Dapur Tanpa Sempadan...

Ahad, 5 Julai 2015

Rambut raya Zahra Nur Iman..

 

Terpaksa gunting sebab dia mula rimas dengan rambut yang mula melepasi bahunya. Dan bawak la dia g gunting tadi.. Tempat sama abang dia gunting masa kecik dulu.. huhuh..

Risau gak dia menangis .. Tapi.. tapi..

imageimageimageimageimage

Dan siappppp..

imageimage

Waahhhh.. Wahhh.. Daddy pon nak gunting macam ni laaa ! Baru nampak sedondon raya nanti !

Dikala daddy dan ibu sibuk mencari baju raya..

 

Termasuk jugak baju kerja si ibu.. hehehe .. Anak anak buat apa ? Satu perkara yang aku suka gi butik kenalan , anak anak terasa selamat dalam tu. Diorang nak main ke .. nak berlari sana sini.. takde sapa nak jeling ! Hahahaha.. kan ? Budak budak lain pon ramai jer dalam tu.. cepat diorang dapat geng !

Lokasi : Butik Hijrah Couture , Alam Avenue 2 , Shah Alam.

imageimage

Qhaliff buat hal dia sendiri sebab dapat telefon aku.. Zahra ?? Zahra buat apa lak ?? Zahra dapat geng ! Tu diaaaaaaa.. Sat je anak dara aku membesar !Adehh.. kena proses dah no 3 ..

image  image

Tapi sekejap jer.. Qhaliff berjaya curi perhatian anak anak dara ni ! Huhhh.. Amboi.. sian adik..

image

Adeh.. 2 jam dalam butik , aku ngan wife kelam kabut dibuatnya. Satu , asyik dok kejar Zahra jer.. Dua , payah nak suruh Qhaliff pakai baju. Kena bagi telefon kat dia , baru dia turut kata ! Hurmmm….

Zakat oh Zakat !

 

Setiap kali menjelang Ramadhan , pasti akan timbul isu Zakat ! Kemana duit zakat ? Apa orang zakat buat ? Camana pembahagian zakat ??? Dan macam macam lagi persoalan timbul.

Yer , aku dulu pon tertanya gak dan Alhamdulillah.. segalanya terjawab bila aku dan rakan rakan blogger Kelab Blogger Ben Ashaari sertai program amal mereka yang rasmi dan tidak rasmi.

Semalam aku hadiri program amal Lembaga Zakat Selangor .. untuk kali ke dua ! Nasihat aku buat blogger di luar sana yang suka kondem Lembaga Zakat ni , apa kata join team media diorang. Sekurangnya boleh perbetulkan mereka dari dalam dari dok menjerit salahkan mereka dari luar ! Tu bukan cara yang betul.  Menjerit tapi tak nak membantu ! Huhhh..

Aku respek petugas ni. Walaupun di hari cuti , mereka tetap bekerja.Niat mereka ikhlas. Segalanya kerana Allah ! Bukan mudah nak bekerja di hari orang lain cuti.. Hurmm..

Di Pusat Jagaan Warga Emas Zakat Selangor , Jalan Kebun , Seksyen 20 ,Shah Alam semalam.. aku menyaksikan sendiri bagaimana mereka bekerja. Masing masing dengan senyuman melayan karenah orang tua di sana. Orang tua yang dibuang oleh anak anak mereka sendiri !

Alhamdulillah , dengan duit zakat yang diamanahkan oleh pemberi zakat inilah mereka meneruskan kehidupan.. Sayu aku melihat mereka. Bertuah mereka. Aku tak tau lagi nasib aku camana nanti !

image

Program Iftar Media & Blogger ini bertujuan untuk memberi peluang pengamal media cetak dan online merasai sendiri pengalaman berharga ini..

image

Dirasmikan oleh Ketua Pengarah Eksekutif Lembaga Zakat Selangor , majlis diteruskan dengan aktiviti yang disusun rapi oleh Lembaga Zakat Selangor. Buat pengetahuan , pada hari dan masa yang sama , mereka turut ada program di rumah anak yatim. Maka mereka berpecah untuk menjayakan program tersebut.

DSC08667DSC08681DSC08689DSC08697

Mendengar sendiri kes kes bagaimana orang tua ni ke sini membuatkan aku insaf mengenai kehidupan ini.. Segalanya di luar jangkaan. Anak yang dibelai dimanja , tak nak bela mak ayahnya sendiri malah ada yang siap kata mak ayah mereka ni gila dan menyusahkan.. Hurmm..

Kalau korang ada terjumpa asnaf , atau orang tua yang memerlukan bantuan , cepat cepat la buat laporan dengan menggunakan aplikasi yang dah disediakan ini untuk memudahkan segalanya.. Bukan dengan amik gambar pastu post ke Facebook dan mengkritik secara berjemaah !

image

Buat pengetahuan.. hari ni mereka ada program lagi. Bawak orang orang tua ni pergi shopping berhari raya.. Ada sesiapa nak join ke ? Selepas ni ada banyak lagi program amal.. Leh join Kelab Blogger Ben Ashaari..

Operasi untuk Qhaliff dan Zahra !

 

Dua dua ni memang dah makin payah nak tidur awal di malam hari ! Ini gara-gara diorang akan tertidur pada jam 8 malam dan terjaga dengan sendirinya pada jam 11 malam ! Nak kejut ? Tak sampai hati kooo.. Anak dah ngantuk sangat tu.. takkan nak paksa bangun kan ? Dah la petang tak tido… Hurmm..

Memandangkan esok hari Ahad , maka aku ngan wife plan nak dapatkan rehat yang berkualiti tapi camana caranya ?? Hurmm.. Rasanya nak tak nak , kena bawak diorang ke rumah mak aku.. Kat sana , diorang akan bermain dengan sepupu sepupu diorang..

Manakala aku dan mak dia g PNKS , Shah Alam untuk urusan rasmi Hari Raya.. hehehe.. Mula mula ke Hijrah Couture. Nak tengok baju melayu untuk sekeluarga.. Heee..

Sampai Hijrah Couture , aku telefon pemilik dan dia cakap dia di cawangannya nun di Padang Jawa. Menurut staffnya , di sana lagi banyak pilihan.. Maka aku batalkan niat nak dapatkan baju hari tu.. Hari ni g sana lak.. hehehe

image

Dari PKNS , Shah Alam.. aku ngan wife ke Seksyen 20 selepas solat Zohor. Ada program amal kat sana anjuran Lembaga Zakat Selangor. Aku nak gi cover jap program tu.. Wife ikut aku. Sekurangnya dia tahu camana blogger bekerja di bulan Ramadhan..

image

Pada awalnya , dia merancang nak tunggu aku di PKNS tu. Dia nak pusing pusing mall berhampiran tapi bila tengok orang mula memenuhi setiap inci tempat tu ,dia batalkan niat dia.. Huhuh.. Ikut aku !

image

Ok… program di sini nanti aku cerita dalam entri lain eh ? Hehehe.. Panjang gak cerita kat sini ..

Dalam pukul 430 petang , aku beransur dari sini dan terus ke Cheras… yakni rumah mak aku. Perancangan , lepas solat Asar.. gerak ke PICC , Putrajaya. Berbuka kat sana.. Heehe.. Satu keluarga aku.. Semua adik beradik aku turun.

Puashati berbuka kat sini..

imageimageimage

 

Selesai program kat sini dalam pukul 10.30 malam.. Pastu ke Mahkamah Keadilan , Putrajaya. Saja nak cuci mata kat sana jap. Semua ikut gi sana..

Orang tua aku bersama cucu cucu kesayangan.. Bikin huru hara kat PICC…

DSC08788

Dan di kawasan Mahkamah Keadilan.. Dari sekadar nak berjalan jalan , terbang berpuluh ringgit. Aku cuma terbang beberapa ringgit je sebab berjaya menahan nafsu tapi Qhaliff gagal !

imageimageimage

Dalam pukul 12 lebih , baru balik rumah. Dalam kereta , Qhaliff dan Zahra mula buat hal ! Hahahahah .. Yesss ! Inilah tujuan aku sebenarnya. Dapatlah aku buat kerja malam ni , awal sikit ! Banyak keje woo…

Tapi sampai je rumah.. belum sempat aku nak buat kerja , Zahra dah sambung buat kerja dia dulu..

Aduh , penantnya tengok.. Terus aku mandikan diorang dan pass kat wife untuk siapkan pakaian.. Seterusnya untuk tidurkan diorang selepas selesai solat..

image

Selepas aku bersiap di bilik atas.. aku turun bawah.. Sunyi.. YESS !! Diorang semua dah tidur.. Dengan mak diorang sekali ! Konon nak tidurkan dorang pastu nak bangun gosok pakaian kerja.. Kononnya laa.. Heh..

Aku masuk bilik dan on laptop… Tiba tiba aku nampak bilik tu gelap secara tiba tiba ! Dan bila aku bukak mata , wife berdiri depan aku..

“ Bang.. dah terlepas sahur.. camana ni ? “ .

Ler.. ngan aku aku terlena rupanya ! Huhhhh…

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI