Rabu, 13 Mei 2015

Bukan sesenang itu jaga anak di rumah !

 

Kuota internet tamat lagi ! Haihhh.. Nak tak nak kena top up lagi ! Kalau tak top up , nak wat kerja camana..

image

Dan paling teruk , Qhaliff akan buat bising dalam rumah ! Camana Zahra nak tidur ? Kalau dua dua tak tidur , camana aku nak wat kerja ? Kan ? Hurmmm…

Ada orang kata , jangan bagi gadget pada anak anak ni ! Kalau bagi , ketagihan wooo ! Hurmm.. Bagi aku kan , boleh je bagi gadget ni tapi jangan ada game dalam tu ! Kalau ada game dalam tu , tu yang jadi leka ! Kalau layan Youtube , buat setting skit.. Tang  Safety Mode , Content tu , tukar la.. InshaAllah anak anak tak ke video mengarut tanpa disedari.. Tapi kena pantau la..

image

Macam aku ni , kalau pasang tv jer pon tak berguna. Bukan nak tengok sangat anak anak aku ni.. Diorang nak aku layan diorang gak ! Gadget dalam 24 jam , dia cuma layan 2 jam gitu jer. Hurmm..

Dari jam 7 pagi hingga jam 6 petang.. bayangkan aku jaga mereka .. Dari Isnin sampai Jumaat ! Ada orang kata mudah jer.. Kalau tak , camana pengasuh jaga mereka mudah je kan ? Hehehe.. Anak dengan orang luar , memang automatik berubah perangai.. Ngan parents mereka , jadi semacam punya perangai ! Kan kan ?

image

Macam kes aku ni.. Walaupun sebenarnya tugas aku ringan tapi tak wooo ! Kecuali aku tak perlu cari duit ! Dalam erti kata lain , tak yah kerja la.. Jaga anak jer ! Tu memang mudah !! Jaga jer.. Bagi mandi dan makan.. Senang baituuu…

Tapi belum tentu ramai lelaki leh buat yer ! Yelah , dunia dalam rumah jer ! Nak lepak ngan kawan kawan ? Hehehehe… Sebulan sekali dua je la kot..

Hurmm.. Entah la.. Part jadi Hulk lagi.. Segalanya nampak mudah dan memang mudah kalau kita ada ilmu mengenainya ! Kalau tak ? Memang stress ! Sebaiknya , g la seminar keibubapaan agar kita bersedia membesarkan si kecil.. Dan paling penting , jgn serah bulat bulat pada orang luar membesarkan anak anak kita ..

image

Dua dua telefon pintar aku dikebas sudah !

 

Dulu sorang.. Qhaliff punya la ! Sekarang dua orang , sorang satu ! Dah tu daddy nak buat apa ? Adehh.. Nak buat kerja pon tak leh gini haaa ! Dah la kuoata pun di penghujung hayat dah ! Hurmm…

image image

Sebenarnya , tak bagus dedahkan anak bawah 2 tahun dengan gadget ni tapi apa nak buat.. dia dok berebut dengan abang dia ! Lagi pun bukan selalu dia main pon.. ni kes terpaksa… nak kasi dua dua tenang ! Aku leh buat kerja lain jap.. Kalau tak ? Memang aku kena mengadap diorang je la.. kerja aku mesti tengah malam baru leh buat ! Huhu..

Ni pon dia tak nak tidur.. Maka , aku keluarkan balik dan jadikan Zahra sebagai model aku ! Hehehe.. Test lens baru..

imageimage

Susah benor nak amik gambar model tak reti duduk diam ni.. Hurmm…

Belalai Gajah Boleh Merawat Kanser ?

 

Tentu ramai yang terkejut dengan persoalan diatas ye…bukan belalai gajah yang gajah punye tau tapi daun belalai gajah laa…..sejenis tumbuhan atau lebih tepat lagi sejenis herba yang sangat memberi manafaat pada kite semua.

Ni nak citer sikit pasal herba belalai gajah ni.....org melayu panggil Belalai Gajah, org putih panggil Sabah Snake Grass org sains panggil Clinacanthus nutans.

Apa hebatnye herba ni, ini lah anugerah Allah swt pada kite utk kite kaji dan membuat sesuatu yang boleh bagi manafaat pada manusia. UPM dan USM dah buat kajian pasal herba ni yang mana sifat klorofil dalam herba ni mampu melambatkan proses pertumbuhan sel2 kanser.

Bukan tu saje, herba ni mengandungi lebih 90 jenis nutrient, 46 jenis anti-oksidan dan 36 jenis anti-inflamasi dan terdapat asid amino didalam klorofilnye yang mane asid amino ada pada daging dan telur...HEBATKAN...ia juga mengandungi sifat alfalfa yang tinggi berbanding sayur-sayuran. Memang TERBAEEEK!!! dan jugak ada Vitamin K yang baik utk.menambah darah selepas pembedahan.

clip_image002

Artikel penyelidikan oleh Fakulti Perubatan & Sains Kesihatan UPM berkenaan herba belalai gajah sebagai salah satu cara perubatan alternative selain daripada kimo.

Melihat kepada potensi herba ini, seorang usahawan herba En. Hazmi Haron telah membuka ladang komersial di Sendayan, Negeri Sembilan seluas 14 ekar utk dijadikan herba ini sebagai produk supplements. Sebenarnye ada kisah disebalik pembukaan ladang tersebut di mana……

clip_image004

Dengan usaha gigih tanpa jemu dan bersungguh-sungguh dalam menjadikan produk ini sebagai supplements dalam bentuk pati, kapsul dan teh di mana telah mendapat kelulusan dari KKM serta produk bertaraf GMP & Halal, produk herba belalai gajah ini telah berada di pasaran sejak 2013 di bawah jenama UTURN.

clip_image006

Kini produk UTURN ini lebih mudah didapati secara online melalui sebuah

KEDAI ON-LINE HERBA BELALAI GAJAH di

herbabelalaigajah.com

clip_image008

Jadi dengan adanye kedai online ni dapat memudahkan orang ramai yang memerlukan supplements herba belalai gajah UTURN sebagai rawatan alternative kanser. Sebelum akhir kalam, saya nak berkongsi antara kisah benar pelanggan UTURN yang berjuang dalam melawan kanser. Kisah adik Aisy Eskandar (pejuang kanser saraf tahap 4, Alhamdulillah kini sudah BEBAS KANSER)…… #Salute4cancerFighter

– Nukilan Nizamalik MBG, tauke kedai online herbabelalaigajah.com

clip_image010

Pemandu teksi mengeluh tambang mahal ?

 

Ke Low Yatt semalam dengan menaiki teksi . Terpaksa ! Bukan suka suka tauu.. Aku kena gi dan balik dengan pantasnya. Tak leh jenjalan sama sekali. Terus ke point utama dalam tempoh sejam ! Hurmm.. Anak-anak aku , ayah aku tengokkan.. Sian dia..

Maka naiklah teksi aku ke sana. Dalam teksi , aku perhatikan meter. Seperti biasa.. RM3 pada awalnya. Seketika kemudian dah RM5 ! Wahhh.. terkejut beruk aku ! Destinasi dituju masih jauh tapi meter dah nak cecah RM10 ! Aiyokkk…

Untuk mengelakkan aku sakit hati , aku ajak pemandu teksi berborak mengenai GST. Dia akui GST memberi kesan pada kehidupan dia. Segalanya mahal ! Tang mana murah pon tak tau laa..Termasuk tambang teksi ! Katanya pengguna teksi merungut tambang mahal. Dan ramai tak nak naik teksi jika tidak terdesak. Pastinya ini membantutkan pendapatan hariannya.

Ok , sampai ! Tengok meter , RM10.25 !

Bagi RM10 je.. “.Kata pemandu teksi tu. Biasanya tambang dalam RM7-8 jer dan aku bagi RM10 .. Baki simpan tapi kali ni , diorang lak suh simpan selebihnya ! Hahahaha .. Adehhh !

Jam 12 tengahari. Jumpa dah apa aku nak. Jom balikkkk ! Naik teksi lagi. Ada banyak teksi sedang menunggu penumpang..

Bang , Cheras ? “. Pemandu teksi tu mengangguk. Teksi mula bergerak ke lokasi yang aku minta.

Beberapa minit kemudian , pemandu teksi yang dah berusia tu mula membuka mulut.. Isu apa korang rasa ? Yesss ! GST laaa ! Apa lagi kan ? Takkan pasal cincin atau badminton kan ?

Katanya GST ni lebih dirasai oleh orang muda sebab orang muda banyak berbelanja. Macam dia , dia tak rasa sangat sebab dia tak guna duit sangat pon. Setakat setiap hari gi lepak kedai kopi je.. Minum kopi.. Tu je perbelanjaan dia ! Tapi macam pemandu teksi tadi , penumpan yang banyak mengeluh pasal tambang yang terlalu .. hurmmm.. mahal ? Dia sendiri kata tak leh nak buat apa !

Aku perhatikan meter. Dah RM10.75 !

Bang , berenti sini.. Saya nak gi kedai jap.. “. Jarak tempat aku berhenti ke rumah aku tu ada dalam 800 – 900 meter !  Aku bagi RM20 dan dipulangkan , RM11. Senyum je la..

Lain kali guna LRT jer ??? Kalau semua orang guna LRT , teksi camana nak cari makan ?? Sian gak la kat diorang.Nak tak nak kena tolong jana ekonomi mereka gak la kan ? Hurmm..

image

Caj tambang teksi selepas GST.. Kononnya ditangguhkan ari tu ?

image

Harga asal dan harga baru. Harga baru diumumkan pada 19hb Mac 2015 kalau tak silap aku ..

image

Hurmmm…

Berapa GBkah kuota internet yang aku perlukan sebulan ?

 

Ok.. Aku dah langgan plan data 20GB dari Celcom yang berharga RM90 sebulan ! Yang ni aku bagi kat Qhaliff dan sesekali jadikan dia hot spot tapi takde la kerap sebab tau Qhaliff dok guna layan YouTube.

Wife ? Wife aku.. ikutkan 1GB dah cukup ! Aku ? Aku dalam 10GB sebulan dah ok kot ? Bukan nak buat apa pon.. Update blog dan update media sosial. Sesekali download movie guna ShowBox. Tu pon kalau ada filem yang memang aku tunggu punya..

Namun segalanya adalah angan angan saja.. Setelah Qhaliff abiskan 20GB dalam tempoh seminggu , dia akan mula amik mak bapak dia punya handphone. Kalau tak dapat , dia tak marah.. Dia buat bising terutama di sebelah malam..Camana adik dia nak tidur kalau dia buat bising ??? Bila adik dia tak dapat tidur , wife tak leh tidur  ! Bila dua dua tak leh tidur , aku jugak turut terganggu ! Camana aku nak buat kerja ???

Dan wife punya internet jadi 20GB sebulan.. Begitu jugak aku.. Rasanya 25 GB kot ! Bayangkan , 5GB bernilai RM53.00 setelah dicampur GST ! Cer kira berapa belanja internet aku sebulan ???

Unifi ? Streamyx ? Alasan tak masuk akal senantiasa diberikan.. Malas dah !

DSC06205

Gini la rupa setiap malam.. ni pon baru lepas menangis nak handphone ! Nak layan budak budak Jepun buat lawak .. Haishh.. Ketagihan ? Dia cuma mintak belah malam jer.. Hurm.. Cukup time , dia tidur dengan sendirinya .. hurmm..

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI