Sabtu, 9 Mei 2015

Kali pertama hadiri seminar keibubapaan !

 

Huhuhu.. sekali lagi.. huhuhu.. Sewaktu aku terima email dari Haikal’s Outdoor Playgroup , aku teruja dan gembira. Sebab ? Ini kali pertama aku akan hadiri majlis ilmu keibubapaan yang mana ianya berguna  untuk aku sangat sangat !

Bertempat di Dewan Bahtera Ilmu Kindergarden , Bukit Jelutong ini seminar yang bertajuk “ Cabaran Mendidik Anak-Anak Alaf Baru “ sangat membuka mata aku ! Banyak yang tak tahu , aku dah tau. Banyak yang salah , akan aku perbetulkan nanti !

Ok ok.. tapi sebelum majlis tu start , aku terkedu jap.. Hehehhe. Tak sangka lak layanan sampai tahap gini. Terharu aku.. huhuhu… Tapi aku tak parking sini la sebab aku dah parking tempat yg sama dengan pengunjung..

image

Apa yang bestnya ? isu yang dibangkitkan dan aku mengaitkan dengan dua orang anak aku .Topik pembelajaran di usia awal ni yang seronok bagi aku.. Umur 4,5 tahun dah kena gi taksa dan belajar ! Perghhh… Mana bisa gini !

Panel yang hadir ialah Puan Adli Rajiah , Dr.Putri Afzan dan Fynn Jamal. Masing masing ada pengalaman , ilmu dan kekuatan yang mana telah berjaya membuka mata aku , sebagai seorang bapa !

image imageimage

Kensel niat aku nak hantar Qhaliff ke taska tahun depan ! Hehehe.. Tunggu 5 tahun baru gi yer.. Ke 6 tahun ke.. Hehehehe.. Skang , masa bermain.. kita main !!! Bila belajar , belajar la yer …

Terima kasih buat Haikal’s Outdoor Playgroup kerana sudi jemput aku. Hehehehe…

Sambutan Hari Lahir Zahra #1

 

Disambut dengan penuh gilang gemilang ! Tu diaaa aihhh.. ramai jemputan vvip dijemput. Antaranya blogger-blogger popular seluruh tanah air dan luar negara dijemput !

Baca leh.. percaya jangan ! Hahahaha.. Tak de maknanyaa ! Sambut di Secret Recipe, Alamanda jer. Malas nak buat besar besar. Duit tarak. Kalau ada pon , baik masukkan dalam tabung PTPTN diorang. Lagi berbaloi. Takde la nak berhutang masa nak belajar belakang hari nanti .. kan kan ?

image

Simple kan  ? Yang penting , Zahra dah pandai kiss pipi daddy dia ! Satu pencapaian menakjubkan ! Hahahaha .. Qhaliff dulu , lama gak nak kiss pipi daddy dia.

image

Qhaliff camana pulak ? Dia tak cemburukah ? Nehhh.. dia apa heran.. Dulu kek dia , terpacak muka dia ! Haaa… Dia wat hal dia sendiri jer… Apa dia kisah..

image

Hurmm…

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI