Dapur Tanpa Sempadan...

Isnin, 11 Mei 2015

Manja terlebih diorang ni !

 

Amboiiii… Ayah Su diorang datang , daddy tiada guna lagi ! Terus tak kisah daddy ada ke tak.. Hurmm.. Dipandang sipi sipi je aku ni.. Huk , hukkkk …

image

Pakat berebut perhatian Qhaliff dan Zahra.. Ayah Su pening nak main ngan sapa .. hahahaha .. Daddy leh rehat sebentar.. sebentar je ponnnn …

imageimage

Sian kat Qhaliff.. Dia nak berkawan sebenarnya. Rasanya dah leh antar ke playgroup center ni… Macam yang aku gi baru baru ni kat Bukit Jelutong tu.. Hurmmm.. Nak kena cari area dekat dekat sikit.. Seminggu 2-3 kali dah la kan ?

Selesaikan masalah dengan segera !

 

Stress ! Janji lain.. bila dah siap lain jadinya ! Kononnya segala maintenance akan dibuat andai ada masalah. Tetapi janji tinggal janji !

Apa masalahnya ? Masalah dinding yang aku buat renovation atau ubahsuai terdapat retak retak ! Panggil berkali kali namun hampa !! Tindakan terlalu perlahan..

Akhirnya masalah aku dapat diselesaikan dengan menggunakan Onetime Lightweight Spackling dan Onetime Wall Repair Patch yang dibekalkan oleh Sri Ribuan Industries Sdn.Bhd : How D.I.Y. Should Be.

image

Masalah utama aku ialah dengan retakan halus di dinding. Ini memang mencacatkan permandangan serta semut halus mula bersarang di dalamnya !!

image image

Dengan menggunakan Onetime Lightweight Spackling yang mana produk ini jauh lebih ringan dan mereka mudah mengendalikannya terutama pada mereka yang takde pengalaman langsung dalam bidang ni , mampu membuat pembaikan ini sendiri ! Contohnya aku ! Kalau aku tau la semudah ini . lama dah aku buat sendiri !!!

image

Selain retakan halus Onetime Lightweight Spackling ni sesuai digunakan  jika dinding rumah punya kerosakkan kecil seperti lubang akibat dipaku atau drill. Juga sesuai digunakan diatas permukaan plaster walls / drywall , stucco , particle board serta wood surfaces.

Dan hasilnya selepas 5 minit aku buat… ni pertama kali yer aku buat ! Takde skill dan takde pengalaman !

image

image image

Bila dah kering , amik kertas pasir dan gosok laa.. Baru kemas dan kembali cantik dinding tu.. kan ? Yang penting , semut tak leh buat sarang dahhh.. Haaaa , kan kan ?

Manakala dengan OneTime Wall Repair Patch lak , berperanan untuk menutup permukaan dinding yang berlubang kesan dari akibat dipaku dan ditebuk. Hanya tampal saja OneTime Wall Repair Patch dan kemudian sapukan Onetime Lightweight Spackling ke atasnya. Selesai !!

image

Harga Onetime Lightweight Spackling ? Murah je… GST 6% telah diserap oleh pembekal iaitu Sri Rx andai korang beli melaluinya ! Haaaa !!! Ni masanya untuk berjimat.

image

Jika korang berminat untuk membelinya , bolehlah email ke srirx@sriribuan.com.my dan nikmati harga promo !! Jimat banyak dah tuu..

Ok…  Ada giveaway kali ni ! Ahaaa.. Syarat mudah jer.. Share entri ni di Facebook korang dan tinggalkan komen di sini , dan sila jawab soalan ini .. Siapakah pembekal Onetime Lightweight Spackling  dan Onetime Wall Repair Patch ?  5 terpantas  jawapannya akan dapat produk ni nanti ! Jangan lupa tinggalkan email yer..

Qhaliff nampak hantu ?

 

image

Nak makan malam.. gi satu tempat ni..tempat ni dulu mmg kerap gi.. Tiba tiba mlm , mlm ni gi ..Qhaliff meraung tak nk turun kereta.Takut katanya. Aku paksa dia turun gak..Tak sampai 10 saat , berlari dia masuk dlm kereta sambil dikejar oleh wife.. Kebetulan aku ada di dalam kereta. Plan nak lelap mata dalam 5 minit sebab sakit kepala.

Akhirnya tukar port makan..Gi ke PICC. Aku kata kat wife.. Nak tgk apakah Qhaliff wat perangai macam tadi gak ? Kalau dia wat perangai , mmg dia yang bermasalah..

Dan setibanya di tempat tu , dia lak tak sabar nak turun dari kereta walhal tempat ni baru sekali dua je dtg !! Dia seolah serasi lagi tempat ni .. Hurm....

image

Tempat yang aku kata pada awal tu , aku tak leh cerita kat mana. Takut jadi fitnah. Risau gak.. dulu tempat tu macam dah kurang orang.. sekarang ni ramai balik ! Nak kata sedap sangat situ , tak gak.. hurmm..

Terpaksa berhenti blogging ?

 

Antara dua.. Samada aku kurangkan amik job atau berhenti terus ? Bukan mudah nak bahagikan masa untuk cari rezeki memandangkan urusan anak anak ni bukan ada masa tertentu.. Bila mereka tidur saja baru aku ada masa untuk blog ! Manakala bila amik job , aku perlu ikuti dateline dan perlukan kreativiti untuk membuat advertorial tersebut.. Haish…

Perhatian perlu 100% pada anak anak atau jika lalai , ianya mampu mengundang kecelakaan.. Mereka ni bergerak pantas ! Dalam sekelip mata saja boleh berlaku apa saja walaupun mereka berada di depan mata.. Hurmm ..

Sebenarnya aku dalam dilema.. Anak anak penting tapi blog adalah punca mata pencarian utama aku. Bukan sedikit pulangannya… berganda dari apa yang aku pernah dapat sewaktu menjadi kuli orang.. Hurmm..

Anak ? Atau kerja ? Hurmmm.. Bukan aku je alami masalah ni.. Ramai lagi ibu bapa di luar sana ..

image image

Terus terang aku bagitau.. sebenarnya aku pon dah tak de masa untuk diri sendiri ! Nak melepak ngan kawan kawan sesekali pon kena pikir panjang..

“ Boleh ke wife jaga anak sorang sorang ? Diorang dah mula lasak.. Haishh.. “

Macam tadi… Berlaku di IOI Mall , Putrajaya. Qhaliff berlari sana sini . Nak tak nak aku kena dukung dia tapi dia meronta nak turun..Bila lepas , dia berlari dan ajak main nyorok nyorok.. Risau aku kalau terlepas pandang…

Ada sekali tu terlepas sebab ada email masuk.. aku terbelek hp jap dan dia dengan pantas berlari keluar dari premis H&M.. Aku cuba kejar , payah..kaki sakit akibat cekam kuku.. Terpaksa tahan sakit dan kejar sambil main psikologi dengan harapan dia tak lari jauh. Yang merisaukan aku ialah takut dia lari ke arah ekslator.. Maklumlah , lagi kita kejar , lagi dia lari.. Dengan cara aku tu , dia akan berhenti berlari dan akan kembali kepada aku.

Bila dah dpt tangkap , akhirnya wat la gini.. Nasib baik sado..kalau tak , mau gak pancit dukung 20++ kg sambil jalan ..

image

Di rumah lak.. dok sibuk memanjat sofa. Aku dok sibuk ngan adik dia , dia tergolek jatuh.. kepala dentum dulu .. bibir darah  ! Cepat cepat demah dengan ais.. Nasib baik rendah jer.. Haihhh.. Geram betul aku.. Pandang sana sini kena.. Pandang sini , sana kena !

Setiap hari , aku tidur kul 2-3 pagi.. bangun awal dan mula bertugas ! Jaga anak dan layan dunia maya ! Aku tak leh buat jadual sebab dunia maya ni sibuk 24 jam ! Serius aku penat kepala otak.. Ini bukan yang aku nak sebenarnya. Nampak menyeronokkan tapi sebenarnya sukar sangat !

Perkara perkara gini buat aku rasa macam nak berenti terus blogging dan tumpu pada mereka jer .. Aku tak mampu nak bahagi kepala otak aku kepada banyak bahagian ! Hurmm..

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI