Dapur Tanpa Sempadan...

Rabu, 8 Julai 2015

Gadget bakal musnahkan kemeriahan Aidilfitri ?

 

Karya dari Syed Alwi ini ada benarnya…

image

image

Aidilfitri bakal menjelang tidak lama lagi. Tapi berapa banyak kad raya anda dapat ? Berapa rumah yang akan letak pokok serta kad raya sebagai hiasan ? Payah giler kan nak jumpa terutama di bandar bandar !

Serius , aku rindukan suasana Aidilfitri di zaman kanak kanak aku.. Sekarang ni , kemeriahan terasa masa pagi raya jer. Pastu ?? Semua sibuk dah.. Yang datang bertandang , telefon pintar di tangan.. Berbual sambil mata tengok hp.. pastu tersengih.. Haih… Kecik hati kawan kita tu.. Dah la nak jumpa payah ! Dah dapat jumpa , sibuk dengan handphone !

Tu belum part kengkawan ucap raya melalui whatsapp ! Pakat main copy paste jer .. Hahahah.. Boringnyaaa ! Kalau dulu , dapat la tengok tulisan kawan kawan. Hilang perasaan rindu.. Ni skang tengok font standard jer..

Dan pastinya , di media sosial bersepah gambar tayang pakaian baru masing masing .. termasuk aku ! Huhuhuh… Dan menantikan pujian ! Saudara mara depan mata.. sekadar tetamu datang untuk makan pastu balik ! Tu jer..

Semakin pudar seri Aidilfitri, kah ?

Jika anda ada anak kecil..

 

image

Pastikan anda ada minyak sapu Pati Batook Ori ni ! Aku dah gunakan sejak Zahra lahir lagi. Sememangnya berkesan terutama untuk elakkan perut kembung. Dan untuk aku , jika memandu untuk jangka masa lama seperti pulang berhari raya di Kelantan .. aku akan simpan dalam kereta satu ! Jika pening atau mabuk akibat tengok kereta berlambak lambak atas jalan raya ! Huhuh..

Sejak aku syorkan pada rakan rakan aku di FaceBook , ramai berpuashati dan nak beli dari aku. Sayangnya , aku tak jual pun. Tapi ada agen merata rata tempat ! Boleh je contact mereka di Pati Batook Ori .

image

Stok aku untuk hari raya ni. Biasanya pasti ada yang tanya pasal Batook Ori ni.. Terus je kasi satu kat diorang.. hehehe ..

image

Dia dah sayangkan adik dia ..

 

Kadang kadang aku tertanya .. Qhaliff tak sayang ke adik dia ? Ini disebabkan dia terlalu garang dengan adik dia. Sesekali adik dia akan disakatnya hingga menangis namun itu tidak membuatkan adiknya terus menerus mendapatkan kasih sayang dari abangnya ! Huhuhhu..

Wife rasa Qhaliff cemburukan adiknya yang mula dapat perhatian dari aku. Aku terpaksa beri lebih perhatian memandangkan Zahra masih kecik dan dia perempuan.

image

Tapi nampaknya aku tak perlu risau dah pasal Zahra. Abang long dia dah mula menampakkan kegarangan. Aku yang suka sakat Zahra hingga menangis dah kena penangan dari Qhaliff !

Cuma peliknya.. Kalau dia yang buat adik dia , tak pe la pulak.. Hahahha.. Aku rasa dia cuma bergurau dengan Zahra cuma tak reti nak bezakan lagi antara halus dan kasar.. Hurmm ..

Semalam , aku peluk Zahra ketat ketat.. Saja nak buat dia menangis. Zahra ni hati kering.. Dia nangis sekejap je.. Tak macam abang dia ..

Zahra dah mula keluarkan suara ‘mintak tolong’ dan berjaya menarik perhatian abang dia yang aku tak perasan dia di belakang aku.. Dan satu ketukan dengan menggunakan telefon pintar OPPO yang besar itu tepat kena kepala aku !

Aku yang pada awalnya nak sakat Zahra , geram terus kat Qhaliff ! Dengan tenang Qhaliff cakap ..

"Sian Zahra... Tamo buat..".

Kecik besar kecik besar je aku tengok Qhaliff ! Dalam hati , bagus jugak si abang ni.. Sambil gosok kepala aku yang masih berdenyut !

Pelancaran OPPO R7 Series

 

Di ShangRi La Hotel Kuala Lumpur.. Aku sebagai salah seorang pengguna telefon pintar Oppo pastinya berminat nak tau kelebihan R7 ni memandangkan sebelum ni Oppo terbaik dipegang oleh Find 7.

Bersama sama rakan rakan dari Kelab Blogger Ben Ashaari , kami antara terawal menyaksikan dan mencuba sendiri telefon pintar ini setelah dirasmikan dengan gemilangnya , petang semalam.

imageimage

Majlis pelancaran OPPO R7 Series berjaya memukau para hadirin. Sememangnya lain dari yang lain.. Ternyata mereka meletakkan harapan tinggi pada R7 kali ni..

William Fang, CEO of OPPO Malaysia holding OPPO R7 Plus

OPPO R7 LITE (RM1,298 )

R7 Lite_Layout01_13_CMYK_less_12000 R7 Lite_Layout02_34_CMYK_less copy

OPPO R7 PLUS ( RM1,998 )

R7 Plus Gold frontR7 Plus Gold back

Ok , aku tak nak cerita pasal spesifikasi sebab banyak blog dah tulis pasal tu.. Hehehehe.. Sekadar nak berkongsi apa aku rasa mengenai telefon Oppo R7 Lite dan R7 Plus..

R7 Lite ni sesuai mereka yang nak simple dan pantas. Sekadar nak gunakan telefon pintar khusus untuk buat kerja kerja yang mudah namun begitu spesifikasiknya jangan dipandang ringan ! Masih mampu menandingi telefon pintar yang sealiran dengannya.

image

Ok.. aku tak berapa minat sangat dengan R7 Lite. Kalau aku ada bajet terhad untuk membeli telefon pintar.. selepas menyaksikan dan mencubanya sendiri R7 Plus , aku rasa inilah telefon yang patut dimiliki !

Aku dah test lagging .. kamera .. selfie.. macro.. dan ianya memang menarik sama sekali ! Kamera depan 8MP menarik minat aku. Walaupun handphone dalam keadaan bergerak , ianya masih mampu menangkap gambar kita dengan jelas ! Ini disebabkan penggunaandual drive hybrid focus system iaitu Contrast Detection AutoFocus ( AF ) dan Phase Detection Auto Focus ( PDAF ) yang memastikan kestabilan imej dan kepantasan fokus !

Menariknya kali ini , badan R7 Series bukan seperti OPPO Series yang lain.. Ianya metal dan membuatkan nampak lebih kelas dan ekslusif ! Ditambah lagi dengan penggunaan 16M AMOLED paparan warna , R7 Series pasti menarik hati sesiapa saja yang melihatnya.

imageimageimage

Perbandingan size aku lakukan dengan Sony Xperia Z3 aku.. Jika korang pengemar movie atau kaki mengadap telefon pintar , rasanya pasti akan puas dengan R7 Plus ni ..

image

Selain dari tu , kepantasan mengecas bateri juga aku titik beratkan. Dengan teknologi VOOC Flash Charging System  , masa untuk mengecas telefon disingkatkan ! Kalau tak silap aku , 5 minit charging mampu guna untuk 2 jam lamanya bagi membuat pangillan telefon !

imageimage

Ternyata keluaran terkini OPPO berjaya menarik minat ramai blogger hingga mereka sanggup sertai pertandingan singkat bagi memiliki telefon pintar OPPO R7 ini..

Cuma sayangnya.. kalaulah telefon pintar ni boleh masuk air , pastinya ianya akan menjadi lebih menarik dan mampu mencabar telefon pintar yang terlebih dahulu popular darinya..

Untuk keterangan lebih lanjut terutama mengenai spesifikasi OPPO R7 Serius , bolehlah layari www.oppo.com/my atau di Facebook , OPPO Malaysia .

Makanan kegemaranku di musim durian !

 

Tak semua orang buat aku makan.. Hanya orang tertentu je .. Atau tengok mood masa tu la.. Hahaha.. Kalau lapar , aku baham jer. Tak kira dah sapa buat tapi kena tengok gak la sapa buat.. Hahaha.. Kena orang tu .. haaa.. sambung la sendiri..

Roti jala kuah durian.. Ada banyak nama untuk kuah durian.. Serawa dan beberapa nama lagi yang aku tak yakin untuk tulis kat sini.. kang pakat ketawa beramai ramai lak ! Huhuhuh..

Ni kalau mak aku buat.. aku leh makan sampai tak leh jalan gi ruang tamu.. Confirm tersadai kat dapur punya.. Huhuhuh…  Nasib baik la mak aku dah  tak larat buat..

image

Makanan gini akan jadi tinggalan kalau takde orang mewarisi resipinya. Walaupun nampak mudah nak buat tapi kalau takde keikhlasan hati untuk menjamu pada orang , memang tak menjadi punya laa !

Aku ? Tau ke buat ?? Ellloooo.. tengok orang laaaa !! Mesti la tak tau !! Huhhh…

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI