Ahad, 17 Mei 2015

Cepat benar masa berlalu..

 

Tau tau , dah jadi anak dara dah.. Baru rasa macam semalam dukung dia selepas dilahirkan.. Rupanya dah setahun pon usia.. Hurmm.. Dah pandai goyang kepala dan kaki bila dengar lagu dangdut ! Mana belajar pon tak tau laa..

image

Si adik selalu berusaha menarik perhatian aku untuk aku dukung dia. Dan bila aku tumpu pada dia , si abang berusaha nak buat gitu gak ! Apa yang adik dia dapat dari aku , dia nak sama gak !

image

Hurmm… Baru dua orang ! Kalau tambah lagi ? Fuh.. rezeki.. Jangan ditolak ! Hahahaha.. Biar kalah sekarang.. menang kemudian !

Cereka Ahad : Kerana Dia Juga Cikgu

 

Sempena sambutan Hari Guru pada hari sabtu 16 Mei, TV3 menyiarkan sebuah telefilem yang penuh berpengajaran dan bertemakan guru berjudul, ‘Kerana Dia Juga Cikgu’ lakonan mantap Syafiq Kyle, Azhan Rani, Rita Rudaini dan adik Zikrie.

Telefilem Kerana Dia Juga Cikgu ini mengisahkan Hakim (adik Zikrie) seorang pelajar darjah enam yang nakal dan malas belajar. Masa lapangnya diisi dengan permainan video dan keluar bersama kawan-kawannya kerana ibu bapanya terlalu sibuk dengan kerjaya masing-masing.

Oleh itu, Hakim sentiasa mendapat keputusan tercorot dalam darjahnya. Ini membuatkan ayahnya, En. Hanif (Azhan Rani) berang dan malu terhadap rakan-rakannya di pejabat kerana anak mereka sering meraih keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan. Dalam keadaan terpaksa, En. Hanif mengambil Adam (Syafiq Kyle) sebagai guru tuisyen kepada Hakim. Dalam keadaan terpaksa dan benci juga, Hakim berusaha untuk menyingkirkan Adam dari kehidupannya.

Isteri kepada Hanif, Pn. Azizah (Rita Rudaini), berasa serba salah dengan tindak tanduk suaminya, namun tetap akur demi masa depan anaknya. Hakim pula sering membuli guru tuisyennya, Adam dengan harapan Adam akan berhenti daripada menjadi guru tuisyennya.

TUITION - 4Hakim - 1END - 1

Ok.. Tu aku copy paste dari press release yang aku dapat. Biasanya kalau telefilem atau drama jam 10 di TV3 ni memang best best la.. Sebab tu aku update kalau dapat press releasenya. Kalau drama jam 7 tu , aku malas dah la nak update.. Rasa berdosa lak galakkan korang tonton drama waktu gitu.. Huhuh..

Apa pon.. selamat menonton dan Selamat Hari Guru buat semua rakan rakan..

Ayer@8 : PapaRich vs Tom Yum Kung

 

“ Bang , nak makan mana malam ni  ? “ Tanya wife.

Yup.. dia pon dah boring makan kat Tom Yum Kung. Lagi pun sejak GST diperkenalkan , harga agak mahal kat sana. Dulu boleh tahan la harganya.. Mampu gak la selalu gi sana. Tapi sekarang ? Kaau teringin je baru gi..

Dan pilihan seterusnya , aku nak makan di PapaRich buat kali kedua setelah terlihat gambar mee kari kerang yang diupload oleh seorang rakan FB.. Terliur terus tengok.. Hahahaha..

Tapi malam ni , aku tak nak mee kari. Aku nak makan asam laksa dia. Kalau asam laksa dia sedap , confirm makanan lain sedap ! Aku memang payah nak makan laksa selain mak aku yang buat.. Hehehe.. imageimage

Sedap tak ??? Hurmm…. Boleh datang lagi pasni ! Nak try menu lain lak.. hehehehe..

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI