Dapur Tanpa Sempadan...

Rabu, 3 Jun 2015

Kalau nak serius berblog !

Wajib ada kamera .. tak kira la apa pun jenis kamera , wajib ada satu !  Kalau takde ?? Dapatkan la satu.. murah dah kamera zaman ni. Tu pun kalau nak serius laaa..

Tapi tak semua blogger wajib ada.. Kalau blogger copy paste..tak perlu kan ? Kalau blogger  fitnah pon tak perlu . Dia cuma perlu sediakan khidmat guaman jer..

Sebagai blogger , kamera amat penting utk aku. Bukan sekadar nak amik gambar cantik tapi entri perlu disertai dgn fakta dan bukti. Tapi jangan la pulak amik gambar pastu penerangannya tak beberapa tepat lak ! Sebaiknya disertai latar belakang yg lebih terperinci.. Jangan cipta isu woo.. nangis nanti !

Kelebihan berkamera ialah.. jika gambar cantik , inshaAllah leh buat pendapatan sampingan.. bukan sekadar melalui blog saja !  Jangan lupa media sosial sekarang ni pon menjana pendapatan..silap silap lebih dari gaji korang sendiri !!

Makin mahal buat kita..

Seorang sahabat , dah terpaksa bungkus restorannya gara gara kenaikkan harga sewa kedai dan harga barang. Aku rasa ramai dah mula berkira kira nak tutup kedai .. tak tahan dgn harga barang yg mengarut ditambah lg dengan pengguna yg semakin mula kedekut nak berbelanja..

Pagi tadi , aku makan pagi di sebuah restoran 'orang kaya' , area Ayer@8. Makan bihun goreng dan milo panas.. Rm12++ ! Gulp.. Tak pe la..nak selesa punya pasal..

Nak makan kedai murah , aku dah mula tak yakin part kebersihan.. Macam macam dah telinga ni dengar. Kena pandai mencari utk elakkan makan makanan yang kurang bersih.. hurmn.

Entah laa..nak masak sendiri ? Tido pon tak cukup..ni kan pulak nak memasak.Ada gak termasak tangan sendiri gara gara mengantuk punya hal..huhu..

Apa pun..ni nak habaq.. aku makin terbeban dgn segala segi yang dah mahal.. Petrol , sehari RM50. ,Haihh..

Sayangkan majikan , kerja rajin rajin !

 

Isu staff MAS ditamatkan kontrak , dalam jangkaan ramai. Tapi yang membuatkan ramai terkejut ialah jumlah yang ditamatkan ! Hurmmm.. Ada yang meluahkan di Facebook mengenai isu ini terutama mereka yang dah berkhidmat bertahun lamanya ! Hurmm..

Aku merasai apa yang mereka rasai. Aku dah pernah kena dulu.. Kerja bagai nak rak.. Balik lewat malam.. Dengan harapan , diberi pulangan yang diharapkan !

Yer, bertahun lamanya menabur bakti.. akhirnya aku ditanya..

“ Ben , bila kamu nak berenti ? “

Ibarat halilintar membelah dada aku ni weh ! Dalam bilik meeting yang dihadiri ramai pegawai.. Malu ? Takde la.. aku memang nak berenti pon ! Dah naik bosan jadi hipokrit ! Aku dah memang sediakan jambatan untuk aku buktikan , aku tetap bernafas tanpa mereka !

image

Dan , aku kembali berjumpa dengannya tapi kali ni bukan sebagai orang bawahnya lagi ! Hehehe.. aku kembali sebagai orang yang bakal mengkritik apa yang aku nampak ! Hehehehe.. lama dah nak buat gitu tapi tak boleh ! Terikat gituuu..

Pengajaran yang aku dapat.. Jangan sesekali korbankan masa dan jiwa pada syarikat ! Tak berbaloi !!! Gi kerja , buat kerja sungguh sungguh.. Cukup masa , balik ! Dapatkan kehidupan sebelum kehilangan kehidupan !! Tau tau .. dah tuaa woiii ! Hahaha.. Baru nak jalani kehidupan ??? Aiseymannn..

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI