Rabu, 1 Julai 2015

Qhaliff teruja di Taman Rama-Rama KL !

 

Lama dah aku rancang nak bawak Qhaliff ke Taman Rama Rama yang terletak di Jalan Cenderawasih , Kuala Lumpur tu.. Saja nak tengok respon dia pada alam semulajadi terutama rama-rama.

Dari Sepang , awal pagi menuju Cheras terlebih dahulu untuk tinggalkan Zahra pada orang tua aku. Tak leh nak bawak dua dua sebab aku ada motif tersendiri kat situ nanti. Wife lak kerja.. Hurm..

Dari Cheras patah balik ke Putrajaya. Hantar wife ke pejabat dia. Dari Putrajaya barulah ke Taman Rama-Rama.. Huhuhuh.. Taman ni bukak jam 9 pagi. Hari biasa gini memang tak ramai orang. Memang best gi… hehehe.. Untung keje sendiri kan ? Lalalala ..

Sampai je Taman Rama-Rama , apa yang aku takutkan jadi kenyataan ! Qhaliff dah terlena dalam kereta ! Huhhh.. Tak kiraaa.. Aku kejut dia bangun ! Dan dia bangun dengan segarnya.. Hahaha..

Bayar tiket.. Aku dan dia , jumlah RM17. Tambah makanan ikan, RM5 ! Wah.. confirm suka Qhaliff dapat bagi ikan makan.. Huhuhuh…

imageimage imageimage imageimage

Seronok sungguh dia.. Tapi takut dengan rama-rama terutama yang terbang berdekatan.Alhamdulillah , dia tak buat perangai la.. Dia tenang je layan ayah dia yang asyik nak amik gambar rama-rama…hehehe..

imageimageimageimageimageimageimage

Aku tak puashati sebenarnya.. Nanti kena gi sekali lagi.. hehehe… Tak puas nak amik gambar.. heeee.. Dan yang pasti , pasni aku tak nak bawak Qhaliff ! Apahal pelancong asing nak bergambar dengan dia ??? Aku dah tak laku kah ??

image

Anak dara Ben Ashaari !

 

Olololo… dah besar dah… Dah makin terserlah kewanitaannya.. Eh ? Betul ke ? Hahahaha.. Pasni nak tindik telinga dia lak.. Ke tak yah ? Hurm..

imageimage

Masam cam bapak dia.. Tapi bila senyum ? Hurm… Pantang tengok bapak dia makan apa saja.. dia mai pegang kaki.. tarik seluar.. Nak jugak !

Sah anak bapak.. Adeh.. Boleh adik dah ni.. Lalalala ..

Katakan tidak pada bukan susu ibu !

 

“ Alamak.. stok dah nak abis ! Kuat pulak Zahra kebelakangan ni minum susu ibu.. “. Getus hati aku. Wife pulak memang kebelakangan ni kurang susu dah. Sejak bertukar jabatan dan naik pangkat , dia dah payah nak dapat curik masa untuk pam susu. Ditambah lagi dengan Qhaliff yang masih belum nak putus susu walaupun dah paksa berkali kali.

Aku hantar whatsapp pada wife untuk beritahu pada dia mengenai masalah yang aku hadapi. Wife mintak aku bagi Zahra susu kotak andai stok abis.

Terdetik hati aku untuk mencubanya… Apakah Zahra akan terima susu kotak ?? Aku pon test bagi..

image

Ok.. Gambar di atas ni.. Yang kat tangan aku tu susu segar dari GoodDay. Aku bagi kat Zahra. Pada awal aku tunjuk kat dia , dia punya bernafsu tengok.. perghhh.. Siap kejar aku dari dapur tuuu.. Sampai kat tilam , dia terus jatuhkan badan dan amik kedudukan untuk hisap botol susu !

Aku bagi.. Dia masukkan dalam mulut dia.. Dan buang botol tu ! Hahahahahha.. Aku bagi botol yang mengandungi susu ibu.. Dan , habis sebotol !

Adehhh… Susu ibu ni ada power woooo ! Teringat kata seorang ulamak .. bagi susu ibu pada anak ni sehingga dia berusia 2  tahun  ! Camana punya payah pon , kasi dia susu ibu. Cari ibu susuan. Jangan kasi dia susu tiruan atau susu binatang.. Wallahualam..

Jualan Raya Meletop 2015

 

Bulan Ramadhan adalah salah satu bulan yang suci pada umat Islam. Di bulan Ramadhan , seluruh umat Islam di dunia wajib berpuasa. Berpuasa bererti menahan lapar dan dahaga dari terbit matahari hingga terbenamnya matahari. Bukan sekadar menahan lapar dan dahaga , umat Islam juga diuji dengan ujian kesabaran mahupun dari segi tindakan fizikal dan mental .Ramadhan juga membuatkan kita lebih fokus dengan menambahkan lagi kebaikan dan lebih berdisiplin dalam mengerjakan amalan.

image

Sempena bulan suci ini , nile.com.my telah mengadakan kempen FREE DELIVERY untuk Aidilfitri yang bakal menjelang nanti bermula dari  17hb Jun 2015 hingga 16hb Julai 2015 dengan minimum pembelian iaitu RM48 sahaja. Anda boleh membeli produk dengan lingkungan harga yang amat rendah dan berpatutan dan setiap pembelian akan tiba antara 1-3 hari seperti tertera di laman web , ianya adalah stok sedia ada. Bagi pembeli yang tinggal sekitar KL dan Selangor , anda boleh menikmati penghantaran dalam masa 24 jam dengan menggunakan 24Hours Cash on Delivery Services.

Apa lagi ..

Untuk menghargai para pelanggan yang setia , nile.com.my mengadakan kempen sempena Raya dan diberi nama “Jualan Raya Meletop 2015”. Banyak produk diberi potongan harga yang amat rendah, Walaubagaimana pon , setiap pelanggan hanya boleh beli 1 item bagi setiap produk kerana ianya terhad dan hanya akan dibuka jualan mengikut masa dan tarikh yang ditetapkan. Jom tengok produk produk tersebut :-

image

Produk: Men Slim Fit Jacket 
Harga Meletop: RM13.90
Tarikh: 30/06/2015
Masa mula : 11.00am 
Kuantiti: 300 pieces

image

Produk: Men Long Sleeve Shirt 
Harga Meletop: RM14.90
Tarikh: 30/06/2015
Masa mula : 4.00pm 
Kuantiti : 200 pieces

image

Produk: Male/Female Canvas Shoes 
Harga Meletop: RM12.90
Tarikh: 01/07/2015
Masa mula : 2.00pm 
Quantity: 500 pairs

image

Produk: Haniya Printed Blouse 
Harga Meletop: RM17.90
Tarikh: 02/07/2015 
Masa mula : 4.00pm 
Kuantiti : 200 pieces

image

Produk: Indentation Woman Bag 
Harga Meletop: RM7.50
Tarikh: 03/07/2015
Masa mula : 3.00pm 
Kuantiti : 150 pieces

image

Produk: Crocodile Design 3-in-1 Woman Bag 
Harga Meletop: RM28.90
Tarikh: 03/07/2015
Masa mula : 4.00pm 
Kuantiti: 200 pieces

image

Produk: Stylish Hoodies 
Harga Meletop: RM12.90
Tarikh: 07/07/2015
Masa mula : 3.00pm 
Kuantiti : 200 pieces

image

Produk: Men Sport Pant 
Harga Meletop: RM13.90
Tarikh: 08/07/2015
Masa mula: 4.00pm 
Kuantiti: 350 pieces

image

Produk: 15kg Chrome Dumbell Sets 
Harga Meletop: RM79.90
Tarikh: 09/07/2015
Masa mula : 4.00pm 
Kuantiti: 100 pairs

Jika anda berminat nak mengetahui lebih lanjut mengenai kempen “Jualan Raya Meletop 2015”, silalah lawat laman web mereka dengan klik <<click the link here>>.

Pastikan tanda kalendar anda jika terdapat produk yang menarik minat anda dan tak nak terlepas membelinya memandangkan ianya adalah stok terhad.

Selamat membeli belah sempena Ramadhan ini dan jangan ponteng puasa !

Batal balik kampung !

 

Petrol naik lagi..

image

Macamana nak balik kampung yang jauhnya beratur kilometer ? Dah la gaji ciput ! Bonus takde !! Nilai duit makin jatuh. Harga barang makin naik !! Balik kampung , nak kena hulur duit lagi.. Takkan nak balik kosong kan ? Duit raya lagi ! Takan nak hulur syiling saidina tu haaa ! Mau kena gelak berdekah berjemaah dek anak buah nanti !!

Sebaiknya , raya ni tutup pintu.. pasang tv.. tengok cerita ulang tayang tahun tahun lepas jer la jawabnya !

Ok tak alasan tu ?

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI