Dapur Tanpa Sempadan...

Jumaat, 3 Julai 2015

Inikah tanah air yang kita warisi kepada anak cucu kita ?

 

Aku pandang dua orang anak aku.. Dalam hati aku berkata ..

“ Maafkan daddy.. daddy tak mampu berjuang untuk kamu ! Daddy sekadar mampu bergelar pejuang papan kekunci ! Ok la kan dari tak buat apa .. “

Dulu , bapak aku berbangga bila cerita kat aku.. Nasi lemak yang dia beli baru 20 sen mampu kenyang hingga ke petang.. Sekarang ? Zaman anak aku nanti ? Apa cerita aku leh sampaikan ? Kapal terbang hilang ? Kapal selam tak boleh menyelam ?

Aku pening kepala. Nasib baik aku dan wife dah merancang untuk masa depan mereka. Walaupun tak banyak , sekurangnya ada dari takde langsung. Aku tak sanggup melihat mereka berhutang demi untuk masa depan mereka.

Sekarang ni pon kita dah tertekan. Tapi dinafikan dek menteri yang bergerak ke sana sini tanpa keluar sesen pon. Segalanya percuma! Tunggu hingga mereka bergelar rakyat jelata.. hilang segala kuasa. Barulah tau langit tinggi rendah. Moga Allah terima doa rakyat rakyat teraniaya.

Hidup di negara sendiri ni dah macam masuk fun fair. Nak buat apa saja , kena bayar. Termasuk nak untuk keselamatan diri sendiri ! Nak mati pon kena bayar dah sekarang ni .. Apa yang percuma ? Tinggal udara atau oksigen je la percuma..

imageimage

Sayu tengok mereka. Mereka melemparkan senyuman manis tanpa ada rasa kerisauan lagi..

Buat mereka yang nun di atas tu.. LETAK LA JAWATAN .. Bagi orang yang layak pimpin negara ni.. Cukup cukuplah ..

Tips elak bilik berhantu di hotel !

 

Terkedu awal pagi tadi. Pada mulanya aku nak google pasal sebuah resorts ni di Serendah. Menurut komen yang aku baca di instagram pasal resorts ni , berhantu. Bagi aku , berhantu tu biasa la.. mana mana ada kan ? Diorang ni jugak makhluk Allah.. Jin , syaitan , iblis ni.. kan kan ? Tapi yelah.. kita kan sering dimomokkan dengan hantu di dalam drama atau pun filem.. kan kan ?

Pastu aku terjumpa la sebuah blog ni… JomJalan.com yang bagi tips tips menarik untuk elakkan menginap di bilik berhantu hotel. Huhuh. Aku baca lak pada jam 1 pagi.. Berani kan diri dan akhirnya tertidur lalu bermimpi ngeri ! Hahahaha..

Ok.. Tips yang diberikan tu memang menarik. Aku pon tak tau sehinggalah aku membacanya.. Antara tips yang diberikan ialah :

  1. Elak Resort Terpencil
  2. Jaga-jaga dengan Hotel Bersejarah
  3. Jika Bilik Penuh, Cari Saja Hotel Lain
  4. Bilik Pelik? Minta Yang Lain
  5. Adab Bila Senja

Kemudian ada seorang Dato’ tu.. bagi tips menarik di ruangan komen.. Dato ni salah seorang pembaca blog tersebut..

Salam,

Beberapa tips berdasarkan pengalaman saya bilik stay di hotel,

1. jika ada bell boy / penghantar beg offer untuk hantar beg anda ke bilik anda , bantu mereka dengan memberi tips rm 5 or rm 10 , nanti kita boleh tanya mereka keadaan sebenar di hotel.

2. sebelum masuk bilik , on kan loceng atau ketuk bilik dulu. sentiasa on kan lampu jika anda tidur, lampu bilik air hendaklah sentiasa on sebab syaitan suka berada dibilik air , kerana disitu ada tandas.

3. diwaktu tidur ,elok letakkan apa apa dokumen yg ada ayat al quran contoh surah yasin atau ayat kursi, dicelah bantal anda, saya duwaktu remaja banyak kali dihimpit waktu tidur terutama di asrama sekolah dan universiti, dan bila saya guna kaedah ini saya dapat tidur dengan nyaman sehingga pagi.

4. jika anda telah check bilik , dan dapati bilik air ada rambut pada sinki atau tab , dan bilik air basah , eloklah tukar bilik saje.

5. jika memandu diwaktu maghrib menuju ke hotel , elok jika didal kereta onkan radio dengan bacaan ahyat quran, makhlus halus dan syaitan keluar waktu senja , berkemungkinan dia akan ikut tuan puan hingga ke bilik tidur hotel.

6. jika terasa ada sesuatu dalam bilik , jika berani bercakap kepada yg tidak nampak. contohnya saya pernah bermalam di sebuah hotel di bandar mersing , sewaktu nak solat saya terasa ada sesuatu ikut saya dar bilik air. baca ayat kursi , dia masih ada dalam bilik, kemudian saya beritahu jika dia ada disitu , tunjuk isyarat, kemudian saya dapati paip dibilik air terbuka dengan sendiri , dengan air keluar begitu laju. dan kemudian saya terus mohon tukar bilik dar pihak hotel.

sekian , wsalam "

 

Bagi aku tips tips begini penting sebab ada yang ‘terlupa dunia’ ketika menginap di hotel terutama mereka yang datang menginap tu dalam jumlah yang besar… Hurmm.. Kalau seorang diri tu , aku rasa dia memang dah tau apa nak kena buat..

Kalau aku , setiap kali masuk bilik hotel yang baru.. aku akan azan dan solat seterusnya pasang ayat ayat suci Al-Quran atau zikir dari telefon pintar terutama bila nak tidur malam.. Alhamdulillah , setakat ni takde pernah berlaku apa apa..

Semoga tips ni berguna untuk korang.. hehehe..

Sahur dengan telur mayong dan ayam salai..

 

Ke D’Laila Sup Power malam ni..  Hehehe.. Berbuka ala kadar di rumah , pastu ke sana untuk menikmati juadah istimewanya.. Perancangan nak makan megi telur mayong + udang galah tapi.. sampai sampai sana , tokey besar takde . Aku tak nak orang lain buat.. huhuhuh.. nak tokey yang buat. Air tangan tokey lain skit.. Hahahaha ..

Tokey gi kedai kejap.. beli barang dapur. Tak pe la, tunggu je.. Salah aku la tak bagitau dia dah sampai.. Tapi aku pun tak nak la dia kelam kabut.. kang merbahaya , kata Qhaliff.. heheeh..

Maka , makan je la mee udang buat lapik perut.. Eceh.. lapik perut la kononnya ! Tu pun dah kenyang wooo .. Huhhuuh.. Dan ,tak lama kemudian dia pun sampai..

Bila dah sampai, berborak sakan.. Perut yang lapar pon dah kenyang. Tokey memang terkenal dengan keramahannya. Tokey , yakni Kak Laila ni memang dah berpengalaman dalam dunia masakan. Bukan sehari dua pegang sudip.. huhuhu..

Akhirnya , aku tapau untuk sahur jer.. Sahur pun sedap wooo.. Dah beberapa hari aku sahur dengan susu serta kurma .. gara gara takde selera nak makan sangat.. Hurmm..Cuaca kot ? Ke sebab Venus dan Jupiter ari tu ? Huhuh..

image

Buat pengetahuan , sapa sapa nak berbuka kat tempat dia ..leh pm dia di FB untuk buat tempahan meja.. hehehe .. PM jangan tak Pm yer.. Jangan main pakat serbu.. kang nyesal kang.. haaa…

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI