Ahad, 31 Mei 2015

Qhaliff meraung di Genting Highand , kenapa ??


Fuh.. lega ! Abis sudah tugasan aku di sini ! Penat memang penat tapi berbaloi sebab anak anak terhibur ! Hahaha .. Terpaksa pulang malam ni gak sebab esok awal pagi wife ada kerja nak buat ! Dia kerja , aku pun kena kerja la.. Hehehe.. Tak sempat menikmati keindahan Awana Genting ni ! Nampaknya kena datang sekali lagi ke sini.. hehee... 






Ok.. Di Resorts World Genting tadi , aku lihat sendiri minat dia. Ke mana kecenderungan dia ?? Bila dia dapat berkreativiti , dia akan betul betul beri perhatian ! Kalau dia tak suka , dia akan buat tak tau atau menangis ! Huhuhuh.. 

Di Buskers and Candy Land , Resorts World Genting.. Qhaliff cukup teruja part aiskrim ni.. Hehehee.. Memang dia tampak beri tumpuan sungguh.. Tapi bila lalu maskot , dia akan berlari ketakutan dan menangis ! Hahahaha 

Sebab tu , di Horizon 50 dan Dinasour Land .. gambar Qhaliff takde ! Dia takut dek maskot yang ada pada ketika tu. Jenuh nak pujuk dia.. Walaupun maskot tu cute , dia tetap meraung ! Adehh...




Best la camana pon , dia takut .. dia meraung .. dia peluk aku atau dia gi cari tempat lain ! Sebab tu , Qhaliff takde dalam kedua gambar ni  !  Huhuhu...

Apa pun , kunjungan ke Resorts World Genting kali ni meninggalkan sejuta kenangan buat aku ! Cuti sekolah tak tau nak gi mana ? Bawak la anak anak ke sini.. Best sini..  Meh tido kat Awana Genting sini .. Ada bas pengantara ke stesen SkyWay.. free jer..

Bila Taman Tema Genting Highland..


Apa ??? Tutup ? Dah tu , aku dipanggil gi sana buat apa ? Hurmm... Mesti ada sesuatu yang menarik sebab dah masuk musim cuti sekolah , kan ? Ok.. tak pe... Tunggu harinya dan alami sendiri kemeriahan Resorts World Genting ! 

Dan semalam.. aku sekeluarga check in di Awana Genting. Aku tak pernah memandu ke sini selama ni dan buat pengetahuan , ni kali pertama aku nak ke sini sekeluarga. Kali terakhir , masa aku kerja dengan Kementerian Pelancongan. Pastu tak datang datang dah.. hehehe .. 

Jam 6 petang semalam.. aku check in.. Alhamdulillah , urusan dipermudahkan sangat... Dari perjalanan hinggalah ke pendaftaran bilik.. Dan aku dapat bilik yang permandangannya , menenangkan kepala otak aku yang dah berbulan berserabut ! Tak yah gi Eropah untuk hilangkan keserabutan rupanya. Bersepah dalam Malaysia ni tempat menarik.. kan kan ?




Suasana petang di Awana Genting.. Kehijauan yang mendamaikan.. Hehehehe... Tidur awal sebab awal pagi Sabtu ada banyak kerja nak kena buat ! Seharian punya jadual woooo !! Tengok pon dah pening. Camana budak budak ni nak ikut eh ? Sian pulak aku memikirkannya.. hehehe..

Awal pagi Sabtu.. Buka tingkap..SubhanAllah.. cantiknya view... Tenang melihatnya.. Qhaliff pon sibuk gak la nak tengok.. 

" Cantikknyaa.. "

Sejak bila budak ni jadi pencinta alam semulajadi ???? Dah boleh bawak pusing Malaysia dah ni ! Hehehehe.. 



Turun sarapan pagi.Tak sempat nak amik gambar sebab kena uruskan budak budak ni ! Hahahaha . Selesai makan.. Terus  tunggu di lobi.. kumpul kat situ bersama blogger blogger lain. Er , 2 orang blogger je pon.. hehehe.. 

Destinasi ? Jom naik kereta kabel ! Hehehe.. Qhaliff dan Zahra , naik untuk pertama kalinya manakala wife bersungguh ajak naik bas je hingga ke atas ! Hahahaha.. Takut la tuuuu... 


Dalam pukul 10 pagi , sampai dah Resorts World Genting. Ramai gak orang. Dengar kata tak ramai sebab taman tema  tutup buat sementara waktu sebab nak upgrade ! 2016 katanya akan dibuka semula.. Huhuhu..

Namun begitu , indoor masih dibuka dan ada pelbagai aktiviti menarik terutama untuk anak anak kita.. heheheh .. Aku selama ni tak amik tau pon sebab takde anak waktu ke sini.. Hehehe.. Sekarang aku dah tau camana rasanya bila bawak budak ke tempat gini. Diorang punya teruja memang .. huhu.. Yelah , kita pon pernah jadi budak budak , kan ? 

Ok.. sempena musim cuti sekolah , Resorts World Genting menyediakan beberapa persembahan dan juga aktitviti yang sesuai untuk anak kita.  Antaranya yang aku sendiri sekeluarga dah masuk ialah ..


Cute & Cuddly : Ice Cold Fun at SnowWorld



Syok dalam ni sampai aku tak leh nak tekan butang kamera ! Sejuk beku gueee .. Hahahaha .. -3 woooo suhu dalam ni..

Kemudian g arcade untuk budak budak.. Main game. Sian Qhaliff.. Dari awal lagi dia teruja. Hahahah.. Akhirnya dapat gak main dia .. hehehe.. Kasi la dia main puas puas .. walaupun tak  puas mana pon.. hehehe .. 


Selain dari tu , ada pertunjukkan I LUMINATE yang menawan hati bagi mereka yang gemarkan konsep glow in the dark ! Hahahaha.. Kalau budak budak yang dah reti bermain tu , pastinya suka tengok persembahan diorang.. 

Nak lagi menarik ? Boleh try Behind The Scenes Tour dan juga Clown Boulevard ! 



Malam , baru tengok I LUMINATE.. 


Walaupun seharian ke sana ke sini , Qhaliff dan Zahra nampaknya enjoy ! Maklumlah , sebelum ni kan terperap kat dalam rumah jer.. Dapat keluar gini sesekali , memang seronok la , kan ?

Kalau aku cerita semua , sampai esok tak abis.. Hahahaha.. Tak masuk part makan , part Qhaliff meraung.. Part muka wife cam chipmunk dalam cable car tu.. hahahaha .. Jangan marah aaa.. hehehhehe.. 

Ok , kalau nak tau program apa lagi ada , boleh check di page Resorts World Genting

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI