Dapur Tanpa Sempadan...

Isnin, 25 Mei 2015

11 Pagi dan 11 Malam !

 

image

Ini gambar jam 11 pagi !

image

Ini gambar jam 11 malam !

Nak tengok gambar aku jam 2 pagi ??? Tunggu Zahra yang tak reti reti nak tidur lagi ! Tapi belah siang , tidur macam tak de malam.. Huhhh…

Jangan merbahayakan nyawa orang lain !

 

Di stesen minyak Shell.. Aku tiba terlebih dahulu di situ kemudian matikan enjin. Telefon pintar dalam kereta. Aku takkan pegang telefon punya kerana banyak kali dah aku terkena cas eletrik statik ketika sentuh kereta ! Takut pulak nanti bukak tangki minyak , gas dok kelua , aku gi sentuh kat area situ ! Tak pasal pasall.. haaa..

Walaupun takde fakta atau kes elektrik statik punca stesen minyak meletup , sebaiknya , kita ikuti peraturan sewajarnya bila berada di tempat tempat berisiko tinggi !

image

Sedang aku dok isi mintak , datang sebuah kereta dan parking belakang aku. Seorang lelaki dan dua awek cun. Best part , enjin kereta tak dimatikan. Selamba je isi minyak ! Hurmmm… Stress aku tengok. Walaupun ada  kataamaran tak merbahaya , bagi aku .. sebaiknya jauhi masalah masalah yang mampu mengancam nyawa kita..

Hurmm..

Aku suka mereka kata aku gemuk !

 

Apa ???? Gemuk ??

 

image

Mak aku kata aku gemuk.. Wife pon kata aku semakin memboncet ! Yesss ! Itulah yang aku tunggu selama ni.. Komen dari mereka yang tersayang !

Kenapa aku suka lak ? Hehehe.. Taktik dan strategi ! Inilah masanya untuk aku kembali berworkout di gym dan gym pilihan aku adalah di Kelab Komuniti Taman Tasik Cyberjaya yang aman damai ! Seronok workout situ.. tenang je rasa.. hehehehe..

Alhamdulillah , hari ni hari kedua aku masuk gym dan harap dapat kekal ke hujung minggu ni .. Pastu minggu depan , ada job nak kena buat.. Mungkin kena g Singapura untuk join event kat sana.. Berbayar ! Hehehe.. Maksudnya , aku dibayar la.. bukan g makan angin. G buat kerja yer ..

Kat sana , leh cuti dua tiga hari.. Abis laa.. berlemak balik !

Ayahandaku..

Tak perlu tunggu Hari Bapa utk meluahkan perasaan sayang kita padanya. Luahkan la bila bersua dengannya..

Ayah , terima kasih atas kasih sayangmu..

Sekurang-kurangnya aku telah membanggakannya dgn membawa namanya di kemuncak walaupun sekadar di dunia maya..

Ashaari , nama ayah aku.. Aku tanpa segan silu berbangga dgn namanya..

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI