Dapur Tanpa Sempadan...

Khamis, 11 Jun 2015

‘Tolong’ je tak memadai..

 

Dah jadi trend ke sekarang ni ?

image

Pastu post di media sosial , dan salahkan jabatan tertentu sebab tak tolong.. Pakat ramai ramai kritik , kutuk , keji ! Haishhhh…. Jangan begitu kawan. Sebaiknya kalau nak tolong , gi la dapatkan maklumat yang tepat atau seberapa yang boleh kemudian gunakan saluran yang ada untuk salurkan maklumat tersebut ! Tu baru betul..

Kalau di media sosial ni.. kan bagus viralkan bantuan bantuan sokongan pada mereka yang memerlukan. Tak perlu la nak pertikaikan mana mana pihak.. Kalau rasa mereka tu tak buat kerja , g terus jabatan tu dan cari pegawai lalu bagilah nasihat seround dua kat dia .. Atau dapatkan penjelasan.. Pastu barulah update di media sosial ! Baru betul caranya.

Satu lagi.. kalau ada kes kes yang memerlukan bantuan pihak Zakat , sila download aplikasi E-Zakat di Google PlayStore.. haaaa.. Situ ada satu form untuk salurkan maklumat beserta gambar gituu.. kan mudah gituuuu !

Keyakinan diri perlu ada !

 

Ben , saya takde keyakinan diri la untuk terus berblog. Bila tengok orang lain berjaya , saya teringin tapi rasa macam tak mampu jer nak capai seperti mereka ! Camana yer saya nak jadi cam awak ni ?

Umur aku 39 tahun. Tak lama lagi akan jejak 40 tahun. Dalam usia macam aku ni , berblogging dalam niche lifestyle ni amatlah mencabar ! Aku kena bersaing dengan ramai blogger blogger muda yang kacak , segak serta lebih mantop gituuu !

Bayangkan kalau aku patah semangat ? Aku rasakan di usia aku ni , dah boleh join pertandingan Kilauan Emas gituuuu… Tak leh join belia sebab belia rasanya sampai umur 39 tahun , kan ?

Jadi , camana aku nak kekalkan semangat aku untuk terus bersaing dengan mereka dengan cara yang sihat disamping terus menjana pendapatan ni ?

Caranya…. Dekati mereka. Sertai mereka. Kenali mereka. Sesungguhnya mereka ni memberi aura , tenaga serta semangat muda yang fresh dan berjiwa kental ! Ibarat aku nak join Idola Kecil la gituuu .. hahaha …comey comey gitu image

Apa kisah dengan orang ? Kita jaga penampilan. Jangan la kasi nampak tua sangat . Kasi nampak matang dah la. Matang tu yang mahal tauuu…

Nak berjaya di zaman ni tak sesusah dulu.. Korang cuma perlu ada kelainan dari blogger lain dan tumpukan pada kelainan tersebut tetapi janganlah menyendiri. Maksud aku , bawak kelainan tu ke kebiasaan ! Contohnya laa.. Aku blogger parenting.. jangan la asyik cerita pasal anak anak jer.. Sesekali kena tunjuk yang kita ni universal ! Semua boleh buat ! Haaa..

Apakah kelainan yang aku maksudkan ? Maksud aku ialah.. Sesuatu yang kau ada , aku takde dan aku berminat nak mengetahuinya ! Setiap manusia ada kelebihan tersebut ! Jangan malu.. Berkongsilah.. InshaAllah , keyakinan untuk terus maju akan bermula dari situ..

Yakin. Usaha. Disiplin !

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI