Dapur Tanpa Sempadan...

Isnin, 6 Julai 2015

Shopping baju raya di Hijrah Couture !

 

Lepas Zohor semalam , aku sekeluarga bertolak dari rumah aku nun di Sepang menuju ke Alam Avenue 2 , Shah Alam.. Destinasi hari ni cumalah satu.. Hijrah Couture. Tujuan utama , nak cari baju raya untuk wife , Qhaliff dan Zahra. Selain baju raya , wife nak cari baju baru untuk gi kerja. Menurutnya dah bertahun tak beli. Perempuan punya bertahun.. korang paham je la kan ? Semalam beli pon diorang terlupa ! Tahun depan baru ingat yang diorang ada beli baju.. Huhuh.. Tak kisah la.. bini sendiri nak beli , kan ? Jangan kedekut..

image

Pilihan baju ada banyak.. Pada awalnya aku tertarik dengan rekaan baju melayu ( rujuk gambar bawah ni ) biru ni tapi takde size. Aku kena amik size XXL. Yang ada XL jer.. Huhuh.. Bukan sebab boroi tapi … Haaaa..

image

Nak tak nak , kena cari yang lain.. Baju aku ngan Qhaliff jer lain.. Wife dan Zahra , kekal baju ni.. Hhehehe… Aku buat keputusan , tahun ni nak pakai kurta jer la.. Asyik baju melayu je , kan ? Tukar angin lak..

imageimageimage imageimage imageimage

Rambang mata tengok kurta kat sini.. Hehehe.. Bagi aku rekaan kurta ni tak la over pon. Biasa jer. Dimodenkan sedikit. Yang penting tak la ketat dan takde lengan.. kan ? Hehehehe..

Selesai pilih..

image

Yang bagusnya kat sini , mereka sangat peramah. Ramai pengunjung ketika aku datang dan majoritinya keluar dengan membeli sepasang dua atau beli khas sekeluarga ! Haaaa.. Banyak pilihan untuk keluarga gituu !

image   image

imageimage

Ada banyak lagi design.. Boleh ke Instagram mereka : HijrahCouture  atau Facebook mereka ( Hijrah Couture ) jika ada soalan berkenaan dengan produk mereka..

Selain di Alam Avenue 2 , mereka juga ada di Fz Hijrah Sdn Bhd, Lot 146, Tingkat 1, Kompleks PKNS Shah Alam.

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI