Dapur Tanpa Sempadan...

Isnin, 22 Jun 2015

Keranamu , Aidilfitri !

 

Tahun ni balik raya Kelantan lagi.. Tiap tahun memang raya sana.. Hehehe.. Belah wife.. Belah aku , semua kat KL.. Memandangkan dah berpuasa di KL , maka beraya di Kelantan la pulak kan ? Kena adil dan saksama gitu..

Dan hari ni, aku gi servis kereta.. Dah cecah 100 ribu km ! Untuk tempoh 2 tahun lebih.. Gulp.. Berapa pulak kena kali ni.. Hurmmm… Demi keselamatan dan keselesaan , maka gi je la buat..

Sampai Tan Choong Motor jam 9 lebih.. Check dan check.. staff tu bagi tau kena tukar itu ini.. Aku pun iyakan jer la.. Uhuk… Dia tunjuk bil anggaran..

image

Perghhh… Tu diaaa.. Tak beraya la jawabnya bini aku tahun ni.. Aku ? Aku beraya jer.. hahaha .. Apadahal..

Aku send gambar ni kat wife.. Dia reply..

“ Fuh , berdebar ingat 700. Angka 1 macam 7 “.

Respon aku ? Terkedu. Baru tengok gitu dah berdebar.. Dia tak tau kot memang 7 !!! Aku jawab..

“ Er , memang 7.. bukan 1. Kalau 1 tu , servis basikal boleh la.. “

Pastu dia suruh bagi gambar penuh… Dan dia mula kira.. Bla bla bla.. Katanya kiraan tak betul ! Dia terus call centre dan tanya.. Rupanya tu bil anggaran jer.. Dia lega !

Dan akhirnya kereta siap.. Sebelum tu , centre ada call. Aku dapat agak dah kalau diorang call. Mesti ada penambahan pada kerosakkan..

Aku terkedu.. Gulp ! Mau pengsan kalau wife dengar penambahan tu.. Aku iyakan je la.. Demi keselamatan dan keselesaan. Aku tak nak kereta bermasalah dalam perjalanan ! Terpaksa terima dengan redhanya..

Aku bawak Qhaliff gi Tan Chong Motor kat Sg.Besi.. naik teksi.. Uhuk… Sampai je situ , terus ke kaunter.. Dan staff yang uruskan kes aku tu tunjukkan bil..

image

Nasib baik laaa baju anak anak tahun ni dah ditaja dek Mothercare.. Baju raya sekeluarga pon dah ada yang sudi nak taja.. Lega.. Kalau tak , memang guna tahun lepas je la.. Hahaha ..

Mengembalikan semangat kerjaya anda !

 

Arghhh.. Isnin kembali lagi ! Boringggnyaaa.. Lama lagi nak cuti panjang ! Tak sabar nak rayaaa ! Tapi bila dah tiba hari Raya , akan berakhirlah segala percutian dan kembali semula ke pejabat ! Bosan menjenguk kembali.. kan ?

Persoalanya.. Sebenarnya apa yang membuatkan kita bosan ? Kerjaya kitakah ? Tempat bekerja ? Rakan sepejabat ? Gaji ? Hurmm.. Mesti ada sebabkan ?

Aku sendiri terfikir dulu.. Sampai bila aku nak macam ni ! Setiap kali Isnin menjelang , aku mesti ke klinik. Cari alasan untuk dapatkan sijil sakit. Duit keluar tak pe .. janji tak stress gi kerja ! Tapi , untuk hari Isnin lepas laa.. Selasa ? Rabu ? Arghhhh.. Takkan nak M.C lagi kot ? Sampai bila kan ?

Akhirnya aku buat keputusan dan keputusan tu benar-benar mengembirakan aku. Bukan mudah sebenarnya dan takde bantuan pon.. Maklumlah , masa tu tak kenal sapa sapa lagi.. Aku nekad je untuk berhenti..

Tapi baru-baru ni , aku hadiri sebuah workshop ringkas.. Workshop yang diberi nama Warna Dan Kerjaya oleh Myryl , di Bangi. Baru aku tahu yang ada medium untuk membantu kita mencari kesesuaian diri dgn kerjaya kita hanya melalui WARNA ! Haaa.. jangan angkat kening ! Warna memainkan peranan penting pada kita dan kehidupan. Jangan pandang remeh yer..

Tak de masa nak g bengkel ? Jangan risau.. Ada dvdnya ! Beli dan ikut langkah yang diajar oleh instructor. Mudah sangat ! Kena faham betul betul dan ikut.. InshaAllah akan jumpa apa yang kita inginkan sangat sangat..

Malam tadi , aku berkesempatan membuatkan latihan berdasarkan dvd Colours And Career – Master Yourself Revamp Your Life ni… Huhu.. lama dah nak tengok tapi tak berkesempatan disebabkan byk hal hal duniawi nak diselesaikan.

Instructor – Puan Shuhada Alauddin..

image

Ada beberapa modul. Aku rasa mana mana syarikat yang ingin menjimatkan kos kursus , boleh la guna dvd ni untuk mengembalikan semangat kakitangan mereka yang mungkin dah mula bosan atau rasa ‘down’ … Tak semestinya untuk cari kerja baru tapi untuk mengenal diri sendiri yang mungkin selama ini mereka ibarat robot.. Hidup ikut rutin yang dah ditetapkan ! Boringgg !

image

Perlu diingatkan.. tak boleh buat sorang sorang tau ! Kena ada rakan untuk buat segala ujikaji yang diberikan..

image

Antara contohnya..

image

Kita secara jujur akan menjawabnya. Tak perlu menipu pon.. Sebab segala jawapan akan menghasilkan keputusan yang bermanfaat untuk anda sendiri !

image

Antara contoh kesimpulan berdasarkan Warna..

image

Ada beberapa modul perlu diikuti dengan teliti bagi menghasilkan impak yang berkesan pada mereka yang mengikutinya. Kena fahami atau mereka akan ‘ketinggalan’ dan seterusnya akan dapat jawapan yang tidak memuaskan hati mereka.. huhu ..

imageimage

Secara peribadi , dvd lebih seronok ditonton dengan seriusnya. Tak boleh sama sekali leka kerana setiap saat adalah bermanfaat ! Jika tonton berkumpulan , sebaiknya jangan terlalu ramai atau jika nak ramai, semoleknya perlu ada mereka yang berpengalaman untuk membantu.

Hasilnya ? Aku dan rakan rakan selepas keluar dari workshop ni , terasa segar dan bersemangat kembali untuk terus berjuang dalam dunia blogging ! Menulis dengan lebih berkeyakinan..

image

Bagi mereka nak mengetahui dengan lebih lanjut mengenai dvd ni , bolehlah ke www.myryl.net ..

Sentap melihat karya Syed Alwi !

 

Terlalu mendalam.. Hanya mereka yang dah merasainya , mengetahui perasaan ini. Betapa sayu dan syahdunya bila tiba hari hari tertentu membuatkan mereka mengingati insan tersayang yang telah pergi meninggalkan mereka..

Bayangkan jika anak kecik yang belum masih tahu apa apa lagi , telah kehilangan ayah tercinta. Sedangkan kita yang masih punya ayah , endah tak endah jer.. Anggap yang ayah kita akan hidup selamanya dan kita punya banyak waktu untuk mereka.. Sedangkan mereka menghabiskan kehidupan mereka , membesarkan kita !

image

Sayu… Sekeping gambar lakaran Alwi menerbitkan sejuta rasa di dalam hati aku. Dulu sewaktu aku kecil , pernah menangis terbayangkan hidup aku tanpa kedua ibu bapa aku. Aku belum bersedia untuk bergelar anak yatim piatu ! Aku tak tau dan tak mungkin dapat melayari kehidupan tanpa mereka..

Alhamdulillah.. Allah panjangkan umur mereka hingga hari ini.. Mereka berpeluang melihat cucu mereka.. Bermanja dan berkasih sayang dengan cucu cucu mereka. Seringkali aku bawak anak anak aku ke sana untuk mereka meluangkan masa bersama atuk nenek mereka. Jangan jadi macam aku yang tak sempat merasanya..

Kawan , duit bukan segalanya.. Jangan tunggu harta sebenarnya kita pergi selamanya…

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI