Dapur Tanpa Sempadan...

Isnin, 29 Jun 2015

Banyak main sangat !!

 

“ Qhaliff , meh pakai baju.. cepat !! “

Melompat sana sini atas katil ni ! Geram tul.. Tahap kegeraman aku tu takde la sampai tahap nak mendera anak yer , kawan kawan.. Geram tu macam nak gigit gigit je pipi dia tuuu.. Haaa… Gigit sayang ! Bukan gigit mencederakan.. Huhuh..

Dia melompat lagi.. Adik dia pon sama jer ! 2x5 ! Dah dapat kaki , dua dua lupa dunia ..

Akhirnya aku dapat gak tangkap dia dan pakaikan baju ..

image image

Pastu aku tergaru kepala aku sendiri..

“ Ni baju sapa lak ? “

Aku pandang Zahra.. Pandang Qhaliff..

Ler…

Azwan Ali , mengapakah kau ?

 

Terus terang , aku dulu minat cara dia mengacarakan sesuati rancangan. Mulutnya serupa bertih jagung membuatkan sesebuah rancangan tu menjadi menarik !

Tapi sejak sejak ‘tahtanya’ diambil oleh pengacara yang lebih kreatif , lebih bijak , lebih berhati hati bila berkata kata dan juga sangat peramah ( hingga jatuh ke bumi ) , dia berubah sikap ! Apakah kerana ini dia jadi gitu ?

Kelmarin , isunya timbul lagi. Aku baca asal usul isunya tu.. ternyata dia salah paham mengenai MENATE namun sikapnya yang ramai dah tau tu , membuatkan isu ni terus panas dek kata kata yang dilontarkan ke dalam Twitter yang penuh dengan.. hurm..

Aku malas nak sedekah pahala aku pada dia.. Cuma mampu nak kata , aku cukup hampa la dengan dia .. Semoga Allah berikan dia hidayah dan kembali menerangi hatinya yang semakin nampak tak tau apa dia nak sebenarnya di dunia ni ! Haa.. Nak title Diva berkekalan ke ? Iskh..

Ok .. Aku malas nak cakap lebih.. Kang kata aku ustaz dunia maya atau keyboard warrior lak tapi aku tetap ada hak utk berkata memandangkan dulu aku pernah meminati cara dia mengendalikan sesuatu rancangan.. Tu je yer.. hehehe ..

Kalau kita rasa kita bagus , maka tak perlu nak buktikan pada orang lain.. memadai  dengan terus berbakti pada masyarakat..

Pekena rojak buah di malam hari !

 

Tetiba lapar.. Abis aku geledah dapur.. Tetiba wife bersuara..

“ Tuuu , kuah rojak buah kacang ada .. Meni bagi ari tu.. “.

Ahaaa.. Lama dah aku teringin nak makan ! Terlupa wooo.. Nasib baik wife ingatkan. Kena pulak dengan dia baru beli epal pagi tadi.. Heheehe.. Yummy..

imageimageimageimage

Kuah Rojak Kacang Tok Bee.. Huhu.. Pedas ada , masam pon ada.. masin pon ada ! Lengkap ! Takkan buat aku terlari cari air untuk hilangkan pedas sebalik terus tambah dan tambah ! Huhuhuh..

Alhamdulillah.. Berbaloi aku kupas kulit epal tu.. Tak elok tau makan kulit epal yang dibeli kat pasaraya tu.. Cer tengok camana dia punya berkilat.. Lebih lagi lepas basuh.. Tak ke pelik camana leh berkilat gitu ? Kan ? Sebaiknya , kupas dulu kulit tu.. Er , kupas ke perbuatan tu ? Hurm…  Jap google..  Ok , confirm ! Hahaha..

Oh ya , kenapa eh kena kupas kulit ? Baca kat SINI..

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI