Dapur Tanpa Sempadan...

Jumaat, 12 Jun 2015

Jatuh cinta sudah sama SmartBand Talk !

 

Masa mula mula nampak kat premis Sony , aku dah mula pasang angan angan untuk memilikinya. Nampak cool giler ! Designnya yang cukup simple tapi nampak elegan membuatkan si pemakai terutama aku ni , nampak ‘mahal’ ! Hehehehe..

Maka hari ni aku gunakan sepenuhnya. Aku tukar sim dari phone Oppo ke Sony Xperia Z3. Sony ni aku gunakan untuk broadband jer. Memang best browsing guna Sony Xperia Z3. Oppo aku tu untuk belasahan jer.. hehehe ..

Mula mula aku connectkan  kedua duanya. Guna bluetooth dan NFC. Perfect ! Pastu aku setting.. Tiba-tiba wife call.. Aku jawab terus melalui SmartBand Talk. Clear giler suara wife hinggakan Qhaliff yang dok kusyuk tengok tv terus menerpa kat aku. Dia lak sibuk cakap.. Guna speaker terus koooo ..

DSC07606DSC07607DSC07608DSC07609DSC07610

Kat rumah tadi , aku tanya wife.. camana suara aku masa guna SmartBand Talk tu ? Katanya clear. Suara Qhaliff pon dengar sebutir sebutir… Huhuh..

Dan , SmartBand Talk aku tu.. terus melekap kat pergelangan tangan aku selepas tu.. Puashati kooo !! Huhuhu.. Bateri boleh tahan lebih 24 jam.. Pastu charge guna usb .. cam biasa la.. hehehe ..

Ada masalah mengaji Al- Quran ??

 

Seperti : 

  • KURANG LANCAR MENGAJI,
  • MENGAJI MERANGKAK RANGKAK,
  • TIDAK MENGIKUT TAJWID,
  • TAK PERNAH KHATAM ?
  • NAK FAHAMKAN MAKSUD BACAAN ?
  • ANAK ANAK LIAT MENGAJI sehingga TERPAKSA DIROTAN ?,
    MENCARI HADIAH HANTARAN, UNTUK IBU BAPA, ANNIVERSARY ?

Sudah tiba masanya anda membaca Al-Quran dengan lancar dan betul. Juga menghafal, belajar solat dan hafal doa doa harian. Abaikan bisikan bisikan yang mengatakan ini semua mustahil

Sungguh Mudah, Praktikal , Berkesan dan Pantas

Sesuai untuk semua golongan umur, anak anak seawal 3 tahun boleh mengunakan pen quran digital ini. Malah anak anak tidak lagi liat mengaji dengan pen quran digital Myqalam.

ATAU MENCARI HADIAH ?

Promosi Ramadhan 2015

** Rm199
** percuma poslaju
** percuma hadiah

Myqalam 2015
Buatan Malaysia
jaminan langsung dari pengilang
Kualti terbaik, buku dalam bahasa Malaysia

image

image

Untuk pembelian :

1) Bankin/transfer RM199 / RM205 ke MAYBANK, NO AKAUN, 564221630872, Al Baraqah Online Marketing sila hubungi Abg Man ( whatsapp )

2) whatsapp bukti pembayaran serta maklumat penerima ke 0192172510 .

3) atau email ke albaraqah.online@gmail.com

Abang long sudah besar !

 

Semakin galak ! Semakin nakal.. semakin bijak !  Dan semakin mencabar daddy !

Suka giler menyakat aku dan mak dia ! Huhu.. Sememangnya kena banyak bersabar dengan dia ni. Sebab ? Dia cemburukan adiknya yang semakin cun tuuu.. huhu …

image

Kadang kadang , memang aku geram dengan dia. Tapi cepat cepat aku recall memori aku bersama dia sewaktu dia masih baby. Dialah segalanya buat aku ! Rezeki aku mula berubah selepas kehadiran dia.. Bila aku fikir gitu , tak jadi aku nak marah dia .. huhu..

Manjakan dia ? Tak gak.. cuma lebihkan dia skit untuk elakkan dia rasa terasing..

Sony Xperia C4 Dual ,M4 Aqua Dual dan tablet Z4 !

 

Jemputan oleh Sony Mobile Malaysia ke ‘ Doing More With Xperia : Bloggers and Influencers Hands-On Experience’ tidak aku sia-siakan. Sememangnya dari awal aku berblogging , aku berharap sangat dapat jemputan terus dari mereka. Dan , Alhamdulillah.. hari ni tercapai hajat aku.

Berserta aku , rakan rakan blogger dari Kelab Blogger Ben Ashaari turut sama hadir bagi merasai sendiri telefon pintar terkini dari Sony. Kiranya kitorang ni antara yang terawal memegang dan bermain dengan Xperia terbaru.

DSC07553DSC07597DSC07583

Ok , ok… aku tau korang tak nak aku membebel apa yang berlaku kat situ kan ? Aku tau korang nak aku bagitau best ke tak koleksi terbaru Xperia ni kan ? Heheheh.. tauuuu sangat !

Aku mulakan dengan…

Xperia C4 Dual  

image

Dengan menggunakan processor 1.7GHz Octa-core , 2GB RAM digerakkan dengan Google Android 5.0 ( Lollipop ) dan 13MP kamera belakang serta 5MP kamera depan ( 80- degree field of view , Exmor  R image sensor , unique  soft LED flash , superior auto mode ) , serta mampu guna dua jenis sim .. pastinya ini telefon pintar yg dinanti oleh mereka yang kaki selfie !

DSC07590

Aplikasi tambahan pastinya menceriakan lagi ketika korang berselfie ! Hahahaha.. Boleh membuatkan rakan rakan di media sosial ketawa bila melihat gambar anda ! Huhuhu.. Tak perlu nak edit dah dengan icon icon yang kurang cool ! Harganya , AKAN DIBERITAHU KELAK !

Skrin 5.5” dengan Full HD display. Berat 147g dan didatangkan dengan 3 warna saja. Pendapat aku , C4 Dual ni lagi best dari C3 yang aku belikan untuk wife tahun lepas.. huhu..

Menyokong LTE !

 

XPERIA M4 Aqua Dual

Teringin nak rendamkan telefon pintar anda ? Heheheh .. Boleh je kali ni tapi dengan syarat , gunalah XPERIA M4 Aqua Dual !

image

Rekabentuknya menghampiri Sony XPERIA Z3. Ringan dan amat selesa dipegang ! Takde rasa takut terlepas dari tangan pon.. huhu .. Rasanya tak perlu dah nak guna sebarang casing.. Memang dah cool dengan cara gini jer..

Dengan menggunakan prosessor SnapDragon 615 Octa Core , Adreno 405 ,kamera 13MP belakang dan 5MP depan , paparan 5” , memori 2GB dan sokong HSPA . Takde LTE yang ni yer.. hehehe ..

DSC07581

Harga , bawah RM1K. Khas untuk mereka yang bajet tak sampai 1K tapi memiliki telefon pintar yang confirm puashati punya !

Ok… ni part paling aku suka.. Hehehe.. Lama dah aku idam wooo !

XPERIA Z4 Tablet

DSC07575

Boleh guna papan kekunci yang dihubungkan dengan NFC , pastinya aku boleh update blog di mana mana dengan lebih tenang ! Hahahaha.. Yelah , dah la tab Z4 ni ringan.. syok la nak usung ke sana sini .. kan kan ?

Dengan menggunakan prosessor Qualcomm SnapDragon 810 ditingkatkan dengan LTE serta 64 bit Octa core CPU Adreno 430 GPU , pastinya membuatkan pergerakkannya lebih lancar .. takde lag punya !

Harga ?

DSC07574

Seperti aku kata sebelum sebelum ni , kalau nak beli telefon pintar.. antara yang patut diambil berat ialah.. boleh masuk air wooo ! Hahahaha …

Terbaik dari Sony !

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI