Jumaat, 19 Jun 2015

Tak nak gunting rambut !

 

Haih.. gagal lagi walaupun dah rasuah aiskrim dan mainan ! Dia tak nak gunting rambut dia. Dah siap duduk atas kerusi dah.. Orang tu pon dah pegang mesin nak gunting rambut.. Iskhh…

Menangis meraung raung.. Air mata .. air hingus segala air keluar ! Aku, kecik besar kecik besar je tengok Qhaliff masa tu.. Dan akhirnya, batal lagi niat nak gunting rambut dia !

Camana nak bawak dia masuk Selamat Pagi Malaysia , Ahad ni ? Dengan rambut dah melebihi had.. hurmm…

image

Akhirnya , aku gunting sendiri. Aku gunting masa mandi di bilik air.. Di bilik air , dia membebel cakap ..

Ha.. kotor dahh.. Tengok.. “. Sambil sapu badan dia.. Rambut yang dah bercerai dari kepala dia itu tidak menyelesakan dia rupanya.. Hurmm.. Pembersih budak ni ! Grrr…

Qhaliff.. kenapa tak nak gunting rambut ? “ tanya aku.

Takuttt… “ jawab dia.

Dia takut bunyi mesin gunting rambut tu rupanya.. Hurm.. Kena cari pendekatan lain pasni..

image

Rambut baru.. macam tak gunting je kan ? Hahahaha…

Kenapa aku tak nak upload gambar isteri aku ?

 

“ Ben… upload la sekali gambar wife ! Nak sangat tengok ! “.

Huih… sebenarnya aku dah upload beberapa kali gambar wife aku di FB dan jugak blog. Tak lama kemudian aku turunkan kembali kerana tempoh ‘pertunjukan’ dah abis.. Hehehe.

Kenapa aku keluarkan gambar wife ? Banyak faktor sebenarnya tapi yang paling penting adalah untuk keselesaan dia ketika di pejabat. Dia tak nak dikenali orang.. Dia nak buat kerja pon senang.. Dia kurang gemar nak bicara soal aku dan blog ketika waktu kerja. Heee..

Yang kedua … soal keselamatan gak.. Anak anak aku , tak pe.. diorang dengan aku senantiasa. Wife kena gi kerja. Maklumlah , nanti orang ingat aku ni banyak duit sangat. Walhal aku ni kais pagi bayar GST. Kais petang bayar GST. Kais malam , bayar tol dan petrol ! Haaa.. Takde duit wehhh !

image

Memadailah korang kenal aku dan anak anak aku jer.. Kalau jumpa di luar tu , tegur je la.. Aku tak de la tutup muka wife aku dengan sarung muka bila berjalan jalan di luar sana tu..

Seperkara lagi.. faham faham je la ragam manusia ni di media sosial ni ! Tu yang aku kena jaga jaga gak.. Cukuplah aku je jadi sasaran diorang.. kan ? Tak yah libat orang lain.. kan kan ?

Duit ada tapi tak tau nak buat apa ?

 

Dari membazir tak tentu arah.. dari membeli tah hapa haapa.. Aku ada cadangan cun punya ! Cara mudah nak gembirakan hati sendiri dan hati orang lain ! Haaaaa.. di samping dapat menjana saham akhirat.. Gitulahhh adanya..

image

Caranya mudah jer ..

KEMPEN TAJA SHOPPING RAYA 2015

600 penerima manfaat untuk ditaja

# Belum ditaja : 266 penerima manfaat

# Sudah ditaja : 334 penerima manfaat

Taja 1 penerima manfaat : RM 200 sahaja

Utk salurkan tajaan anda, sila lakukan transaksi di :-

http://bitly.com/shoppingraya2015

Atau , (alternatif) ke :-

Akaun : Maybank

No.akaun : 564810504003

Nama : Persatuan Kebajikan Projek IQRA' SeMalaysia

Emailkan : info@projekiqra.com

Letakan nota : Shopping Raya 2015

Utk maklumat lanjut , Hubungi :-

1) solleh : 017 670 2033

2) sharifah : 017 274 8904

3) suhaimi : 019 217 5597

 

Mudah je kan ? Sharekan di timeline FB anda .. pon dapat pahala lagi.. hehehee …

Terima kasih…

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI