Isnin, 15 Jun 2015

Abang dah mula mengajar adiknya !

 

“ Loriiiii.. “.

Si abang mengajar adiknya ajaran songsang ! Sebut lain tunjuk lain..

image image

Adik yang menganggap abangnya hero ini pon ikut je walaupun sebutan ke laut.. Tak kisah la kan.. janji ada semangat mau belajar ! Tu yang penting.. hehehe …

Berbaloi tampal..

Tepi sikit !!

 

Di Sunway Lagoon semalam.. Dia dah pandai dah ! Hahahah.. Dia tau daddy dia tak larat nak dukung dia skang ni.. Tau apa dia buat ? Dia gi kat stroller adik dia.. dia tolak kaki adik dia skit..

“ Tepi skit… “.

image

Perghhh… ni la hasilnya bila sel sel otak bersambung ! Terkejut gak tengok tindakan dia tu.. Mana dia belajar ? Huhuhu…

Dan di rumah tadi , ada la aku suruh Qhaliff jaga adik dia.. Zahra berjalan ke dapur.. Cepat cepat dia kejar dan dukung Zahra kembali.. Huhuh.. Pastu dia bersuara..

“ Huh.. penatnyaaa.. “. Sambil dia lap peluh kat dahi dia yang tak berpeluh tu ! Huhhhhhh….

Penjagaan kamera kesayangan anda !

 

Nak dapat , bukan mudah kan ? Harga bukan murah.. tapi camana kita menjaganya ? Hurmm.. Ramai amik mudah part penjagaan kamera kesayangan ni..

Aku pernah kena.. kamera aku ada satu titik hitam.. Puas la aku lap ngan kain tapi tak jugak hilang hilang. Aku bawak gi ke premis Nikon ( masa tu guna Nikon ) dan aku tunjuk la masalah aku ketika tu..

Katanya , fungus ! Caranya nak hilangkan.. kena hantar gi servis la !! Tak pasal pasal kena keluar duit sudah.. Ada aku tanya camana kamera aku leh kena fungus ni ? Jawabnya , aku tak jaga kamera dengan dengan betul..

Dan memang pon.. Aku google cara penjagaan kamera ni dan paling utama ialah simpan dalam dry box atau kotak kering.. hehehe.. Bertujuan untuk memastikan kamera kita dalam keadaan kering.. Yelah , macam aku semalam kan.. G Sunway Lagoon.. amik gambar tapi dalam tak perasan kamera aku terkena air. Titisan halus air pon mampu memberi kesan pada kamera.

Bila letak dalam dry box ni , inshaAllah.. kamera kita dalam keadaan kering. Pastikan ada silika gel. Ianya akan menyerap air.. Haaaa ! Itu yang aku baca laa.

Aku tanpa banyak cerita ,gi cari satu dry box. Harganya ? Perghhh .. Tak masuk dek akal.. Tapi terpaksa beli gak la sebab nak simpan lens lens aku tu.. Hurmm…

imageimageimageimage

Takde bajet nak beli ? Buat je satu.. bukan susah pon ! Google je camana nak buat dry box.. Ada banyak blog ajar cara mudah nak buat dry box ni..

Pastikan ada satu tauuu !

Rekod tercipta di Sunway Lagoon !

 

Plan nak gi sana pagi.. Sekurangnya nak lepak kat situ dalam 4-5 jam ! Tapi terpaksa dibatalkan sebab ada hal penting lak pagi tu. Ditunda hingga selepas solat Zuhur..

Tiba masa..Pasang waze… Perjalanan amik masa dalam 40 minit dari Sepang. Terpaksa singgah ke Cheras terlebih dahulu untuk amik tiket. Terima kasih Farah Wahida sebab belanja tiket untuk kitorang. Kalau nak bayar sendiri , rasanya…. lom tiba masanya lagi ! Hehehhee.. Ni pergi pon nak test budak budak ni dulu..

Sampai je Sunway , terus parking kat hotelnya.. Kemudian naik ke atas.. Dan terpampang satu permandangan menarik ! Apakah Qhaliff teruja melihatnya ?

image

Qhaliff teruja ?? Yer.. dia teruja ! Dia siap ajak balik rumah masa tu gak ! Tak nak turun.. Adehh.. Mula nak meraung dah dia.. Aku paksa gak dia.. Maka turunlah semua ke taman tema air.. Memang sasaran ke situ walaupun dapat tiket untuk all park.. Huhuh..

Dan akhirnya berjaya jugak masuk ke dalam taman tema air Sunway ni.. Tercapai hajat nak bawak anak anak lepak sini sebelum cuti sekolah berakhir..eheheh.. Tak ramai pengunjung. Ramai pelancongan dari luar negara dan juga pekerja dari luar negara di dalam Sunway hari ni.. hehehe .. Tetiba rasa macam kat Paris aku.. hahaha ..

Berbekalkan GoPro , aku dan Zahra masuk ke dalam kolam… Hehehe… Teruja Zahra… berbeza dengan abangnya ! Meraung tak nak masuk.. Huhhh.. Walhal masa kecik kecik dulu , dia la Hero ! Sekarang , GoPro aku tu la Hero !

image

image

Mandi tak sampai 15 minit pon. Zahra dah ‘ajak’ naik atas.. Lor ! Aku pun malas nak bicara apa dah.. Terus ajak wife ke bilik persalinan. Tukar baju dan jalan jalan dalam park..

Destinasi , ke taman permainan dan taman haiwan liar..

Dan baru sesampainya di taman permainan , dia pon mula wat hal ! Adeh.. Takut tengok permainan kat situ.. Qhaliff ni tak leh dengar sangat bunyi bising.. Dia jadi takut gitu.. Hurmm..

imageimage

Disebabkan itu , terus ke taman haiwan liar.. Jom tengok singa , harimau , landak , ular , beruang dan macam macam lagi binatang kat sini.. Terurus jugak la taman kat sini…

Aku tau apa yang mampu buat dia lebih teruja ! Kolam ikan..

image imageimage

Kat sini jer lebih 15 minit ! Huhuh.. Pastu baru la dapat berjalan jalan dalam ni ..

image imageimageimage

Best sebenarnya duduk dalam ni.. Ada macam macam leh explore ! Tapi sayangnya , Qhaliff belum pandai menyesuaikan diri lagi.. Huhuh.. Kena gi sekolah dah ni..

Asyik menyorok belakang aku jer haa.

image

Tak sampai 2 jam dalam Sunway Lagoon… Qhaliff dah ajak keluar dari situ ! Dan kitorang akan kembali , tak lama lagi !

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI