Selasa, 16 Jun 2015

Bateri HITACHI MFX untuk kereta aku !

 

Setiap pagi , aku pasti akan berdoa sebelum menghidupkan enjin kereta aku. Harap harap takde masalah ! Aku cukup tak suka kereta bermasalah. Sebab tu aku setiap bulan buat pemeriksaan pada kereta aku. Maklumlah, aku guna dia setiap hari !! Maka pastinya aku nak kereta aku dalam keadaan sempurna dan selamat..

Kali terakhir aku periksa bateri kereta aku , kata mekanik masih boleh digunakan tapi aku rasa tak sedap hati ! Maka semalam , aku tukar bateri kereta yang baru.. Aku pilih Hitachi !

DSC07519DSC07522DSC07526DSC07535DSC07533DSC07531

Siap pasang.. Aku hidupkan enjin kereta aku. Aduss , lembut je bunyi kereta aku tu.. Maklumlah , bateri baru.

Kenapa aku pilih HITACHI ?

Dengan membawa tagline “ Built To Last Even Longer “ atau “ Dicipta untuk tahan malah lebih lama “ , bateri Hitachi yang diimport adalah maintenance-free yang tinggi kualiti serta 100% berteknologi Jepun pastinya berbaloi pada penggunanya. Dan mereka berpengalaman serta telah pun bekerjasama dengan beberapa pengeluar kereta untuk supply bateri , sebelum ini.

Jaminan terhadap bateri adalah penting ! Bateri Hitachi MFX , jaminan selama 2 tahun diberikan . Jika bateri bermasalah , pastinya pengguna boleh merujuk kembali kepada penjual untuk mendapatkan hak jaminan. Berbeza dengan bateri bateri kereta yang lain biasanya diberikan jaminan hanya 1 tahun. Lebih lama kan ? Jaminan ini penting sebenarnya..Ramai tak amik penting bahagian ini..

Double-sealed lid , expanded grids , cut corner plats yang digunakan pada bateri Hitachi ini membuatkan bateri ini akan tahan lebih lama dari bateri konvensional yang lain !

Dan memandangkan akan tiba Aidilfitri , pastinya kita akan pulang ke kampung halaman , kan ? Maka hendaklah dipastikan kereta kita dalam keadaan selamat dan perjalanan pastinya hendak lancar hingga tiba ke kampung , kan ? Antara yang patut diambil berat ialah bateri kereta. Bateri Hitachi MFX ni boleh didapati lebih dari 5,000 dealers di seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak. Senang la kan nak cari nanti ?

Maka faham ke kenapa bateri Hitachi pilihan aku ? Aku tak perlu risau lagi selepas ini.. Sekurang kurangnya , untuk 4 tahun ! Hehehehe.

Keselesaan adalah keutamaan !

 

Lama aku tak beli seluar jeans Levi’s. Rasanya dekat 5-6 tahun gak la.. Kenapa aku tak beli ? Sebab harganya laaa.. Kalau dulu aku beli , aku beli yang straight cut. Jenis 521. Harga hampir dalam RM200. 501 , bukan feveret aku. Tak suka yang ketat ketat.. senak wehh ! Hahaha..

Lepas pada tu , aku berjinak dengan Camel dan Lois. Harga agak murah berbanding Levi’s tetapi bagi aku , kain serta cutting Levi’s memang terbaik bagi aku. Amat selesa sungguh..

Dan malam tadi , aku ke Alamanda untuk beli sehelai seluar jeans Levi’s setelah bertahun dok pikir.. nak beli ke tak ! Hahahha.. Kali ni aku terpaksa beli sebab esok ada sesi fotografi. Kena tampil dengan penuh bergaya gituuu.. hehehe .. Kena jaga la kan ? Takkan nak main belasah jer.. Hurmm..

image

Alang alang membeli.. aku beli sekali tali pinggang. Tali pinggang sekarang ni , dah berusia 9 tahun.. hehehe.. Lama ok !! Aku guna Levi’s gak wooo .. Nampak tak permainan dia ? Ha… Tahan lasak gituu..

image

Size 36 ? Hehehe.. Lama dah aku maintain size ni.. Aku boleh je pakai 34 tapi lemak agak terkeluar la.. Hahahaa.. Segan la woiiii ! Apa gile tayang lemak kat orang ramai.. Huhuhuh..

Seluar.. baju dan tali pinggang.. dekat dekat.. Hurm… Malas nak kira ! Kalau kira , memang stress ! Ni beli pon bukan suka suka punyaa.. Terpaksa ok !

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI