potong aku.. sekali Myvi convert kereta keranda rupanya ! Aishhh.. Aku pikir positif jer.. Mungkin dia nak tercirit dah tuuu .. Biar je la..

image

Jangan la buat gitu yer kawan kawan.. Jangan sampai semua pengguna Myvi terpaksa sembunyikan kereta mereka atau jual kereta dan beli kereta lain semata mata tak nak diganggu..

Jangan la kita tunjuk hero tak bertempat.. Ramai yang guna jalan raya tu.. Kang tak pasal pasal , berlaku kemalangan tak diduga gara gara kita nak tunjuk simpati atau tunjuk hero… Hiskh…

Bila si isteri suruh jemur baju !

 

“ Abang , tolong jemur baju jap… “.

Luruh jantung aku dengar ! Terus terang , aku paling tak gemar ialah jemur baju ! Walaupun gambar aku sedang menjemur baju tersebar luas di Facebook tapi tu tak menunjukkan aku mencintai perbuatan aku tu ! Namun tak bermakna aku juga tak suka buat.. hehehe..

Sebenarnya bagus tau jemur baju ni.. Satu senaman dan juga mengenal lebih dekat ahli keluarga kita ! Contohnya ?Gambar baju di bawah ni.. Bila pulak bini aku belikan kat Qhaliff ? Tak pernah nampak pon.. Dan jawapannya , dia baru je beli ! Haaaa ! Nampak tak permainannya kat situ ? Kalau kita tak jemur baju diorang ni , kita takkan tau isteri kita beli pakaian baru !

image

Ada suami memang macam bos kat rumah ! Semua isterinya dan orang gaji yang buat. Dia rileks jer.. Seronok jadi gitu kan ? Tau tau mati jer.. Mati sebab stress kerja kat pejabat ! Sayangnya.. dia tak merasa pon nikmat berkeluarga… membasuh baju , menjemur .. mendukung anak.. digigit anak.. dilompat lompat atas badan ! Haaaa..

Satu hari nanti.. kita akan rindui semua ni ! Bila dah rindu , baru nak nyesal ? Hurm..

Hari sambutan ibu tersayang

 

Ibu..Mama..Ummi,,,Bonda..Apa jua panggilan nya ianya tetap seorang wanita yang melahirkan kita ke dunia ini....

Sempena hari ibu yang bakal disambut pada 10hb Mei ini, marilah kita merenung dan mengingat kembali pengorbanan dan peranan ibu dalam hidup kita yang jelas kita tak dapat nak membalas, walaupun dengan harta yang setinggi gunung.

Mungkin kita masih mencari apa yang nak diberikan kepada ibu sebagai hadiah sempena hari ibu nanti. Ada yang nak bawak pegi jalan-jalan, ada yang nak bawak pegi makan-makan, dan ada juga yang telah lama merancang sesuatu yang istimewa.

Bagi mereka yang masih mencari idea, bolehlah memberi kepada ibu tersayang sejenis sejadah yang sangat unik rekaannya. Sejadah ortopedik, Sajda Salah Mat yang tebal dan selesa untuk digunakan ketika kita bersolat.

Blue_Sajda_Mat_grande 20150506_045236

Garden_Green_Sajda_grande 20150506_044108

Mudah untuk dibersihkan, senang untuk dibawa kemana sahaja dan juga dapat membantu untuk mengurangkan tekanan di bahagian sendi kita terutamanya di bahagian tangan, bahu, tulang belakang dan juga di bahagian kaki.

Ibu nanti pasti Tanya, beli dimana sejadah ni? Tak pernah tengok pun…  Insya Allah, semoga ibu mendapat manfaat dengan hadiah kita tahun ini

Blue-mat-3T-350x380 - CopyBlue_Sajda_Mat_rolled_grandeGarden_Green_Up_grande

Untuk info lanjut bolehlah layari www.sajdamat.com.my atau facebook page di  facebook.com/mysajdamat. Instagram pun ada , boleh follow di @sajdamat_malaysia.

Disuruh buang tapi menyorokkannya !

 

Adoi.. Budak sorang ni.. Makin berakal makin menjadi pulak akal dia ! Ari tu aku suruh dia buang sampai , dia suruh aku balik.. Dah la suruh aku yang gi buang.. ayat dia tu tak leh tahan sungguh ! Ni mak dia punya ajaran la ni !!

" Gi aaa.. Gi aa buang.. Plisss.. Tima kacih.. ".

Part merayu tu memang aku selalu dengar mak dia ucapkan bila meminta ‘pertolongan’ dari Qhaliff..  Hurmm…. part ni cepat sungguh dia ikut ! Huhhh..

Dan malam tadi , Qhaliff kantoi dengan aku. Dia mintak air kotak milo. Dia abiskan kemudian gi buang.. Aku ikut dia.. Kat mana dia buang sebab dia takut nak ke dapur !

Aku nampak dia bukak penutup study desk dia ni ! Terus aku serbuuu !!

image

Arghhh.. Ya Allah.. bertuah punya anakkkk !

image

Dia berusaha menghalang aku dari membukanya namun.. sila cuba lagi 20 tahun kemudian yer untuk halang daddy mu ini. Bila aku tengok , aku mengucap panjang ! Semua sampah yang aku suruh dia buang semalam .. dia buang dalam tu ! Adehhhh..

Aku bagitau kat mak dia.. Hahaha.. Mak dia part kebersihan ni memang dititikberatkan.. Aku pon lenguh telinga dengar dia bebel.. hahaha ..

Qhaliff , ubah tempat pembuangan sampah dia selepas itu. Dia buang dalam tempat mainan Zahra pulak ! Hurmm..

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI