Dapur Tanpa Sempadan...

Sabtu, 13 Jun 2015

Bermotivasi bersama MYRYL..

 

Alhamdulillah… Perancangan sebulan berjaya akhirnya. Seramai 18 blogger dari Kelab Blogger Ben Ashaari dan Projek Travel telah meluangkan masa untuk menghadiri Prebiu Ekslusif Dvd Training “ Warna & Kerjaya “ Bersama Blogger di Hotel Bangi-Putrajaya..

image

Selingan jap.. Cantik giler permandangan di kawasan hotel ni.. Kiranya kalau buat kursus di hotel ni pon dah kira gempak ! Makanan pon sedap sedap wooo..

image

Ok..sambung.. Bengkel ni dianjurkan oleh MYRYL dan diketuai oleh Puan Shuhada Alauddin dan juga staffnya. Kesemua mereka sangat peramah dan membantu ! Ternyata bengkel begini patut dibuat di jabatan jabatan kerajaan untuk meningkatkan lagi semangat serta keyakinan diri..

imageimageimage

Yang pasti , bengkel berjaya membuatkan semua blogger yang terlibat balik ke rumah dengan semangat baru.. Semangat inginkan perubahan pada diri sendiri dan ingin lebih berjaya dari sekarang .. termasuk aku !

Nanti aku cerita lagi eh.. Hehehe…  Ingin tau dengan lebih lanjut pasal WARNA DAN KERJAYA ? Boleh layari www.myryl.net atau ke instagram mereka , @myrylpoint.

Aktiviti malam hujung minggu !

 

Tak tau mana nak gi ? Jom lepak depan Palace of Justice atau Mahkamah Keadilan Putrajaya. Bermula Jumaat malam rasanya.. maklumlah , esoknya cuti kan ?

Aku , kalau takde kerja nak buat.. memang sinilah destinasi kami sekeluarga. Sini Qhaliff boleh berbasikal sepuasnya..huhu.. Dan aku leh relaks skit.. sambil bersenam ! Kan kan ?

imageimageimageimage

Meriah tapi mampu mengundang bahaya jugak sebenarnya ! Ada yang bermain roller blade macam kawasan ni takde orang lagaknya ! Takkan nak suruh budak budak ni gi main jauh jauh ? Walhal ‘korang’ kena prihatin skit.. Main ala kadar dah la.. Ni main macam esok tiada lagi dah ! Haishhh..

Esok malam turun lagi.. hehehe.. kalau tak hujan la…

‘Test power’ Iphone 6 Plus !

 

Huhhhh.. berpusing pusing aku kat App Store tu ! Kena register sana sini dulu.. Pastu bila nak download Whatsapp , kosong jer kat App Store ! Apa kes ni ?? Kena register iTunes dulu ke ? Iskhh.. Aku try tengok video kat Youtube.. kot kot ada ajar camana nak guna iPhone untuk pertama kali..

image image

Aku tak pernah guna iPhone.. maka tak tau la camana nak register bagai laa.. Maka main try n error je la nokkkk ! Dan aku pon register la iTunes… sekali tau tau kena charge USD 1 ! Nyesal pulak aku gi masukkan  details kad kredit dalam tu ! Esok gak aku nak batalkan kad kredit tu.. iskhhh…

Aku tanya kawan aku.. katanya tak perlu bayar untuk iTunes tu.. Hurm… pulak ! Tu aku kata.. iPhone ni tak mesra pengguna ! Kan , kan ? Haaaa… Hahahaha..

Dah register , masih tak nampak.. Akhirnya aku suruh wife restart iPhone tu.. Dan pastu baru la nampak segala aplikasi dalam App Store tuu ! Terus dia download Whatsapp.. Huhhh…

Kesimpulan.. aku cintakan Sony ! Maaf iPhone , anda gagal mengoda saya !

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI