Dapur Tanpa Sempadan...

Khamis, 28 Mei 2015

Kena tambah lagi!

Hurmm ..Punca dari gadgetkah?? Rasanya la , along dengan adik beradik lain memang payah nak masuk ! 

Sebab ?

Aku rasa la.. dia tergugat dengan kehadiran adik adiknya , kot ?  Sebelum ni dialah intan payung , kan ? Tetiba ada pencabar.. haaaaa..

Aku rasa gitu laaa.. kot ? 

Windows Live Writer bermasalah !


Ah , sudah ! Mula mula aku diberitahu oleh rakan blogger , Laily.. pasal WLW ni ! Hurm.. kenapa tiba tiba tak boleh update ? Aku yang berada di luar ketika tu tak boleh nak access untuk check. Aku mintak dia check segala setting yang ada .. Dan tetap keluar error tu ! Aiyokk..

Dan semalam.. dii rumah , try guna. Jeng jeng jeng.. Tu dia ! Aku pun kena gak ! Apa kes ni ? Aku guna dah 6 tahun .. tak pernah jadi gini.. Kenapa sekarang ? Kenapa di kala aku banyak kerja nak diuruskan , dia bermasalah ? 

Aku pun gunakan kepakaran aku ! Jeng jeng .. Google la ! Apa lagi kan ?  Dan aku menemui banyak forum mengenainya.. Kikiki.. Ramai kena rupanya ! Ada yang kata sebab Google update software API maka mana mana aplikasi yang terlibat , pasti bermasalah .. Sekarang ni mereka minta Microsoft selesaikan masalah ni dengan kadar yang segera atau ramai blogger akan frust ! Guna WLW update blog best wooo ! Cepat dan pantas sekali ! 

Harap masalah ni selesa segera.. hurmmm... Bosan nak guna web untuk update blog.. Huhuh..

Perlu ke letak #kelabbloggerbenashaari ?


Ada kawan tanya kat aku . Perlu ke letak ? Kalau tak letak ? Kena letak selalu ke ?  Aku senyum je la.. Aku tau , ramai dok pikir mereka sedang mempromosikan nama BEN ASHAARI ! Tu je la dalam kepala otak mereka. Dah tu mereka yang berniaga kat Jalan TAR tu , dok promote nama Tuanku Abdul Rahman ke ??? Haihhh..Cetek sebenarnya pemikiran orang gini .. 

Kalaulah aku benar benar nak blogger promote nama BEN ASHAARI tu , aku buat segmen cam dulu dulu jer.. Aku up dengan letak hadiah menarik , confirm beribu blogger join !  Ditambah dengan beberapa syarat lagi.. pastinya akan viral nama BEN ASHAARI dengan lebih mudah ! 

Tapi untuk apa sebenarnya 'arahan' letak #kelabbloggerbenashaari di media sosial ? Jawapannya ? Jawapannya mudah jer.. Dan rakan rakan yang letak hastag tu pon dah merasai tempiasnya ! Bukannya aku dapat job bejuta ringgit ! Bukannya aku makan job setiap hari sampai blogger di bawah Kelab Blogger Ben Ashaari tak dapat langsung ! 

Mau bijak sikit la kawan.. Bila kita berjemaah , orang nampak ! Orang respek ! Camana mereka boleh bersatu di bawah satu bumbung walhal mereka tu terdiri dari pelbagai latar profesion serta pendidikan yang tinggi ! Bukan budak sekolah baru lepas UPSR atau PMR yang join ! Mereka semua boleh berfikir dan tau apa tujuan mereka join ! 

Dan Alhamdulillah.. semakin ramai agensi pengiklanan berminat nak gunakan blogger-blogger #kelabbloggerbenashaari ! Dan paling penting , kami membantu dan sepakat ! Yang tak suka berjemaah tu , terpulang .. tak perlu nak kutuk kutuk .. Apatah lagi , kalau tak tau apa apa langsung mengenai KAMI ! 

Buffet Ramadhan 2015 : PICC , Putrajaya atau Grand Bluewave , Shah Alam ?

Ramadhan bakal menjelma tidak lama lagi. Pastinya peminat peminat buffet akan tercari cari restoran menarik untuk mereka berbuka beramai ramai atau berdua.. bersama si dia tercinta. Auww.. Hahaha.. Ok ok... aku bagi dua pilihan.. Kenapa dua ? Sebab dua dua ni aku sendiri gi test power makanan mereka..

Putrajaya International Convention Centre

Tahun lepas , menurut mereka.. ada 200 hidangan tapi tahun ni , 300 !! Perghhh.. tak tau nak makan mana satu kan ? Hehehe .. Dan baru baru ni , aku bersama rakan rakan blogger yang lain berpeluang untuk menikmati beberapa hidangan yang bakal disajikan nanti , di bulan Ramadhan.

Ok , ni beberapa keping gambar yang sempat aku amik..















Menarik ? Haaa.. ni gambar tak edit ni ! Terus amik dari kamera .. hehehe .. Harga camana ?




Ok.. Yang kedua.. Hehehehe.. Hotel ni pon selalu gak aku gi wat review. Lokasi strategik. Layanan pon ok..


Grand BlueWave Hotel Shah Alam

Sedap tak sini ? Hurmm... Kalau tanya aku secara jujur la kan , aku tak sempat makan pon makanan yang dihidangkan tadi. Aku dah mula diet. Tapi kalau tanya aku camana presentationnya ? Bagi aku , aku terliur melihatnya.. haaaaa.. Kira aku dah tertawan dan tertarik. Cuma aku dalam proses turunkan berat badan. Maka kena jaga la sikit pemakanan aku.. hehehe .. 

Ok.. jom tengok antara juadah yang bakal dihidangkan nanti.. untuk buffet Ramadhan 2015...

































Menarik ? Heeehehe .. Harga camana lak ?


Dua dua menarik ! Saja aku bagi korang pilihan.. Sebaiknya , kalau berminat tu kena buat tempahan awal sebab biasanya.... penuh !! Kang frust lak tak dapat berbuka beramai ramai dengan kengkawan.. hehehe..

Untuk tempahan , leh rujuk Facebook mereka  : Putrajaya International Convention Centre dan Grand BlueWave Hotel Shah Alam .

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI