Dapur Tanpa Sempadan...

Jumaat, 15 Mei 2015

Masa kualiti bersama anak !

 

Esok cuti ! Nak gi mana ? Hurmmm.. Aku ada dah plan tapi untuk esok , mungkin nak luangkan masa bersama wife yang nak cari baju kerja dan baju raya..

Tapi malam , nak g lepak kat Putrajaya ! Malam kat sana meriah woo.. Budak budak pon suka ! Leh main bola kat depan Mahkamah Putrajaya tu.. hehehe ..

Walapun gitu , aku tetap ada masa kualiti dengan anak anak.. tak perlu tunggu hujung minggu ! Hari hari boleh ! Dan inilah yang mereka nak sebenarnya. Bukan mainan.. bukan taman tema ! Tapi masa dengan mereka.. kan ? Tak caya , cuba ingat balik kenangan bersama orang tua kita.. apakah yang paling diingati ?

imageimage

Jangan sampai , segalanya berlalu begitu saja ..dan kita kehilangan masa itu tanpa digunakan dengan penuh manfaat.. terutama anak anak ! Bila dah besar , mereka akan sibuk dengan dunia mereka.. Kita ?

Kemalangan di Putrajaya , MyVi lagi !

 

Semalam , dunia maya sekali lagi dikejutkan dengan satu lagi kemalangan maut yang melibatkan kereta tuttttttt dengan sebuah motosikal di Putrajaya.. Berhampiran Kementerian Pelancongan atau Hotel Pullman.. Alahai , tuttt la sangat yer ! Satu dunia tau dah kereta apa !

Ikutkan , aku malas nak update pasal kemalangan ni sebab aku takde kat situ menyaksikan segalanya berlaku dari A-Z.. tapi aku nak update jugak untuk kita jadikannya sebagai pengajaran.

Kemalangan di Putrajaya semalam , aku tak de hak nak nilai sapa bersalah sapa tak tapi yang pastinya ,kalau kita ikut peraturan..inshaAllah , kemalangan boleh dielakkan!

image image

Hurm… Bila aku perhatikan video ni , boleh dikatakan sebenarnya kita boleh nampak menda menda ni setiap hari kan ? Langgar lampu isyarat.. kereta laju.. motorsikal main redah jer .. Macam macam kesalahan kita nampak atau kita sendiri lakukan samada sengaja atau tidak !

Masa nak buat , tak pikir kan ? Bila dah kena , Ya Allah.. menyesalnyaaa !! Masa tu , baru harap yang semua tu adalah mimpi semata mata.. Tapi sayangnya ??? Hurmm..

Bila cakap pasal kereta Myvi ni.. terus terang la aku katakan memang banyak kali dah aku melepaskan makian terhadap beberapa ..bukan semua yer ! Beberapa pemandu kereta Myvi yang memandu dengan laju sekali ! Kadang kadang yang bawak tu , perempuan ! Mengucap panjang aku …

Seperti kita tau , kann… Yang cepat panik bila memandu ni sapa ? Haaa ! Aku malas nak tuduh tapi tanya diri sendiri jer.. Kena tahu, kereta ‘kecik’ ni mudah hilang kawalan walaupun dah ubahsuai .. Sedangkan kereta besar pon leh terbabas bila laju , ni kan pulak kereta kecik ! Haihh.. Kalau nak babas tak melibatkan orang lain , tak peee laa.. Lantak ko laaa ! Tapi kalau ada penumpang ? Langgar orang lain ?? Camana tuu ?? Hurmm..

Satu nasihat.. Sebelum memandu , baca doa.. pasang zikir dan berselawat terlebih dahulu sebelum memandu. Dan jangan kejar masa kalau dah lambat ! Redha jer laa..

Pukul 3 pagi..

Wife dah selamat tidur.. Terlalu penat sebab dia bangun awal pagi untuk siapkan makan pakai anak anak dia.. Aku , sambung jaga Qhaliff.. Dan Zahra yang dah pandai tak nak tidur malam ! Huhhh..

Qhaliff memang dah jadi tabiat.. Mintak susu pastu ajak lepak dalam bilik , setiap malam.. atas kul 12 tengah malam !

image

Dan baru nak lepak berdua ngan Qhaliff , tetiba dengar bunyi gelang loceng.. makin lama makin kuat ! Aku perhati kat pintu… dan muncullah budak ni ! Camana dia berjaya lepas dari kawalan mak dia ?? Iskh iskh iskh..

image

Kul 3 pagi tak tidur lagi diorang.. Akhirnya , semua sekali bangun dalam rumah aku tuuu.. Tak pasal pasal semua mengantuk pagi ni..huhu..

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI