Ahad, 14 Jun 2015

Apa guna telefon mahal mahal tapi ..

 

iPhone 6 Plus yg aku dapat baru baru ni , telah pon aku serahkan kepada wife. Tapi sebelum aku serahkan bulat bulat pada dia , aku ajak dia gi Low Yatt dulu. Nak cari casing untuk iPhone tu bagi mengelakkan dari ‘terluka’ dan ‘tercedera’.

Maka carilah case yang sesuai dan juga pasang tempered glass pada LCD. Dekat 100 ++ gak la abis duit semata mata nak pasang kedua dua menda alah tu..

TERPAKSA ! Bukan sebab nak nampak cantik ke atau saja saja nak poyo tunjuk kat orang ! Tak baik ada niat gitu.. Riak namanya. iPhone je pon.. kan ? Heee..

Terfikir kembali aku.. Apa guna beli telefon pinar mahal mahal pastu kena beli ‘perlindungan insuran’ untuknya ? Kan dah tak pasal pasal makin tebal telefon pintar tu ???

image  Nipis dah nipis dah.. Ringan dah ringan.. Tapi bila tambah cover yang ..hurmm.. siap ada macam pasang kereta kebal kat telefon pintar dia.. alasan untuk elakkan kerosakkan kalau terjatuh.. Huhuhu…

Takde la pulak aku nak beli gitu kat wife. Dia bukan nak panjat gunung pon.. Dia bukan nak masuk hutan pon.. Jadi beli je yang nampak elegan dan koprat gitu..

image

Walhal… telefon pintar yang ada ditangan kita tu , dibeli dengan harga yang mahal.. pastinya mereka dah gunakan material yang bagus untuk elakkan dari kerosakkan kecil seperti calar pada bahagian belakang dan muka telefon pintar tu..

image

Sama macam Sony Xperia Z3 aku la.. Body dah cun tapi kenapa perlu aku beli back cover ?

imageimage

Yer , betul !! Walaupun telefon pintar makin pintar lalu mahal tapi takde maknanya kalau mudah rosak ! Kan ? Gorilla glass ? Hurm.. Rasa cam tak berbaloi je kan ?

Kemudian.. part lasak ! Kalau beli mahal mahal , jangkaan kita pasni telefon tu boleh bertukar jadi Transformer !! Haa.. itu gurau jer yer.. Beli mahal mahal tapi takut masuk air !

Kecuali XPERIA , lain lain handphone pasti akan terbinasa jika terjatuh dalam air ! Cepat cepat letak tangan di dahi dan pantas  mencari alasan..  Rugi rugi.. kan ? Nak jual balik mesti murah jer.. kan ?

Contohnya.. masuk air !

image image

Penting sangat ke boleh masuk air ?? Serius penting ok ! Aku dah pernah kena.. Baru pakai Nokia 1320 , si Qhaliff dah rendam dalam air tanpa kitorang sedai !! Nak repair , serupa harga beli baru je kan ? Hurmmm..

Aku bukanlah nak kondemkan iPhone tapi sekadar nak mintak rakan rakan pilih betul betul sebelum membuat keputusan untuk amik jenama X ! Bajet takde katanya..

Apa pun.. setiap telefon pintar ada kelebihannya !

Mereka menyerap tingkahlaku kita !

 

Awas !! Anak anda sedang memerhati dan meniru segala tindakan kita ! Mereka adalah cermin kepada diri ibu bapa mereka. Mereka menjadikan ibu bapa mereka sendiri sebagai idola !

imageimage

Beberapa kali aku perasan , Qhaliff cepat meniru perbuatan aku dan Zahra meniru apa yang ibunya buat padanya. Sesungguhnya ada ibu bapa tak prihatin part ni ! Bila anak mereka melakukan sesuatu yang menjengkelkan , terus mereka naik tangan ! Walhal perbuatan itu adakalanya berpunca dari diri mereka sendiri !

Sila berhati hati.. tindakan dan juga percakapan kita di anak anak kecil.. Yang merokok tu , bawak bawak jauhkan diri dari si kecil.. Yang panas baran.. jangan tunjuk perangai buruk tu depan mereka. Berlakonlah sedikit demi masa depan mereka.. kan ? Terpaksa.. tak pe.. niat kita untuk didik mereka menjadi insan cemerlang..InshaAllah.

Tempat makan sedap di Nilai !

 

Bila berada di Nilai , tercari-cari tempat makan yang sedap punya kan ? Ok.. aku cadangkan , halakan kenderaan anda ke Bandar Baru Nilai. Tak jauh dah pon. Waze kan ke MMA Corner , Bandar Baru Nilai !

Dan di MMA Corner , ni ada banyak gerai gerai makanan yang sedap sedap. Pilih je nak makan apa … Dan aku , pastinya akan ke dua gerai ni jer. Yang pertama , Laila SupPower dan yang ke dua , Papa SupPower , kalau tak silap aku namanya. Sebelah menyebelah.

Seperti korang tau , aku mmg selalu makan kat sini. Kenapa ? Sebabnya aku memang kenal lama dah Kak Laila dan yakin dengan kebersihan gerainya. Terjaga , terurus dan bersih..

Kalau makan kat sini , sekarang ni.. wajib order ABC dan Megi Telur Mayong Udang. Hehehehe… Sedap ok !!

imageimage

Selain megi , korang leh try mee udang dia yang dah popular tu.. leh try asam pedas , asam tempoyak.. Ramai je orang turun makan kat situ setiap hari dan gerainya , tak putus putus orang datang membeli.. Tu tandanya , sedap la kan ? Hehehe.. Alhamdulillah…

Semalam gi sana bawak sahabat dari Kedah. Lama dah teringin nak gi katanya. Dan komennya ? Sedap… huhuh..

Nasihat aku.. kalau nak gi makan kat sini , pastikan buat tempahan meja kalau anda cadang nak datang makan beramai ramai.. Takut takde meja nanti.. Huhuhu..

D’Laila SupPower ..

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI