Khamis, 9 Julai 2015

Tamar Koko untuk Qhaliff..

 

Kekadang pening kepala aku dengan si Qhaliff.. seharian tak nak minum susu melainkan susu ibunya sendiri ! Kalau dengan aku di rumah , payah nak minum.. Sesekali je baru nak minum..

Tiba-tiba ternampak seorang rakan di Facebook , promote Tamar Koko.. Huih.. macam menarik !  Aku bagitau wife mengenai hasrat aku nak beli Tamar Koko untuk Qhaliff tu..

“ Dah ada la bang dalam peti tu.. Cuba tengok kat bahagian atas tu.. “

Aku pun gi tengok laa.. Ler , ada rupanya ! Kalau tau , tiap kali nak berbuka atau sahur , boleh la minum Tamar Koko ni.. Hurmm.. Rugi rugi..

Ok , aku nak test bagi Qhaliff.. Dia suka tak ?

imageimage

Abis ! Tak sangka lak aku.. Kalau tak , memang payah gak dia nak pegang botol susu tu.. Huhuh.. Alhamdulillah .. Kena beli stok tambahan untuk raya ni gamknya..

Oh ya , nak beli camana ? Leh contach HAFIZ di Facebooknya : Apisz Al-hafiz Ahmad

Takut nak keluar rumah dah sekarang !

 

“ Bang , jom gi Bangi Sentral pas berbuka nak ? “.

Hurm.. aku pandang muka Qhaliff dan Zahra. Dua dua muka dah macam tertelan coklat basi ! Boring giler duk umah seharian kot ? Hahahha.. Aku pun mengangguk tanda setuju.

Dalam pukul 8 lebih , bertolaklah ke Bangi. Tengok jam dah hampir jam 9. Ni kang kalau sampai , sah sah kelam kabut nak memilih barang.. Hurmm…

“ Macam dah lewat je ni ? Camana ? “

Wife bagi cadangan.. Ok , aku terus halakan kereta aku ke arah Presint 3. Destinasi , Perbadanan Putrajaya… nun depan Mahkamah Keadilan..

Sampai sana..masih banyak booth dan gerai makan dibuka. Syiok ni berjalan.. Wife ajak makan durian .. Aku setuju je.. Lama dah tak makan durian.. Hurmm..

imageimageimage

Sampai depan ni ( rujuk gambar atas ni ) , wife nak masuk dalam tapi stroller tak leh bawak sebab laluan sempit. Aku suruh dia bawak Qhaliff.. Aku ngan Zahra lepak kat meja..

Tiba-tiba ada orang memanggil aku.. Gulp ! Sapa lak.. Dia perkenalkan diri sebagai salah seorang pembaca senyap blog aku. Lama dah follow sejak Zahra kecil lagi.. Huhuhu..

Terus berbual mesra dengannya. Peramah. Sedang menunggu suami dan anaknya.Dan pastinya dia lebih teruja dengan Zahra berbanding aku kaaannn. Kannnn ! Aku suruh Zahra gi salam dan lepak ngan dia ..

image

Tak sampai seminit.. teriak dah ! Hahaha.. Teriak mengada ngada ! Huhhh… Wife sampai dan mereka bersalaman lalu berbual mesra.. Macam dah kenal lama gitu haa.. Maklumlah , dua dua penjawat awam.. Dah tentu tau camana nak serasikan diri..

Pastu.. pastu.. Qhaliff teriak ajak ikut dia. Dia nak beli mainan ! Adehhh.. Nak beli helikopter katanya ! Ahhh , sudahhhh.. Aku pun ikut je la.. Dok ingat berapa duit ada dalam poket.. Cukup ke nak beli helikopter ??

Ok.. bukan helikopter tapi  nak dokter ( doktor ).. Nak set mainan doktor tu haa. Aku tanya berapa harga.. RM 20 kooooo ! Amik ubat  haaaaa !!

Beli je la.. Asalkan dia main dah.. Dari dok layan gadget kan ? Sekurangnya dia ngan gadget tak rapat ! Hahahaha.. Belasah je la.. Sementara bapak ko berduit.. Kang dah takde duit , jangan mintak lak..

Pastu.. pastu.. Barulah dapat makan durian ! Dan Qhaliff tak suka durian ! Terus hilangkan diri .. bermain depan kitorang dengan rakan sebaya dia.. Cepat la dia dapat kawan.. Iskhhh..

image image

Durian.. sebijik RM10. Buah elok dan sedap. Puas la dua orang makan.. Amik dua bijik jer.. Dah RM40.. Tambah air lagi.. RM10.. Rasanya dah terbang RM60 .. fUHHH… Sekali keluar rumah kooo !

Lepas makan , gi jenjalan depan padang situ.. Saja nak kasi Zahra berjalan.. Kasi dia penat. Balik kang , senang tidur.. hehehe..

imageimage

Dengar cerita , tempat ni meriah waktu berbuka.. Hurmm.. macam tertarik je nak lepak sini nanti kan ? Huhuhhu.. Tapi.. Duit oh duit.. Mau mau terbang lagi duit..

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI