Dapur Tanpa Sempadan...

Selasa, 23 Jun 2015

Terbaik untuk anak kita..

 

Dua beradik ni aku bagi minyak sapu dari Pati Batook Ori. Seorang kenalan di FB yg kenalkan aku dan sejak tu , aku pelanggan setia ! Semua pakai minyak ni andai ada masalah dengan perut , sakit kepala dan lenguh lenguh..

Ni bukan makan yer.. sapu jer..

image

image

Stok dah abis.. Ni last aku beli bulan lepas.. Nampaknya untuk balik ke kampung beraya , kena standby lagi ni.. Takut kembung perut sebab terlebih makan sudah.. hehehe ..

image

Mana nak beli ? Rujuk di PATI BATOOK ORI ..

Andai aku dipenjarakan !

 

Terkejut aku dari mimpi. Mengucap panjang aku. Mimpi yang cukup menakutkan aku ! Aku berpisah dengan anak anak gara gara salah aku sendiri ! Aku tidak berjaya menahan amarah menyebabkan aku telah melakukan kesalahan besar ! Aku bergaduh dengan orang lalu membunuhnya ! Aku menyesal giler !! Aku berharap sangat apa yang berlaku ketika itu , adalah mimpi dan ternyata ianya mimpi sama sekali !

AllahuAkhbar.. Menakutkan betul ! Aku tak nak masuk penjara gara gara sikap panas baran aku. Biarlah aku bersabar dan terus bersabar.. Aku tak nak anak anak aku membesar tanpa ayah.. Aku taknak mereka hilang nahkoda mereka..

image

Mimpi tu menyedarkan aku betapa SABAR itu sangatlah penting ! Sedikit kesilapan dan ketelanjuran , boleh membinasakan diri sendiri dan juga keluarga tercinta..

Melepaskan geram memang memuaskan hati dan syaitan akan ketawa riang kerana mereka dah ada kawan baru.. Selepas tu ??? Apakah itu penyudahnya ??

Itu aku selalu fikir.. Ikut hati , mati . Ikut akal , inshaAllah selamat..

Jika itu rezeki ku..

 

Sampai rumah mak aku di Cheras , terus aku dukung Qhaliff yang sedang lena masuk ke dalam rumah. Kunci rumah yang berada dalam poket seluar aku , aku keluarkan terlebih dahulu.

Selepas solat Asar , aku keluar kembali bersama Qhaliff. Dia masih lagi lena.. huhuh.. Aku dukung dia dan masukkan ke dalam kereta. Kemudian aku ke pintu pemandu dan terkedu..

“ Uikk.. tu RM50 tuuuu ! Sapa punya duit lak tuu.. “. Getus hati aku. Tapi bila terpandangkan duit RM1 yang terlipat tak tentu arah tu , aku rasa macam aku kenal duit ni ! Tapi takkan kot ???

image

Aku keluarkan duit kertas yang berada dalam keadaan tak terurus dari poket sebelah kanan aku.. Aku belek satu satu.. RM10, RM20 dan beberapa RM1. Tiada kelibat RM50 ! Hurmm… sahih duit aku !

Terasa lega sungguh.. Tapi terasa pelik.. Takkan takde sapa sapa lalu situ sepanjang 2 jam yang lalu ? Ni kawasan leh tahan sibuk gak wooo…  Namun gitu , tiada apa yang mustahil , kan ? Semuanya adalah ketentuanNya.

Mak aku pesan nasi Arab 2 bungkus. Aku memang plan nak beli dengan guna duit tu.. Bayangkan tadi kalau duit tu takde ? Huhuhuh.. Kena gak aku cari ATM dan jolok lagi duit keluar.

Cantik dah perancangan Allah , kan ? Duit yang ada dalam poket aku , aku mintak wife belikan lebih nasi Arab untuk keluarga aku di rumah makan.. Diorang pesan 2 dan berkongsi tapi aku belikan 4..

Alhamdulillah.. rezeki..

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI