Dapur Tanpa Sempadan...

Rabu, 24 Jun 2015

Bila guna Serum Kawalan Minyak dari Cosmoderm !

 

Barulah terasa segar, bersih dan ringan skit muka bila guna pembersih muka dan serum kawalan minyak tea tree dari Cosmoderm ni !

Sebelum aku kenal produk produk Cosmoderm , aku pakai jenama yang selalu keluar kat tv. Memula tu ok la tapi lama lama kulit jadi kering dan gatal ! Maknanya , tak sesuai untuk aku la tu.. kan ? Hehehee..

image

image

Nak guna pon takde la makan masa.. Lepas mandi setiap malam , bersihkan muka dan pakai ! Baru nak tidur pon rasa selesa jer.. Kan ? Maklumlah , sebelum tu kan dok menjemur muka di luar sana tuuu.. dengan asap kereta , asap rokok dan sebagainya.. Mereka yang mukanya berminyak macam aku ni , sesuai la pakai..

Nak tau lebih lanjut , boleh je baca di entri aku : Khas untuk muka yang berminyak !

Qhaliff Iman nak bunuh diri ?

 

Zahra dah pandai dah skang ! Tiap kali aku turun dari kereta , kalau aku tak amik dia , dia akan tercengang ! Tak percaya dia ditinggalkan begitu saja.. Sesekali akan terkeluar “ Dyy.. " yakni merujuk kepada “ Daddy “.

Semalam , tiba je di depan restoran Tom Yum Kung , aku terus amik Zahra dan masuk ke dalam restoran. Aku tinggalkan Qhaliff kepada mak dia.. Ha , ni pon sama gak ! Dia pon tercengang dan tak percaya.. dia ditinggalkan ????

Wife paksa dia turun kereta dan masuk ke dalam restoran.. Dia tak nak.. Berdiri kat sebelah kereta malah siap nak berjalan ke arah jalan raya selagi aku tak datang amik dia !

Aku yang dah duduk  terpaksa bangun keluar untuk dukung dia masuk. Di kiri Zahra dan kanan Qhaliff ! Adehh ..

image

Sememangnya dah begitu !

 

Zahra tiba-tiba menyendiri di sebalik langsir.. Aku pelik memula. Risau je dia dok mengutip benda dan masukkan ke dalam mulutnya.. Tapi tak la pulak.. Dia berdiri tegak jer..

image

Aku hampiri dia.. Aku selak seluar dia.. Hehehehe… Dok berak rupanya.. Aku biarkan dia selesaikan tugasannya. Bila dah selesai , dia pasti akan mencarik aku.. Dia tak leh lama dalam keadaan gitu.. Mesti suruh basuh masa tu gak ! Huhhhhu..

Memang budak , automatik gitu kan ? Tau tau menyorok ! Nampak sangat memang sesuai buat pepatah.. Mana ada orang berak depan orang ramai kan ? Eh , ada eh ? Owh… orang giler , duniawi !

Berbuka dengan tembikai saja !

 

Buat pertama kalinya , aku dan wife berbuka dengan buah tembikai jer.. Kenapa ? Hehehe.. Aku tak kasi wife masak.. Aku tau dia penat.. Tambah dengan mengantuk lagi.. Sian dia..

Maka perancangannya.. Berbuka ringkas di rumah pastu gi Ayer @ 8 dan makan malam di sana.. Makan ringan ringan jer.. hehehe ..

Ikan..

imageimage

Telur..

image

Kerabu Mangga..

image

Tu jer.. Alhamdulillah.. kenyang.. Bagusnya , di Tom Yum Kung tu pada jam 9 malam.. kosong ! Takde orang dah.. cuma pekerja dia jer.. Ada pon dua tiga orang lain.. makan kat luar ! Huhuh.. Maka order kitorang memang sedap la ! Huhuh.. Rezeki..

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI