Khamis, 14 Mei 2015

Nak jual ke tak ?

 

Kamera lama aku , Sony Alpha 5000 yang kerosakkan lensanya disebabkan jatuh akhirnya dah dapat penganti ! Aku guna lens kamera baru aku , Sony Alpha 5100. Yelah , dah ada dua lens kan ? Maka lens 30mm tu aku guna kat kamera baru dan 16-50mm tu aku guna kat kamera lama ..

image image

Dan yang baru ni.. baru punya.. Hehehe..

image

Ok..baru tau nape orang giler ‘menembak’ dengan guna lens best best ! Hurmmm..

Nak jual ke kamera lama aku ? Hurmm..

Perbezaan ibu dan ‘abang’ jaga anak !

 

Mana satu ibu jaga anak dia ? Dan mana satu si ayah yang jaga ?

image

image

Kan ? Aku tau.. mesti korang nak kata yang gambar bawah tu , aku yang jaga.. Kemas je gitu kan ? Tu la dia kasih sayang seorang ayah.. Anak didahulukan , kekemasan diutamakan !

Tak caya la tuuu ..

Hilangkan bau mulut !

 

Dulu kan , setiap kali aku nak jumpa orang bermesyuarat mesti risau. Risau mulut berbau ! Hahaha..terutama lepas makan makanan berminyak. Hurmm..

Maka aku pasti usung Listerin atau chewing gum. Berkumur atau kunyah dulu chewing gum. Risau wehhh mulut berbau !

image

Satu hari tu aku try Habbatus Sauda.. Amik secubit dan kunyah.. Beberapa minit kemudian , aku mula sendawa.. angin keluar wo ! Dan try bau mulut.. Eh , takde bau ??? Wah , dasat ni..

Sebenarnya aku tak sangka la Habbatus Sauda ni mampu hilangkan bau mulut pon… secara tak sengaja.. Dan sekarang , memang aku amalkan setiap pagi dengan niat nak buang angin dalam badan..

Tak caya, try la …

Seram ketika baca DAMPING !

 

image

Teringat petua yang ditinggalkan oleh penulis novel DAMPING, En.Zulkifli Ahmad Idrus.

Nak baca novel ni kena tengah malam.. baca di kala keseorangan.. Baru dapat rasa ! “.

Nak dijadikan cerita,malam semalam barulah aku dapat nak membaca novel novel yang ada di tangan aku. Tu pun dah jam 2 pagi. Entah beberapa muka surat aku dapat baca pon tak pasti lagi..

Tiba-tba , aku terdengar sesuatu merangkak.. berbunyi loceng. Sayup jer..

“ Takkan kot ??? Dah kul 3 pagi ni !! “.

Aku pasang telinga.. Bunyi tu semakin menghampiri aku . Hurmm.. Aku diam jer.. Akhirnya , aku dapat rasakan ada sesuatu di hujung kaki aku !

Aku redha..

Budak ni jam 3 pagi tak tidur tidur lagi ! Arghhhhh..

Stokke® MyCarrier™ Cool untuk Zahra Nur Iman !

 

image

Baby Carrier ke dua untuk Zahra.. Zahra dah cecah 1 tahun usia dan kena la guna yang lebih selesa sedikit kan ? Maka , pastinya Stokke® MyCarrier Cool 3 in 1 ni jadi pilihan..

Berbeza dari yang sebelum ni , baby carriernya agak keras sedikit kainnya berbanding yang ni.. Yang ni lebih dan selesa untuk bayi kita..

image

Ada 3 cara nak guna baby carrier ni dan aku selesa gunakan bahagian depan. Zahra pon kelihatan lebih tenang di depan berbanding kedudukan lain.. Dah pandai lihat dunia !

image image

Sesuai digunakan pada bayi yang usia beberapa bulan hingga ke usia 3 tahun , Stokke® MyCarrier Cool 3 in 1 aku rasa antara yang terbaik pernah aku guna ! Kenapa ???

image

 

Paling penting ! Menyokong bahagian belakang si pemakai tu ! Haa.. Kalau tak sokong bahagian belakang tu , perghhh.. pasti penat dan sakit sakit badan wooo !

image

Selain dari tu ? Keselamatan.. ciri ciri yang sememangnya jadi persoalan terutama mereka yang mengambil berat mengenai kedudukan anak anak mereka di dalam baby carrier ni , turut menjadi point kenapa bagi aku baby carrier ni bagus untuk Zahra.

image

Aku tahu dan seperti biasa .. pasti akan ada yang pm aku dan mintak aku join group itu ini.. Sebelum nak pm aku atau basuh otak aku , apa kata gi baca segala info mengenai baby carrier ni terlebih dahulu.. Kita kena buka minda dan banyakkan membaca info info terkira dan termoden.. Kan kan ? Haa… aku tahu dahh !

Sila rujuk web Stokke ni untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai baby carrier ni !  Nak beli ? Berapa harga ? Kat mana nak beli ? Sila ke mana mana cawangan MotherCare di Malaysia ni.. Harga dalam RM800++ .. Murah la kan ? Barang baik..

image   image

image

Kelihatan selamat kan ?

Jangan bawak anak anda ke GIANT !

 

Hah ????? Kenapa ???

image

Troli menarik ni , tak perlu dibayar pon untuk gunakannya ! Dan pastinya anak anda teruja nak naik dan pastinya… pastinyaaa , anak anda tak nak keluar dari situ seperti Qhaliff ! Jenuh aku paksa dia keluar.. Meraung dia ! Bertubi gak la dia bagi penumpuk kat muka aku… Huhuhuh…

Bagus betul cara Giant ni.. Qhaliff seronok dalam tu.. Hurm.. Kalau tak , aku memang payah nak kawal dia setiap kali masuk pasaraya.. Huhhu…

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI