Selasa, 2 Jun 2015

MALAYSIA tewaskan VIETNAM !

Gulp.. Apa dah jadi ??? Aku sempat tonton gol kita dibolos 2 gol .. pastu aku gerak balik ke rumah. Malas nak tgk dah.. Tengok gaya permainan pasukan Vietnam , memang cukup tersusun.Hantaran kemas.. rajin kejar bola.. tak putus asa utk dapatkan gol.

Pasukan kita ?  Peluang ada ..byk tapi takde nasib !  Bila peluang gitu dipersiakan , maka pasukan lawan gunakan kelebihan yg ada utk mencipta kemenangan.. Hasilnya.. Malaysia tewaskan Vietnam .. atas kertas , sebelum perlawanan tapi kalah atas padang.. hehehee..

Apa nak kata lagi ? Team muda Singapura leh juara Piala FA di negara kita .. itu saja dah membuktikan tahap pasukan kita termasuk kelab di level mana.. Nasib baik aku dah tak ikuti sangat perkembangan bolasepak tanahair yang mana bg aku , takde perubahan..

Apa lagi yang kita ada ??? GST dan kenaikan harga minyak.. tu je la yg tinggal.. Eh , jgn kaitkan ? Hakikat laaa.. 

Gue manyak kiciwa la , kawann..

Produk keluaran terhad...Dapatkan segera !

Lama dah rancang.. Akhirnya berjaya gak dihasilkan ! Alhamdulillah..

Camana nak beli ? Nanti aku bagitau camana nak tempah ehh.. Simpan duit tu dulu yer.. Heee.. Cuma tak semua akan dijual nanti..

Kekasih baru..

Wajib bawak dah skang ni ke mana mana .. Nak wat live update kembali setelah sekian lama , tak buat gitu.. hurmmm.. Sibuk benar sejak ada Zahra ..

Ramai tanya aku guna kamera apa amik gambar.. Aku guna Sony Alpha 5100 dan Oppo Find 7 skg ni..Sesekali guna Sony Z3. Kenapa sesekali ?? Sebab tunggu Z4 mari !!! Weeee...
Tengah kumpul utk dptkan lens baru..hurmm.. money , money !


Terlalu rugi dipersiakan..

Pernah satu ketika.. aku menangis. Tetiba terbayangkan kehidupan aku tanpa ibu dan ayah. Aku belum puas berkasih sayang dengan mereka.

Pernah aku terfikir..andai mereka terlebih dahulu pulang menemuiNya , sapa yang akan jaga aku dan adik beradik ku yang lain ???

Pagi ni .. aku tinggalkan lagi anak anak aku bersama kedua ibu bapa ku. Aku ada kerja yang perlu dilakukan.. demi mencari sesuap nasi utk mereka.

Si isteri , lemah longlai ke pejabat. Terlalu penat dan tidak cukup rehat. Kehidupan terlalu pantas dan padat.. Inikah yang aku kejar ??

Sarapan seorang diri di pagi hari. Memerhati mereka yg keluar masuk restoran ni dgn begitu segak sekali..Berpakaian kemas , mekap sudah pasti .. Utk kepuasan siapa sebenarnya ??

Dalam filem San Andreas yg aku tonton semalam , menginsafkan aku .. Ketika berlaku bencana , yg akan kita usaha utk selamatkan adalah ahli keluarga tercinta. Tapi di kala ketenangan , mengapa dibiar begitu saja ?

Alasan kehidupan perlu diteruskan , bagi aku mengarut. Sepatutnya , kehidupan perlu dihargai.. Jangan jadi hamba pada masa..

Ke Festival Floria Diraja Putrajaya 2015


Dok tahan diri dari Sabtu lepas nak ke sini ! Hehehehe.. Hari ni , kul 940 pagi aku sampai dah ! Aku ingatkan aku antara paling awal.. rupanya ramai dah orang ! Huhuhuh.... Nasib baik cuaca masih menyebelahi aku.. Lom panas membahang. Tetiba rindu kat cuaca di Genting Highland.. hehehe .. 

Tiket masuk dewasa RM5. Bagi aku harganya berpatutan. Kalau buat free , nanti tak terkawal lak kan ? RM5 ni kira murah dah.. bagi aku la ! Maaf la kalau mahal bagi korang.. Aku tak breakfast. Potong kos belanjawan harian di situ.. heeee...






Seronok sebenarnya kalau datang beramai ramai kat sini ! Asyik nak bergambar jer.. Aku lak ke sini hanya untuk.. hehehe.. test lens aku ni haaaa.. 30mm macro.. heeee... Bila lagi nak try kan ? Lalalalala.. 

Dan hasilnya... 







 Ada banyak lagi aku upload di Instagram aku.. Leh follow @ben_ashaari ! Bagi yang belum berkesempatan , aku nasihatkan datang awal awal pagi yer.. Jangan datang tengahari melainkan baju anda ada pendingin hawa di dalamnya.. heheheh..  Datang petang atau malam pon cun gak.. Dengar kata malam lawa ! Aku nak test g malam lak nanti.. dengan Qhaliff ! 

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI