Dapur Tanpa Sempadan...

Jumaat, 22 Mei 2015

Memikirkan nasib anak cucu..

 

Perancangan kami suami isteri untuk anak anak.. Sebulan seorang seratus untuk Tabung Haji , PTPTN , Insuran dan simpanan tetap ! Yer , untuk Qhaliff dan Zahra !

Perlu buat gitu untuk elak mereka berhutang ketika sambung belajar nanti atau ketika nak menikah ! Nak beli kereta dan rumah tu, dah memang kena berhutang ! Aku bukan bekas Perdana Menteri atau Menteri Kewangan sekarang ni.. Huhu.. Lahir lahir terus jutawan.

image

image

Sian anak anak kita sekarang ni.. Muda muda dah berhutang. Kalau dapat mak bapak yang bekerja keras untuk anak anak mereka , ok la.. Kalau kena yang dah tak larat ? Nak tak nak kena buat pinjaman untuk belajar.. Nak kawin ? Hurmm… Kalau dapat bakal keluarga mertua yang sederhana pemikirannya , ok la gak.. Sederhana permintaan untuk perkahwinan ! Leegaaaa !!

Terfikir gak masa depan diorang.. apakah pekerjaan yang mampu menjamin masa depan diorang , di zaman ni ! Hurm.. setakat ni  yang boleh ‘hidup’ , kerja dengan kerajaan je la ! Kalau dulu , kerja dengan bank dah sedap dah ! Sekarang ni , kerja ngan bank.. biasa biasa jer la nasib..

Entah laa.. kita sebagai orang tua , kena sediakan payung untuk anak anak kita.. Jangan pk asal kita lepas dah !

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI