Dapur Tanpa Sempadan...

Selasa, 19 Mei 2015

Dia ingat rupanya !

 

Sampai je di rumah , Qhaliff tanya..

“ Nak Roy… “

Haaaaa ?? Terkedu aku ! Aku tak tau selama ni dia hafal nama nama RoboCar Poli ni sehinggalah dia dapat pegang kesemuanya petang tadi. Namun gitu , aku cuma bagi dia main Amber dan Poli jer. Helly dan Roy aku tak kasi bukak !

Dan malam tadi , bersiap nak balik ke Sepang , anak buah aku mintak Roy. Sian kat dia.. aku bagi la tanpa pengetahuan Qhaliff.. Aku tak sangka lak mamat ni leh ingat !! Adehhh ..

DSC06619

Moral ! Jangan ingat budak budak ni , sekadar budak budak ! Mereka dah diberi susu menguatkan ingatan sejak dari dalam perut lagi ! Haaaa.. Maka , jangan sesekali nak tipu atau ajar menda mengarut dengan diorang.. Huhuh.. Diorang ingat woo..

RoboCar Poli Qhaliff sampai dah !

 

Alhamdulillah.. Rezeki Qhaliff !  Terima kasih Diya Nadia. Berbaloi tunggu hingga ada stok.. Huhuhu..

image imageimage imageimage

Suka dia..tak lepas langsung RoboCar Poli dia.. hurmm… Untung budak budak zaman skang.. Zaman aku dulu , terliur tengok kawan aku dok main robot ni haa.. Nak mintak beli , kesian kat orang tua..Mahai woiii ! Sekarang ni murah murah la gak ..

Bagi yang berminat nak beli , leh tanya Puan Diya Nadia yer..

Dia pulak suruh aku bergaya !

 

" Daaaddy , daddyy.. cenyummm.." Dia suruh aku buat gaya tangan sekali.. Suruh aku buat 'peace' ! Huk alohhhh....

Layankan aja anak anak ni.. hurmm..

image

Nak makan ke tidak ?

 

" Abang.. nak aiskrim.. "

Aku pon gi la beli kat penjual aiskrim bermotor tu..

"Terima kasih , bang.. " Penjual berbangsa India ni memang peramah dan tak kedekut ! Kon kembar diletaknya 3 scoop aiskrim berharga RM1 . Teringat kelmarin di satu kedai  ni jual satu scoop aiskrim , RM1. Hurm..

Disebabkan dia tak kedekut , aku amik aiskrim mahal skit untuk aku. Hehehehee..

Dalam kereta , Qhaliff makan dengan beria. Abis comot mulut dia. Kemudian , dia hulurkan aiskrim dia kat aku. Dia mintak tisu. Aku pon bagi la.

" Nak aiskrim ni lagi tak ?"

"Tak nak.." Dia jawab dan aku mula habiskan aiskrim dia. Tiba tiba dia pandang aku.

" Haaa.. abis ??? "  Dan dia mula meraung. Ah , sudaahhhhhh.. Beria menangis. 

Tak pasal pasal aku kena cari mamat aiskrim tu dan beli lagi.. 

 

Dan dia , kembali ceria.. Haihhhh..anak , anakk..

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI