Dapur Tanpa Sempadan...

Ahad, 21 Jun 2015

Di Selamat Pagi Malaysia sempena Hari Bapa !

 

Hari yang ditunggu.. tiba sudah ! Alhamdulillah , segala perancangan berjalan dengan jayanya hinggalah… hinggalahh..

image

image

Hinggalah Qhaliff ternampak muka dia di kaca tv ! Dia tergamam seketika dan memanggil aku. Aku tau , dia nak bagitau dia kat tv la tuuu ! Huhhhh..

Aku cuba kekalkan konsentrasi.. Tapi segalanya mula berubah bilaaaaa .. mamat ni turun dari kerusinya !

image

Tengok la muka spontan aku ! Hahahahah.. Aku terkedu tengok dia leh berdiri kat situu… Aku tak tau nak respon camana.. Nasib baik la pengacara sporting giler.. Profesional gitu.. Tenang jer.. Dan teruskan bercakap.. Terbaik ! Krew rancangan pon sangat tenang.. Senyum je diorang.. Takde la riak muka cam bengang atau nak marah.. Terima kasih krew Selamat Pagi Malaysia..

Selesai je , aku mintak maaf ngan semua orang.. Kenapa aku bawak diorang ? Sebab atas permintaan penerbit.. Ikutkan tak bawak pon ok tapi rasa macam .. hurmm.. Dah tiba masa kot diorang pon turut serta.. kan ? Bagi ada kelainan skit kali ni.. kan kan ?

image

Terus terang.. aku tak leh nak tengok rakaman rancangan ni ! Hahahaha… Adehhh…

Buat rakan rakan , terima kasih atas sokongan kalian.. Tanpa anda , blog saya tiada maknanya..

Dan buat ibu ibu , andalah kasih sebenarnya pemilik kasih teragung. Anda layak berbangga dengannya.

Selamat Menyambut Hari Bapa !

 

image

Sayang.. dah leh tambah sorang lagi ni ! Zahra pon dah besar.. Pandai dah sebut fish dan amboiii.. “

“ Eleeeleeee.. Yang dua ni pon memanjang hantuk kepala kat dinding.. Ada hati nak tambah..

image image

Tak kiraaa.. Nak kena tambah hingga 4 orang sebelum Qhaliff masuk darjah 1 .. hahahaha .. Adehhhh..

Bila cukup 4 orang , aku tutup blog.. hahahaa.. Tak terurus hidup aku.. Hidup anak anak , ok jer.. Aku jeer .. Bayangkan.. sampaikan semalam berlaku satu insiden mengharukan..

Qhaliff ke dapur. .kemudian dia bawak biskut chipmore lalu bg kat aku.. Dia suruh bukakan.. Zahra pon datang join skali.. Minah ni pantang nampak apa saja abang dia pegang terutama makanan ! Makan banyak tapi kurus.. Huhuh..

Aku pon amik sekeping dan bagi kat Qhalif. Dia tak nak pegang biskut tu sebab nak main game Angry Bird . Dan nak aku suapkan terus ke mulut dia . Alang alang  dah suap , aku pun suap Zahra sekali.. bergilir gilir..

Sambil makan, diorg bermain..Berlari sana sini. Zahra pun tak reti la duduk diam.. Nak habiskan sekeping pon makan masa!! Grrr.. Dalam dok tunggu tu, secara tak sedar.. aku pon join gigit gak biskut tu.. Dah lambat sangat tunggu. Tengok biskut pon sedap. Perut pun lapar dah..

Tiba-tiba aku rasa mcm ada tak kena!!

“ Weiii..aku kan puasaaaaa!! “ . Arghhhh.. Terus aku berlari ke dapur.. dan kumur mulut aku.. Adehh..

Sedap pulak biskut tu time puasa eh ? Hahahaha ..

Syok jadi bapa ni.. Mencabar tapi awet muda .. hahaha ..

Selamat Hari Bapa buat rakan rakan yang bergelar bapa..

#FunTimeMotherCareAtria menarik sekali !

 

Berbaloi gi sekeluarga semalam. Di samping Qhaliff yg dah buat Mothercare tu seperti rumah keduanya , selebriti Mothercare iaitu Irma Hasmie dan Yasmin Hani serta pengacara sangatlah peramah.Semua pengunjung rasa selesa, kan kan ?

MotherCare di Atria Shopping Gallery ni baru dibuka je.. Keluasanya berganda dari Mothercare yang biasa aku pergi iaitu di Alamanda. Memang puashati la kat sini kalau nak bershopping. Ini adalah cawangan ke 13 Mothercare di seluruh Malaysia. Harap dapat buka di Kuching , Sarawak.. Ada kawan yang minta dibuka cawangan di sana.. hehehe ..

Sebelum aktiviti bermula , aku amik peluang meronda dulu.. hehehe.. Kot ada yang berkenan di hati , leh beli sementara diorang offer diskaun.. lalalala ..

imageimageimageimageimageimageimageimage

Dalam kul 11.30 , semua dah sampai.. dan aktiviti bermula.. Simple tapi menarik ! Heheheh.. Semua selebriti dan blogger terlibat sama. Menariknya ,rakan blogger dari Kelab Blogger Ben Ashaari paling ramai datang memberi sokongan ! Terima kasih Farah , Zarin dan Irrayan serta keluarga mereka  !

imageimageimageimage

segalanya berakhir dengan cemerlang ! Puashati semua.. Aku pun memang terasa penatnya dan menariknya , Qhaliff dan Zahra tak buat perangai.. Hehehe.. Cukup tidur kot ?

imageimage imageimage

Terima Kasih MotherCare Malaysia !

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI