Ahad, 24 Mei 2015

Masa untuk diri sendiri dan anak anak !

 

Pagi , settlekan urusan rumahtangga. Pastu plan nak g Kelab Komuniti Taman Tasik Cyberjaya. Nak workout dan main badminton ! Sememangnya perancangan aku nak kembali sadokan diri dah perlu lebih serius ! huhuh.. Tak larat tengok lemak perut semakin bermaharajalela.. hehee..

image

Selang seli aku tadi.. Nak test stamina.. Hahaha.. Memula workout kat gym kat situ.. dalam 45 minit. Pastu main badminton , sejam ! Masa rehat , lari g gym.. sambung workout skit.. hahaha ..

Mana mana jemputan review buffet ramadhan bulan ni , aku nak tolak.. melainkan rasa berbaloi utk pergi.. hehehe.. Bukan nak makan sangat ! Tapi kena tengok lokasi dan masa. Maklumlah , nak gerak ke sana sini guna minyak dan masa ! Review buffet Ramadhan ni kebanyakkan free jer.. Letih gak nak gi.. Kalau dekat , ok jer .. Aku bukan kaya pon.. lalala ..

Selesai main badminton , balik rumah terus ! Masa untuk anak anak lak.. Hahahaha .. Dan sampai je rumah , Qhaliff serbu aku..

“ Nak kolammmm… “

Terus aku siapkan kolam mandi diorang walaupun aku dah kehabisan tenaga. Demi anak , aku kerahkan lagi saki baki tenanga .. Asalkan mereka bahagia.. kan ?

imageimageimage

Sejam pon dah memadai.. Diorang puas ! Yang penting kita luangkan masa untuk mereka. Diorang bukan nak main air sangat tapi nak kita ada disisi mereka..

Malam.. dua dua lena lebih awal sebab terlalu penat dan petang tadi menurut wife ,dua dua tak tidur.. hehe… Harapnya diorang tidur lena sampai esok pagi.. Banyak kerja nak kena buat ni…

Nak beli atau tidak ?

 

Pening.. Nak beli ke tak ? Aku dah ada 30mm tapi tu sesuai untuk buat food review. Untuk travel , tak sesuai sama sekali ! Aku perlukan lens yang lebih mantap memandangkan aku perlukan gambar gambar yang cantik dan menarik untuk diletakkan di blog dan media sosial.

Perlu ke letak gambar gambar menarik ? Berbaloikah ? Tahukah korang aku dibayar untuk post gambar di Instragram ?  Berapa harganya ? RM500 sekeping ! Percaya tak ? Tak kan ? Aku tahu dah.. Hahahah..

Aku minat fotografi ni cuma malas nak g kelas ! Hahahaa.. Aku suka amik gambar alam semulajadi yang memberikan aku ketenangan dan menghargai anugerah Allah yang tak ternilai ni.

Persoalan utama.. mana satu yg sesuai ! Arghhhhh… 

Inikah ??

Vario−Sonnar T* 24−70mm F2.8 ZA SSM

image

Hasil ? Contoh ?

imageimageimageimage

Atau …

Vario-Sonnar T* DT 16-80mm F3.5-4.5 ZA

image

image

image

image

Harga ? Gulp.. nak gi survey kat Sony KLCC.. Bajet dalam 2k gituu..huhu..

Sesekali bila mereka bergurau kasar !

 

Pening ! Hahahaah.. Kelihatan agak keras gurauan si abang ! Aku jadi risau.. Dan memang kerap kali Zahra menangis gara gara guraua abangnya tu tapi tak sampai seminit , dia kembali ketawa dengan abangnya !

Kekadang rasa macam abang cemburu dengan adiknya..

Qhaliff.. mana Zahra ? “ Tanya aku.

Zahra hilang. “ Jawab Qhaliff dan kembali layan youtubenya !

Huk aloh.. sesuka hati jer jawab gitu.. Adehh…

Tapi bila diorang berdua depan mata , main tak hengat punya ! Kalau aku sakat Zahra sampai nangis , confirm abangnya datang membantu. Huhuhuh..

Sayang sebenarnya tapi mungkin Qhaliff belum pandai bergurau dengan adiknya.. kan ?

image

Kerana mu , GST !

 

Gi Aeon , Alamanda Putrajaya tadi. Beli barang dapur. Malas nak tengok bola sebab tak yakin Kelantan boleh menang ! Bukan tak nak sokong tapi malas nak frust ! Hahahaha.. boleh ?

Bila masuk je situ , aku mesti akan ke seksyen pakaian lelaki yang berlonggok longgok tu.. Hahahaa.. Cari t-shirt murah punya ! Bajet dalam RM10-15 sehelai ! Lebih dari tu , aku istiharkan mahal sama sekali ! T-shirt mahal ni berbaloi beli kalau pandai jaga. Aku tak pandai jaga !!

image

Dan ada !! Kolarr V gituu.. Orang kata lelaki pakai kolar V ni gay ! Hahaha.. Lantak pi laaa.. Aku selesa pakai kolar V ni. Tak tercekik gitu. hehee ..

RM15 sehelai. Aku amik 4 helai ! Baru RM60 gituuu.. Haaa ! Murah kooo.. Kain pon sedap ! Desgn pon lawa.. Pakai wat gi event , bukan orang tau pon kan ? Orang kalau kacak , pakai baju murah pon nampak mahal .. kan kan ? Hahaha.. Gurau..

Mis tercapai.. Aku beli baju murah dan wife dapat sandal dia.. Katanya lama dah tak tukar ! Aku pelik sebenarnya dengan orang perempuan ni.. Banyak benar kasut selipar diorang ni.. Hurmm..Tapi apa guna laki keje teruk teruk kalau nak berkira part selipar kasut ni kan ? Kalau diorang sakit kaki , sapa nak jaga anak anak kan ?

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI