Rabu, 20 Mei 2015

Mee Maggie Kari Asam Pedas Telur Mayong D’Laila !

 

Lama dah aku terfikir nak buat tapi semalam , dengan baki asam pedas telur mayong yang aku beli kat warung D’Laila SupPower , Bandar Baru Nilai itu , telah digubahsuai oleh adik aku.. Maka terhasillah mee maggie kari seperti dibawah ini..

Pakat berebut kooo !

image

Ini pon tak cukup tauuu … Hahahaha.. Pakat makan gilir gilir ! Resepi ? Alahai.. mudah jer.. Maggie mee kari dan asam pedas telur mayong D’Laila ..

Harap harap Kak Laila nanti buat menu ni kat warung dia ! Hahahaha.. Hari hari aku gi makan kat sana.. Lalalaaaa..

Kenapa perlu ada ‘KELANTAN’ ?

 

Apa masalah ‘mereka’ ni dengan KELANTAN ?? Perlu ke nak highlight KELANTAN di setiap artikal mereka ni ???? Apa dosa KELANTAN sampai begitu sekali atau punya agenda tersendiri ?

image

Tak sengaja ? Ok… Tengok akhbar apa eh.. Ni ada kawan di FB bagi gak…

image

Hurmmm.. 2 kali ? Tak sengaja lagi ? Hurmmm …

image

Haihh…. Harap pasni prihatin la skit yer ! Jangan bangkitkan ‘kenegerian’ di tajuk berita anda tu.. Nak kata blogger yang buat , takkan la kan ? Ni keluar kat suratkhabar berbayar tuuu ! Kalau blogger , memang sah sah nak tarik trafik.. Ni apa kes ?

Menulis biarlah ikhlas.. Infomasi disampaikan biarlah tepat dan tidak berat sebelah..

Si Kecil mula bertanya…

 

Papa, papa tengah buat apa tu ? “ Tanya si Qhaliff sambil perhati je apa yang aku buat…

Papa nak siap sedia kejap.  Lagi 10 minit dah nak time tu.

Ohh… time apa , Papa? “ soalan kedua ditanya Qhaliff

Nak masuk time dah , nak masuk waktu solat Maghrib ” jawab aku.

Ohhh.. Maghrib tu apa, papa? ” Tanya Qhaliff lagi (soalan ketiga)

Haa… nak tau, Qhaliff pakai jubah, jom siap kita pegi masjid ikut papa. “ Sambil aku betulkan songkok di kepala.

Sedang berjalan dengan Qhaliff ke masjid, aku sempat untuk terangkan kepada Qhaliff, apa itu Maghrib dan kenapa orang Islam wajib bersolat.

Sambil teringat tentang artikel dalam surat khabar minggu lepas mengenai Israk dan Mikraj, aku terangkan kepada Qhaliff mengenai kejadian tersebut, dimana kiblat berubah arah dari Baitulmuqaddis ke Kaabah, di kota Mekah dan bagaimana dari 50 waktu, jadi 5 waktu sahaja waktu solat yang diwajibkan keatas orang Islam.

Waaah… 50 waktu, papa . Banyak tuuu…” kata Qhaliff.

Banyakkan, tapi Allah itu kan Maha Adil dan maha mengetahu Qhaliff ” jawab aku.

Terpikir kejap tentang solat terawih nanti bila bulan Ramadhan hadir. Ada masjid yang buat 8 rakaat, ada yang buat 20 rakaat. Hmmm… Mujur dah tau pasal sejadah Ortopedik, Sajda Salah Mat.

kid praying
Kalau siapa yang belum dapatkan tu… boleh lah lawat Facebook page diorang , MYSAJDAMAT .

Bila sel sel otak Qhaliff berhubung !

 

Dia terjumpa jam dia.. Dia bagi kat aku..

DSC06640

Satu masalah ! Hurmm.. lebihan tali tu nanti nak buat camana ? Sebab menda alah tu hilang entah ke mana.. Hurmm.. Ok , guna getah !

Aku ke dapur untuk cari getah. Tiba-tiba Qhaliff berlari sambil menjerit kat aku..

“ Abangggg… abanggg… “ dan berikan pada aku ! Terkejut aku ! Camana budak ni leh tau aku nak cari menda ni ??

DSC06641

Dan , aku pakaikan dia jam tersebut !

DSC06639

Hurm…. Bijak jugak budak sorang ni ! Ni mesti mewarisi kebijaksanaan aku ni.. Lalaalalaaa…

Jimat kata si isteri !

 

Abang.. make up remover dah abis. Nak order lagi kat Cosmoderm. “ pinta si isteri dengan senyuman manis terukir di bibir.

Looor… beli je la..bukan mahal sangat pon. Lain la nak beli yang macam dulu dulu.. Yang tu memang mahal  woooo ! Letih gak nak beli tiap bulan.. “ jawab aku selamba.

Benar , menjimatkan tapi berbaloi ! Sejak wife guna , dia tak de complaint dah pasal muka dia. Lega aku.. huhuhu..

image

Aku mintak dia komen pasal dua produk ni dan inilah jawapannya..

Haaa...nak citernya kalo dah seharian muka dibebani ngan make up, rasa-rasanya selesa tak kalo tak dinyahkan make up tu bila balik dr keje? Kalo saya, antara benda wajib sebelum cuci muka ialah nak kena cuci muka tu cepat2 dengan make up remover, pastu baru bleh cuci dengan pencuci muka.

Tapi paling xsuka kalo make up remover jenis minyak, rasa cam melekit jer kat kulit muka.  So far selepas kenal dengan cosmoderm and try make up remover cosmoderm..rasa best sangat sebab jenis water based, xmelekit n berminyak. 

Plus sesuai untuk semua jenis kulit dan xpedihkan kulit muka. Pastu sesuai lak untuk sapu kat bibir untuk sapu baki-baki lipstik kat bibir dan bahagian mata.  Otomatik rasa ringan jer muka dan sejuk2 gitu sbb water based kan..heheh. “.

 

Berapa harga dan kat mana nak beli ??? Ada dua cara nak beli.. samada di Guardian atau farmasi farmasi terpilih .. atau dengan cara online.. Kalau beli di www.cosmoderm.com.my , inilah harganya ..

image

image

Sebarang pertanyaan , boleh rujuk ke Facebook Cosmoderm atau Instagram Cosmoderm. Bila lagi nak berjimat kan ? Ni la masanya..

Pastukan.. pastukan.. ni cadangan aku la.. Hehehe.. Gunakan ketiga tiga produk di bawah ni.. Aku pon ada. hehehe ..

Sila rujuk web Cosmoderm.

image

Kucing jalanan..

 

Kucing kucing terbiar di belakang rumah mak aku di kawasan perumahan pangsa 4 tingkat ni , memang dah jadi isu berkurun lamanya ! Bersepah.. Kalau mula bagi makan , tunggu la nanti.. makin byk yang datang..

Tapi jangan berkira dengan diorang ni.. Kita ikhlas dengan mereka , inshaAllah Allah buka rezeki lagi banyak untuk kita.. Sapa lagi yang boleh bantu kucing kucing ni kalau bukan kita sendiri kan ?

imageimageimage

Banyak lagi sebenarnya ni.. Ni yang sempat aku interview jer la.. Antara punca bersepahnya kucing kucing ni adalah disebabkan perlakuan sumbang tanpa kira tempat dan masa. Asal stim je on.. pastu si betina terkontang kanting besarkan anak anak.. Si jantan , cari betina lain punya untuk terus melampiaskan nafsu nafsunya tanpa ada skit pun rasa bertanggungjawab ! Huhhhh…

Tu belum lagi part kucing dari zon lain yang diangkut buang kat zon sini oleh penghuni penghuni yang tak cintakan haiwan comel ni.. Hurm..

Kesian ? Apa nak buat.. itulah nasib kucing.. Ada manusia yang berhati perut.. Ada yang sekadar pentingkan perut sendiri.. Gitulah kehidupan..

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI