Dapur Tanpa Sempadan...

Ahad, 7 Jun 2015

Wajarkah bayar upah pada ibu bapa kita ?

 

Dah dua minggu aku berulang alik ke Sepang – Cheras – Putrajaya. – Sepang. Penggunaan petrol sehari menjangkau RM50 ! Kalau tak kerana kerja , rasanya aku tak sanggup woiii !

Tapi rezeki dari Allah. Jangan sombong .. jangan tolak.. Amik mana yang rasa sesuai dan mampu beri komitmen. Tak mampu , pass pada rakan lain kan ? Heee..

Bila aku ada kerja , aku mintak parents aku tolong jagakan dua permata aku ni.. Qhaliff dan Zahra. Mintak diorang siapkan.. dari pagi hingga petang. Malam , aku bawak balik Sepang. Dan awal pagi datang balik..

Dan.. aku bagi duit pada diorang untuk jaga anak aku ni. Walaupun cucu diorang sendiri tapi bagi aku la.. tak bagus la buat gitu ! Dah la aku dapat duit dari job aku tu.. pastu makan sorang ?? Hiskhh.. Tak baik gitu kan ?

image

Maka.. aku pun bagi la kat diorang hari hari.. Dua dua aku bagi ! Ada rezeki lebih , aku bagi lebih.. Gitu laa..

Ada orang amik kesempatan pada orang tuanya.. Dah la suruh jaga anaknya.. pastu ? Haaaa.. patut ke tak patut ? Kalau serah anak kat pengasuh ke bayar.. kat orang tua sendiri ? Walaupun orang tua sendiri tapi kena la bersikap wajar.. Diorang pon nak rehat kan ? Bagi la skit untuk elak isu belakang hari terutama dengan adik beradik kan ?

Tu cuma pendapat aku je la.. Lain la mak pak kita dah memang kaya atau bersungguh tak nak.. tu tak leh nak kata apa la kan ? Heee…

Tidak boleh guna alasan tu lagi !

 

“ Daddy , nak gi mana ? “

“ Jumpa doktor.. nak ikut ke ? “

“ Tak nakkk.. “

Dulu.. aku boleh takutkan dia cam tu ! Sekarang ni ??? Dia serah diri kat doktor dah weh ! Tak payah disuruh.. Dia sukarela menawarkan dirinya untuk diperiksa tanpa menumpahkan setitik airmata pon , tauu ! Haaa…

image

Nampaknya , aku kena cari alasan lain untuk larikan diri dari dia terutama di malam hari.. Yelah , dia memanjang nak ikut jer.. Bukan tak boleh.. urusan jadi singkat bila dia ikut.. Tak dapat nak lepak lama ! Hahahaha… Grr…

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI