Selasa, 9 Jun 2015

Aku menang iPhone 6 Plus !

 

Alhamdulillahhhh... rezeki.. Bukan mudah nak menang contest kali ni. Blogger yang terlibat , bukan calang calang wooo.. semua bagus bagus.. bagus dari aku.. Mungkin ni rezeki aku.. huhu..

" Dear Ben,

We have reviewed all the Vios Blogger’s write-up and selected our favourite.

We’re happy to inform you that your Toyota Vios review write-up has been rated the highest score in the Vios 1.5 TRD Sportivo category; and you have won yourself an Apple iPhone 6 Plus!

Congratulations and we hope you enjoy your prize.

Entri : http://www.benashaari.com/2015/03/vios-trd-sportivo-gaya-orang-muda.html "

Jutaan terima kasih buat rakan-rakan di media sosial , rakan rakan blogger Kelab Blogger Ben Ashaari , penaja utama ( UMW TOYOTA )  dan juga PR-PR yang terlibat... Shirley dan Yogi.. huhu..

Apa aku nak buat dengan iPhone tu nanti ? Bagi kat wife je la.. Dia yg jadi cameraman sepanjang aku test drive kereta tu.. huhu.. Lagi pon tahun ni aku tak bg lagi hadiah lagi kat dia.. hehehe..

Terima kasih sekali lagi pada semua..Esok gi amik hadiah.. Minggu ni aku dpt 2 handphone..huhu.. rezeki berblog.. kan ?

DSC04849

Kalau diorang ‘bersatu’ !

 

Ada ketika.. si abang macam cemburukan si adik.. Tak kasi sentuh apa jua mainan ! Cemburu betul ke atau saja saja je nak sakat orang tuanya ?

imageimage

Tapi bila ditinggalkan berdua , sayang rupanya dia kat adik dia…. Dia jaga. Dia buaikan adik dia.. Bila dengar adik dia merengek dalam buaian , cepat cepat gi cari orang tua dia yang kat dapur. Hurmm..

Si adik.. dah pandai menyakat ! Suka mengacau abang dia bila bermain. Agaknya tu la kot si abang tak kasi sentuh permainan dia ? hurmm..

Kalau dua dua bersatu.. aku sendiri jadi hijo… cili hijo gitu ! Hurmmmm.. Tapi dua dua bagus.. Dalam diam dua dua memerhati dan belajar.. segala tindak tanduk dari aku dan ibunya.. Hurmm..

Sony Xperia Z3 atau Oppo Find 7 ?

 

“ Ben.. saya nak beli handphone.. tapi tak tau mana satu saya nak pilih ? Semua best ! “

imageimage

Aku pakai Sony Xperia Z3 dan juga Oppo Find 7. Sekarang ni aku pengemar Sony. Kenapa Sony ? Terus terang dulu aku tak suka sangat ngan Sony hinggalah aku guna sendiri dan baru tau kenapa Sony ada pencintanya sendiri.

Kenapa aku guna Oppo ? Sebab promosi marketing yang sangat kuat dan juga rekemen dari si tukang jual.. Aku tanya dia , selain Sony apa jenis hp yang ok ? Maka dia syorkan tu sebab dia sendiri guna ! Hurm..

Setelah berbulan aku pakai dua dua hp ni.. Masing masing ada kelebihan tapi aku tetap memilih Sony Xperia Z3. Kenapa ??? Yang pertama ialah.. lebih nipis dan ringan dari Oppo Find 7. Kualiti gambar sebenarnya pon lebih ok. Oppo Find 7 ada filter.. maka sebab tu gambar nampak cantik.. Tak caya ?

image

Flawless gitu ! Guna  filter Beautify.. Haahaha.. Ada yang tak suka gambar gini. Lebih gemarkan kualiti gambar seperti dari DSLR maka Sony Xperia Z3 adalah sesuai.

Satu ketika aku pernah nyatakan gambar Oppo cantik tetapi setelah aku memahami ‘cantik’ tu dari sudut sebenar.. maka aku syorkan Sony.

Dan paling penting.. baru baru ni aku mimpi.. Qhaliff masukkan Oppo ke dalam takungan air.. Aku cuma mampu tepuk dahi jer ! Huk huk… Kalau Xperia ? Aku tenang jer la.. hahaha.. Sebab aku tau Xperia Z3 memang boleh masuk air..

Ingat lagi kes Xperia Z3 aku ‘bermasalah ‘ ? Aku dah tau puncanya.. Suhu air kolam ketika tu terlalu sejuk. Sedangkan aku sendiri yang berada di dalam kolam tu pon leh mengigil , ni kan pulak telefon pintar ? Hahahaa.. Nasib baik ada waranti pengeluar. Dapatkan yang ori.

Kualiti video dan gambar dari kedua dua pon berbeza sebenarnya.. Xperia Z3 lebih terang dan jelas. Dan Oppo kebelakangan ni kerap hang terutama bila bukak Instagram dan Facebook.. Hurmm..

Maka , pilih la betul betul.. Semua aspek kena amik kira sebelum nak beli telefon pintar..

Iphone ? Hurm.. aku tak nak terikat dengan satu jenama.. Takde kepuasan dalam kehidupan ! Hahahahha…

Fungsi Sony SmartBand Talk ?

 

Lama dah aku idamkan nak pakai SmartBand Talk ni memandangkan di tangan aku ada Sony Xperia Z3 ! Sia sia je la tak maksimunkan penggunaan Z3 tu kan ?

image

Apa kelebihannya ? Banyak sebenarnya.. Tapi antara fungsi yang aku suka ialah ianya merakamkan pergerakkan kita seharian dan masukkan ke dalam peta ! Bayangkan kalau kita gi melancong ? Haaa… Kita leh tengok balik dalam maps ke mana kita dah pergi kalau tak sempat nak logkan.. kan ? Selain tu ? Banyakkk woooo !

imageimage

Banyak sebenarnya kegunaan SmartBank Talk ni.. dan terbaru leh jawab call melalu jam yang kita gunakan tu la ! Haaa.. Nanti aku review lain eh ? Kasi lebih detail.. hehehe.. Ni kira intro je dulu la. hehehe.. barulah thrill ni kan ? Huhuhu..

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI