Jumaat, 26 Jun 2015

Adab menyewa rumah bukan milik anda !

 

Bila masuk menyewa rumah orang , pastikan rumah tu camana keadaannya ! Dari dalam rumah hingga ke luar rumah. Pastikan segalanya ok , baru la masuk pindah ..

Dan bila nak keluar , ingat balik kenangan camana bila masu dulu.. Jangan keluar dari situ dengan meninggalkan segala kekotoran , sampah sarap yang akhirnya memberi nama buruk pada anda .. terutama pelajar !

Ini realitinya. Aku nak tegur lama dah. Tapi aku harapkan mereka mampu berfikir kerana mereka terdiri dari pelajar institut pengajian tinggi.. bukan sekolah rendah atau menengah !

image

Jangan pandang ringan sampah begini.. Semut gatal akan terhasil. Ulat , lipas , tikus.. Haih.. Ni skit ni , ari tu lagi banyak ! Aku tolong tutupkan berkali pintu sampah ni.. Pengutip sampah pon mesti geleng kepala punya.. Haiskh…

Bila menyewa rumah orang.. jagalah ! Jaga seperti hak sendiri !

#ErtiSosial bagi kamu ?

 

Sebelum aku mulakan bebelan , apa kata tonton dulu video di link ni : digi.my/ben

Ok , dah ? Sudah menjadi lumrah sekarang , gadget di tangan ! Di mana mana , pasti ada gadget di tangan.. Gadget yang aku maksudkan ialah telefon pintar ! Tak kira tempat , tak kira masa.. sampai nak naik krem atau lenguh jari jemari !  Letak je telefon pintar , pegang tab atau laptop pulak ! Adoiii…

Sekarang dah masuk bulan Ramadhan.. Tiap kali masuk waktu berbuka , apakah gini suasananya ???

image

Ada yang kata tak mampu lepaskan telefon pintarnya.. Ok , apa kata buat satu ikrar atau perjanjian.. Amik satu hari dan jangan sentuh langsung telefon pintar dari awal pagi hingga selepas berbuka ! Kalau ada call emergency , ok la jawab.. Amacam ? Berani tak buat deal gitu ?

image

Ok.. boleh buat ? Berbuka puasa bersama keluarga tercinta bukanlah dapat buat selalu kan ? Dah tu , kenapa dok sibuk dengan telefon pintar tu.. Hehehe.. Aku pon kena buat ikrar ni gak woo !

Kalau dapat buat yg ni , apa kata buat satu lagi ikrar ! Pada 1 Syawal nanti , dilarang sentuh telefon pintar.. Berani tak sahut cabaran ? Lalalalaaala.. Kuatkan azam wooo ! Ingat , raya datang sekali setahun.. Tunggu punya lama , tapi masa dibazirkan dengan ngadap telefon pintar.. iskh iskh iskh… kan ?

Ok.. Digi sekali lagi membawa mesej khas buat kita semua terutama pengguna tegar telefon pintar dengan kempen #ErtiSosial. Ini satu  kempen yang bagus sekali  bagi aku.. Sekurang-kurangnya kita sedar akan kesilapan kita selama ini yang terlupa dan terleka serta asyik dengan dunia maya. Tahniah Digi !

Apa lagi ? Digi dan aku menyeru rakan rakan semua , sebarkan pengertian sebenar #ErtiSosial dikalangan kita dan rakan rakan sekalian ! Gunakan media sosial anda dengan sebaik-baiknya. Inilah masanya untuk melakukan kebaikan sesama  kita..

Tahniah sekali lagi dari aku untuk semua !

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI