Dapur Tanpa Sempadan...

Khamis, 2 Julai 2015

Tidurlah Qhaliff.. Tidurlah Zahra..

 

Tidurlah sehingga jam 2 petang ! Hahahaha.. Dah la diorang tidur lewat semalam. Kul 3 pagi baru tidur wooooo ! Abis ngan aku aku terjaga sampai awal pagi !

Kenapa aku nak diorang tidur sampai kul 2 ? Sebabnya jap lagi BEST FM nak call aku live.. nak interview gituuuu.. Auwww.. Maka aku nak cakap tanpa gangguan.. Huhhuh.. Takde la suara suara yang interframe nanti.. Huhh..

image image

Nyenyak tidur eh.. Kang jaga , banyak kerja daddy nak selesaikan.. Nak kasi mandi.. makan .. leraikan pergaduhan.. tidurkan balik ! Fuh..

Syiok tidur kan ? Rugi la duk opis time gini.. hahahaha …

Aku tolak tawaran COKE’ kerana..

 

Tamo ada air bergas dalam rumah di Aildilfitri nanti ! Kan dah tahu  air bergas ni tak bagus untuk kesihatan.. kan kan ? Maka , kita tukar laaa…

Guna air kedondong atau air kelapa laut ! Bagusss untuk sejukkan badan.. hehehehe.. Terbaik wokkk ! Aku rasa dah.. Memang sesuai la sediakan stok banyak banyak di rumah.. samada untuk tetamu atau sendiri minum laaa.. Heee..

imageimage

Yesss… Ada 6 botol.. 2 dah bagi mak aku.. 2 untuk aku dan 2 lagi untuk mak mertua aku di Kelantan. Satu botol mampu tahan sebulan wooo kalau pandai jimat.. Hehehehe.. Memang jimat !

Nak order ? Heheehe.. Aku tak jual wook.. hahaha .. Leh buat tempahan kat akak Shuhaida Kabdy di Facebook , yer.. Cepat sebelum tempahan tutup..

Kerana ‘kawan’ itu penting ..

 

image

Semalam , aku bersama rakan ‘otai’ blogger ke satu meeting bersama seorang tuan punya restoran yang berminat nak menggunakan blogger sebagai medium mempromosikan perniagaannya.

Dua jam kami duduk bersamanya dan banyak yang aku pelajari walaupun sememangnya aku dah lama pelajari mengenai kehidupan terutama di Malaysia ini.

Aku pernah rasa jatuh terduduk. Bertahun lamanya. Takde yang sudi nak bantu dan aku pulak takde la sampai tahap nak menyusahkan orang lain kecuali mak bapak aku sendiri. Diorang je la banyak membantu aku dari segi kewangan. Aku pulak masa tu dok kemaruk dengan dunia maya. Sebabnya aku berkeyakinan dunia maya adalah dunia aku satu hari nanti..

Dalam susah camana pon , aku elakkan meminjam duit dari rakan rakan. Setakat RM10 tu , ada la.. Pinjam hari ni , esok bayar dahh.. Aku takkan simpan lama hutang. Takut terlupa ! Dan aku tak nak hilang kawan kerana hutang !

Mendengar ceritanya , aku teringat kembali satu dua kes rakan aku yang datang kepada aku untuk meminjam wang. Jumlah nampak kecik tapi sebenarnya ianya besar bagi aku. Maklumlah , aku jenis kais pagi makan pagi. Aku bukanlah jenis ‘berwang’.

Terkilan sebenarnya tak dapat membantu. Pasti ketika tu mereka memikirkan aku ni ‘ sembang lebih’ tapi bila part tu , tak dapat nak bantu.

Sebenarnya selain aku memang takde duit nak bantu , aku pun takut nak bantu. Yelah , aku nak bantu pon .. takde duit. Kalau ada pon , nak dahulukan , risau pulak hutang tertangguh maka aku pulak yang kalut terpaksa cari orang lain untuk berhutang ! Dah tak pasal pasal aku bermasam muka dengan kenalan tersebut. Bab hutang ni , jangan main main.. Janji awal tu memang mudah tapi..

Berbalik pada cerita peniaga tu.. Dengan bantuan keluarganya ( camana punya susah pon , mak ayah jugak yang akan bantu ) , dia kembali bersemangat untuk memulakan kembali melangkah. Dan kami ,pada awalnya nak mengenakan bayaran bagi servis kami .. terus nekad untuk membantunya tanpa sebarang bayaran. Bagi aku , itu je la yang mampu kami tolong. Nak tolong dari segi kewangan.. tak mampu maka dengan cara lainlah kami hulurkan bantuan.

Duit.. hurm.. kerana duit , segalanya mampu berubah !

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI